Wednesday, June 30, 2010

Sambal Ikan Bilis Padi

Photobucket

Lauk Ayam Masak Kicap Madu ni memang tak pedas... so sambal ikan bilis padi ni memang sesuai utk cik hubby mama yg memang sukakan sambal!!. Resipi dari dapur nOOrsha lagi.. Thanks Yer!!

Sambal Ikan Bilis Padi - nOOrsha

Bahan-bahan
20 biji cili api (digoreng) mama gunakan cili padi merah
2 ulas bawang putih (digoreng)
1 biji bawang besar (digoreng)
segenggam ikan bilis (digoreng)
secubit garam
2 biji limau kasturi


Cara-cara
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
2. Masukkan ikan bilis, gaulkan dgn sudu, hancur2kan sedikit
3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan :)

2 comments:

sonata anak kancil said...

sedap dan mudah membuatnya...baca & cuba nak buat la...TK for the resepi

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mmg betul 2... pedas & rasa masam2 sikit. Try lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...