Wednesday, May 5, 2010

BuBur Candil


Tetiba.. tekak ni nak makan BuBur Candil tadi petang...

Salam & Selamat Malam semua!!!! Lagi sibuk mengajar anak2?? Maklum lah budak2 tgh exam sekarang ni...

Ni tadi petang tengah duduk tengok tv.. tiba2 tekak ni terasa nak makan pengat.. so apa lagi..pergi dapur tengok ada benda2.. duk menggintil ngan my mil..hehehe

BuBur Candil

bahan2nya.


  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
caranye:
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat

Tuesday, May 4, 2010

Udang Goreng Kunyit

Salam & Selamat petang semua :)

Pagi tadi mama jalan2 kat rumah kawan.. ternampak plak Udang Goreng Kunyit ni kat rumah E-Na di Jepun..hehehe terbekenan pulak.. sbb mudah sgt..tapi hasil mmg sedap pun :) Mama minta izin letak resipi disini buat rujukkan anak2 . Terima Kaseh E-Na :)




Udang Goreng Kunyit LK
Bahan-bahan:

  • 10 -12 ekor udang di bersihkan
  • 1 biji piman / capsicum / cili hijau dan cili merah
  • sedikit bunga kobis / carrot
  • bawang besar - dipotong bulat
  • sehiris halia - dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • sedikit serbuk lada hitam (optional)
  • sedikit air
  • serbuk kunyit
  • garam
Cara Memasak:

  1. Udang di gaul dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang ringkas dan cepat untuk disediakan.



Mesti letak cili padi lebih sikit sebab cik hubby memang suka yg pedas!!! Bila makan tergigit cili padi baru sedap kat nyer..hehehe suka hati lah...

Monday, May 3, 2010

Tauhu lagi... Tauhu Goreng


hehehe tauhu lagi.. kali ini tauhu goreng menggunakkan sos dari tauhu telor. Mmg sedap sos nyer... buat tadi utk makan malam selain lauk ikan masak lemak wif nenas.



ROJAK SAUCE

Blended Ingredients:-(Bahan Kisar)
10 red chillies-(10 lada merah)
20 bird eyes chillies-(20 lada padi)
3 garlics-(3 bawang putih)

1/2 cup tomato sauce-(1/2 cawan tomato sos)
1/2 cup chilli sauce-(1/2 cawan chili sos)
1/2 cup lime juice-(1/2 cawan jus limau nipis)
5 tbsp palm sugar-(5 sudu besar gula)
4 tbsp fine sugar-(4 sudu besar gula)
1/2 cup water-(1/2 cawan air)
3 tbsp shrimp paste(petis)-(3 sudu besar petis)
1/2 cup dark soy sauce-(1/2 cawan kicap pekat)
Mix all the above and cook over slow heat and mix well-(Gaulkan semua bahan2 dan masak diatas api perlahan)


Tambah kan kacang kisar kedalam sos agar pekat sedikit. Hiaskan dgn taugih, timun & dan taburkan kacang kisar

Makan2 @ ViVo City Square






Salam & selamat petang semua :)
Semalam tengahari jalan2 ke JB City Square. Kami bertiga jer. Nasib baik pergi & balik dari JB tak sesak.. lupa yg hari Sabtu holiday :) Enjoy viewing :)

Award


Thanks Love for the awards

Award

Salam di pagi Isnin yg terang benderang dan cuaca yg agak bahang disini...
Pagi ni nak buat homework... hehehe
Dapat award ni dari Kak Intan & Ayu :) alamak kena buat jugak!!!

1. THANK AND LINK THE PERSON THAT GIVE YOU THE AWARD:-
Thanks Kak Intan & Ayu for the award :)

2. PASS THIS AWARD TO 10/20/30 ALL BLOGGERS YOU'VE RECENTLY DISCOVER:-

Well mama believe most of my fellow bloggers dah dpt award ni.. Ayu n Kak Intan mama skip this one :)

3. CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THIS AWARD:-
This one also mama skip...


4. STATE 7 THINGS ABOUT YOUR SELF:-

1. Suka memasak
2. Mengemas rumah.
3.Tak suka rumah berselerak
4.Happy go lucky - very the peramah
5. Suka window shopping.hehehe ni paling suka!!
6. like to travel..tak kira dekat atau jauh
7. Suka kalau anak2 semua ada di rumah


Okay dah siap!!! Homework dah settle. Sorry Kak Intan & Ayu mama tak tag sapa2

Saturday, May 1, 2010

Nasi Minyak

Nasi Minyak yg lembut & tak berminyak sangat. Sesuai bagi sapa2 yg tengah berdiet :)
Dari dapur TryMasak jugak. Thanks mama C&P dari sana :)

Ingredients


1) Beras (4 cawan)
2) Susu cair (1 cawan)
3) Minyak sapi (3 sudu besar) mama campurkan dgn 1 sudu minyak makan
4) Bunga lawang (2 kuntum)
5) Buah pelaga (2 biji)
6) Bunga cengkih (2 batang)
7) Kayu manis (2 cm)
8) Bawang putih (2 ulas)
9) Bawang merah (2 ulas)
10) Daun pandan (2 helai)

Directions



Cairkan minyak sapi.
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris nipis.
Masukkan rempah dan kacau hingga wangi.
Masukkan beras bersama susu cair. Tambah air dan masukkan daun pandan. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.
Apabila nasi masak, gaul rata nasi.
Nasi minyak boleh dihidang bersama Ayam Goreng Madu.

Ayam Goreng Madu


Saw this receipe at Trymasak

Ayam Goreng Madu

Ingredients


1) Ayam (1/2 ekor)
2) Hirisan cendawan (1/2 cawan)
3) Bawang putih diketuk (2 ulas)
4) Madu (2 sudu besar)
5) Pes cili (2 sudu besar)
6) Sos tiram (2 sudu teh)
7) Lada hitam (1/2 sudu teh)
8) Kunyit (1 sudu teh)
9) Garam (secukup rasa)

Directions

Perap ayam bersama kunyit, garam, lada hitam, dan sos tiram. Biar 10 minit.

Goreng ayam hingga keemasan dan masak. Angkat dan asingkan.

Tumis bawang putih dan pes cili.

Masukkan sos tiram, gula, dan madu. Kacau rata.

Masukkan hirisan cendawan.

Apabila masak, curahkan sos ke atas ayam dan hidang.


Dhal Telur


as requested by hubby nak makan Dhal Telur...





Acar Mentah

Timun, Nenas, cili merah & hijau, bawang besar
udang kering tumbuk kasar2
lemon & gula

Timun, nenas, cili merah & hijau, bawang besar dihiris halus
perahhan air limau dikacau bersama gula & udang kering
campur semua sehingga rata





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...