Saturday, June 26, 2010

Murtabak Instant


Salam & Selamat Pagi Sabtu kepada teman2 semua!!!!

Mama dan keluarga telah selamat pulang ke SG pada petang hari Khamis :D Tapi disebabkan banyak kerja yg perlu disettlekan esp kain baju ... pagi ni dapat lah mama upload & buat N3 :D


Murtabak Paratha yg memang senang & sedap di makan panas2 waktu sarapan pagi :)
Mama dapat resipi dari MyResipi - Siti Hanan kalau tak silap Ni nak bukak laman Myresipi tak boleh plak!

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam& gula secukup rasa
  • 2 keping roti prata instant
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan gul. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit prata yg di giling tipis sedikit dan bungkus inti murtabak segiempat.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak di atas kuali leper sehingga masak

1 comment:

Yat Maria said...

salam mama...

sedap murtabak instant tu..ku suker.. errr..gambo cuti2 tak dak ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...