Wednesday, January 6, 2010

Rainbow Marble Puding

Tergoda tengok kat rumah Love :) Buat semalam... sejuk2 makan... orang jawa cakap... nyaman!!!!


Tengok lah ruper puding mama... nampak rainbow tak????
Yang warna hijau terang benderang 2... cik shasha kiter yg letak warna febret dia :)


Ni mama C&P resipi dari rumah Love. Tq yer Love for sharing this nice soothing puding receipe.

Bahan:-

  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning & mama tambah hijau
Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

6 comments:

ZuRaNaI said...

mama,,
saye pun suke hijau!~
hiii..

LOVE2COOK said...

Hi Kak...Wow, cantiknye puding akak tuh! :)

Sedapkan puding ni kak! Credits to the recipe owner! ;)

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Oh!!! Zuranal pun suka HIJAU ~ kalau blh anak mama ni semua nak hijau!!! hihihi

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Hi Love... Love nyer lagi cantik :)
Sedap puding ni mkn tgh sejuk2... TQ love sbb share receipe.
Receipe dari Mak Lang kan?

zalieda said...

mama,
puding mama betul2 cam pelangi.. cantik dipandang, sedap dimakan..

zalieda said...

mama,
puding mama betul2 cam pelangi.. cantik dipandang, sedap dimakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...