Sunday, January 24, 2010

Blackpepper Chicken Chop


Salam & Selamat Malam semua... minggu kalian semua bagaimana????

Malam ni tak mahu cerita panjang2... Menu tengahari tadi sebelum keluar bersama keluarga.
Requested by Cik Hubby nak makan chicken chop. So resepi mama dapat dari MyResipi dari Aeeda 78. Chicken Chop yang berlainan dari yang pernah kite makan... Thumbs Up!!!! from my hubby n the kids and also mama lah :) Mama C&P dari sana :)

Gambar kat atas... setelah dicampur dengan semua sos2 dan diperap. Mama cuma perap dalam 10-15 min saja... nak cepat... hehehe

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.




Ni mama masak medium rare jer... soft & still moist


Sauce Blackpepper serta lots of mushroom :)


See... Cik hubby jari jempol!!!! Sedap lah tuuu. Hari ni mood nak makan western... Dah jelak makan nasi :)

3 comments:

blogresipi.com said...

Sedappnye nampak ayam mama tue. Memang lain tu tak payah bakar kan...

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mama rasa kalau bakar pun okay Ijan :) usually we ouls mkn yg jenis plain... but tis one is spicy :P

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Mama...Love pun dah muak makan nasi...last week mmg less ambik nasi...makan western style jer...

Ur chicken chop looks yummy lor!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...