Thursday, January 6, 2011

Rojak Petis


Ni gara2 Yat Maria tayang Rojak Petis.... mama yg kat sini sampai ngeces tak blh angsssss!!!! hehehehe


 Time nih cuaca kat bumi SG nih sejuk lepas hujan... makan rojak petis pedas2... syiok!!!! Selalu main campak2 bahan2..kali nih mama sertakan resipi bagi adik2 atau pun anak2 mama buat rujukan.

ROJAK PETIS - Puan Zaharah Roziz

Bahan utk sambal rojak

1/2 kg kacang tanah
10 batang lada kering ( mama gantikan cili padi dlm 10 tangkai- fuyooo!!! pedas)
125 gm petis
200gm gula hitam ( gula timbang)
200gm gula pasir ( blh kurangkan)
1 genggam asam
1 1/2 cwn air masak putih
garam secukup rasa ( mama x letak)
4 biji limau kasturi diambil jusnya

Bahan Rojak


1 biji nenas setengah masak
1 biji timun
1 biji sengkuang
1 kuntum bunga kantan dirampai
1/2 kg taugih dicelur sebentar
1/2 kg kangkong direbus sehingga lembut (mama x letak)
2 keping tauhu putih digoreng dan dihiris ( mama gunakkan tauhu kering -taupok)


Cara:

Goreng kacang sehingga kuning dan tumbuk/kisar kasar. Asam diramas dgn air sehingga pekat, kemudian tapis. Lada kering direndam dgn air panas dan kisar. Jika hendak lebih pedas tambah sedikit lada padi. Gaul rata semua bahan sambal (kecuali limau kasturi). Sambal nya harus pekat & tidak cair. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa, dan tambah apa yg kurang. Sambal rojak ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
Hiris nenas,timun dan sengkuang. Gaulkan dengan taugih,kangkong dan tauhu. Tuangkan sambal rojak yg sudah dibuat lebih awal. Taburkan sedikit bunga kantan dan gaul rata. Semasa menghidang taburkan pula sedikit kacang yg dikisar kasar.
Boleh juga ditambahkan sayurnya dengan mangga muda, betik mengkal, pisang batu muda dan lain2.
Hiris bahan2 rojak ini sejurus hendak dihidang, supaya ia tidak berair. Simpan dlm peti sejuk lebihannya.

Wednesday, January 5, 2011

Kacang Phool


Selamat pagi teman2...
Anak dah pergi sekolah. Cik Abang dah ke kerja..apa lagi.... kita kat rumah dapat lah tengok / ngadap PC hehehe... Tentang kerja rumah pandai2 lah.

 Kacang Phool yg mmg dah lama mama hendak buat kan utk Cik Hubby. Memang febret betul!!! Sedap kata nye.Kenyang betul!!! Dan yg pasti adunan nih boleh makan 10 orang atau lebih.

Mula2 bila pergi JB carilah kacang Ful Medammas sebab kat kawasan tmpt mama tinggal nih mama susah nak dapatkan... tapi bila jln2 kat Seranggon ternampak lah kacang nih..hehehe in future dah tak payah simpan2 stok n pegi jauh2 sampai kat JB cari :)

Seperti biasa resepi yg dah lama betul disimpan, tapi akhir dengan berjaya di hasilkan tak lama dulu. Buat Ayu terima kaseh kerana sudi berkongsi resepi. Mama C&P resepi yer :)



KACANG PHOOL - AYU 
Sources:-From Junaidah Jaafar@resipi pesta perut 


Ingredients:-
1 tin Ful Medammas
1 tin kidney beans

Campurkan dalam mangkuk kedua2 jenis kacang bersama airnya dan pecah2kan dua-(Ayu blender kering kasar aje)

1 tin bake beans(jangan pecahkan)
1/2kg daging cincang
garam & serbuk perasa
telur goreng mata lembu
lada hijau dan merah dihiris kasar
limau kasturi
bawang besar potong dadu kasar

Bahan kisar:-
20 batang lada kering(buang bijinya)
20 bawang kecil
5-6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
halia sebesar ibu jari


Method:-
Tumiskan rempah hingga garing. Masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air-(Ayu masukkan dalam 11/2 cawan). Masak hingga daging empuk. Masukkan garam & perasa.
Masukkan kacang Ful Medammas dan kidney beans yang dipecahkan tadi dengan airnya sekali. Biarkan mendidih.
Biarkan ia berair kerana ia akan menjadi pekat bila sejuk. Selepas itu baru masukkan bake beans dengan airnya sekali dan dikacau. Bila mendidih, matikan api.
Semasa menghidang, tuangkan kacang ful dalam mangkuk. Hiaskan diatas nya dengan sekeping telur mata lembu, lada hiris, bawang dadu dan perahan limau kasturi. Lawankan dengan roti perancis bakar yang panas ataupun roti bawang putih (garlic bread).

Tuesday, January 4, 2011

Ayam Goreng


Salam Semua teman2 mama yg diingati selalu...
Bersua lagi di petang hari Selasa. Dah hari yg ke 4 kita semua meraih tahun baru 2011.
Rindu kat teman2 semua... Insyallah azam tahun baru nih... mama akan mula berblogging seperti dulu ...

Resipi Ayam Goreng kali nih mama cuba dari buku masakkan Asmah laili. Resipi sumbangan dari Puan Zaharah Roziz. Sedap utk dimakan bersama nasi goreng atau pun nasi lemak. Pedas2 dan garing ketika masih panas2. Cuma bila waktu menggoreng api biarlah sederhana besar kerana takut bahagian dalam/isi belum masak. Mama gunakan ayam bahagian peha.

KEPAK AYAM GORENG- Puan Zaharah Roziz- Buku masakkan Asmah Laili

Bahan2:
1 kg kepak ayam,cuci bersih dan toskan (atau 1 ekor ayam ptg 12) - mama gunakan peha ayam
minyak makan utk menggoreng
2 jari halia*
4 biji bawang putih*
2 sudu teh kunyit serbuk*
4 biji lada kering*

bahan2 * ini hendaklah dikisar halus

2 sudu teh ketumbar biji}  bahan-bahan inin hendaklah
1 sudu teh jintan halus }     dikisar halus

1 biji telur
4 sudu makan tepung beras - mama gunakan secukup tepung beras agak2 dlm 2 senduk nasi atau lebih
garam secukup rasa

Cara:
Gaul ayam dengan telur sehingga rata. Masukkan rempah kidar beserta garam dan gaul lagi sehingga rata. Perap selama 1 atau 2 jam.
Semasa hendak menggoreng, golek2kan kepak ayam/peha ayam diatas tepung dan gorenglah sehingga garing dan masak. Api mestilah sederhana. Setelah masak, angkat dan toskan. Enak diratah sahaja atau dimakan dgn nasi atau roti.

Friday, December 10, 2010

Banana Chiffon Cake

 Banana Chiffon Cake.... 1st ever chiffon cake. Belum pernah buat chiffon cake sebab tak confident nak membuat nya. Tapi allhamdullillah menjadi jgk walaupun tak brapa cantik macam Seri buat. Resepi dari dapur Seri - Mummyalyssa bs. Thnks yer Seri for sharing... nih mama C&P resepi :)

Banana Chiffon Cake- Seri Mummyalyssa

Ingredients:
6 Egg yolks
1/4 tsp Salt
60ml Cooking oil
170g Banana puree
1/2 tsp Banana essence
50g Caster sugar
110g Plain flour
1/4 tsp Baking soda

6 Egg whites
1/2 tsp Cream of tartar
100g Caster sugar



Method:
  • To make egg yolk batter, combine egg yolks, salt, oil, banana puree, essence and sugar in a mixing bowl. Fold in sifted flour and baking soda until forms batter.
  • To make egg white foam, beat egg whites, tartar and sugar until mixture becomes peak form.
  • Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.
  • Pour batter into ungreased 9" (22cm) tube pan.
  • Bake at preheated oven at 170C for about 45 minutess or until cooked.
  • Then switch temperature to lower grill and bake chiffon cake for another 5 minutes.
  • Remove chiffon cake from oven, invert mould onto table.
  • Allow the cake to cool completely before removing the cake from the mould.

Udang Asam D'Jawa

 Salam semua di hari Jumaat yg mendung di sini...
Sebelum terlambat mama sekeluarga ingin mengucap Selamat Tahun Baru Islam 1432... sudah pun hari yg ke 4 hari nih.

Udang Asam D'Jawa resepi koleksi dari buku Sheila Rusdi. Sedap buat ratah2. Tak sempat nak perap udang tuh lama sikit... kalau lama sikit mungkin lagi sedap!!!


Udang Asam D'Jawa - Sheila Rusdi
Bahan2
1kg udang
2 sudu asam jawa (diperap bersama udang)
Garam /Gula/serbuk perasa
minyak utk menggoreng

Cara membuat
Udang diperap bersama asam jawa, garam dan gula selama 1/2 jam (lebik baik semalaman utk rasa lebih sedap) Goreng udang hingga garing. Hidangkan. Lebih enak kalau dicicah dengan air asam.

Cara membuat air asam
Potong tomato dan cili padi. Kemudian gaulkan bersama air asam jawa dan sedikit garam serta gula. Sesuaikan rasanya.

Cara mama buat air asam
Bawang besar,cili padi merah & hijau dipotong dadu. Kalau suka tambahkan lada benggala hijau atau merah. Air asam, gula & garam sesuai rasa.

Tuesday, November 30, 2010

Sicilian Orange Cake


Buat kek orang nih minggu lepas... Betul cakap Ayu satu rumah bau kek nih semerbak bau 'orange' yg menjadi kegilaan kami semua di sini. Terima kaseh Ayu kongsi resepi :)

Sicilian Orange Cake - Ayu & Rima


Ingredient

250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
250 g caster sugar
4 medium eggs
1 1/2 tsp finely grated orange zest 
250 g self raising flour
85 ml freshly squeezed orange juice

For the icing:-
125 g icing sugar
5 tsp freshly squeezed orange juice
Method:-
Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.

Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes(Ayu whisked for 15 minutes) until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.

Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.

Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.

For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.


Gulai Ayam


Salam rindu semua!!!!
Ketika ini...hujan dengan lebatnye baru turun dibumi SG..... selebat lebat nye!!!!

Bagaimana agak nye Nazli yg berada di Pahang - Tekam. Mesti sedang bersuka ria bersama2 teman2 sekolah yg sedang bercuti selama 4hari 3malam di sana. Mama doakan semoga... selamat semua disana dan mama berharap agar cuaca baik2 sahaja.

Okay tentang kesihatan Abah yg semakin baik & pulih sekarang. Sudah masuk 2 bulan lebih lepas abah terkena serangan angin ahmar atau pun 'stroke'.... alhamdullillah bertambah sihat dan sudah mula uruskan diri sendiri.

Satu lagi koleksi ayam yg mama cuba dari majalah "MANJA" terbitan tempatan.
Rasa2 nyer cik Shasha(anak mama) kite pun dah berjinak2 hendak masak!!! Bagus jugak bila mama sibuk dirumah atau dirumah abah tentu tak kelaparan lagi :)

Lauk Gulai Ayam ni lemak & tak brapa pedas sangat. Sesuai dimakan bersama sambal belacan.

Gulai Ayam - Manja keluaran Sept 2010
Bahan A
1 sudu mkn jintan kasar
1 sudu mkn ketumbar
10 biji buah keras
7 biji bawang putih - mama gunakan 4 saja
15 biji bawang kecil
5 biji cili merah
1 inci halia
1 inci kunyit

Bahan B
1 btg serai (dititik)
2 inci lengkuas (dititik)
6 keping daun limau purut
100ml minyak

Bahan C
50gm gula melaka
250ml santan
500 ml air
1 ekor ayam potong 8
1 sudu mkn lada putih
garam secukup rasa

Cara
Goreng bahan A sebentar bersama 50ml minyak dan kemudian kisar dgn 250ml air. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga wangi. Masukkan bahan A yg telah dikisar dan tumis hingga garing. Masukkan ayam dan masak sebentar sebelum masukkan bahan C. Hidang bersama bawang goreng.

Saturday, November 20, 2010

Bone Steak


 Banyak lagi gambar2 masakkan yg akan mama N3 .... salah satu Bone Steak nih
Rempah instant yg nampak kat blog Nur- Dessa product Bone Steak. Paste for Indian style steak yg terdapat di pasarraya Sheng Shiong di Woodlands. Tak tumbs up kata cik hubby sebab tak pedas!!! tapi utk mama okay jer...
Ni mama copy resep yg diberikan

Dessa Product Bone Steak
Rebus tulang 2kg bersama halia hingga empuk. Bawang Bombay dipotong dadu (1 biji besar bawang bombay)Lada Hijau (2-3 biji) dipotong kasar lalu digoreng layu bersama sedikit minyak. Masukkan kentang rebus (3-4 biji) tomato (3-4 biji)dipotong dadu bersama hirisan kasar daun ketumbar dalam 2 pokok. Bubuhkan pes, tulang, air rebusan 200ml dan air 250ml. Masak hingga pekat sedikit.

Sajian : Hirisan sayur kobis dan lada hijau
            hidangkan bersama roti perancis  


Nasi Beringin & Ayam Sambal Kari


Salam di petang hari Sabtu yg mendung di bumi SG sekarang nih :(
Apa khabar semua di sana..mama harap semua nye didalam keadaan sihat sejahtera hendak nyer :)
Hari ni ada kelapangan sedikit.. jadi mama update kan menu masakkan yg dah beberapa lama tergendala....
Seperti biasa... dari dapur Ayu mama mengambil resepi kerana pada mamalah sangat lah menyenangkan dan sesuai di tekak kat kite dirumah nih :) Thanks yer Ayu... cayang lah !!!!
Tak tahu knapa dipanggil "Nasi Beringin" tapi nasi nih ada iras2 sperti nasi lemak. Kalau tak caya cubalah :)


Nasi Beringin - Ayu & Warisan Nenek Mesra.net
Ingredients:-
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
2 batang serai(mayang bulat nipis2)- saya titik aje
5 ulas bawang merah(mayang nipis)
2 ulas bawng putih(mayang nipis)
3 cm halia(ditumbuk lumat)
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butis biji halba
garam secukupnya

Method:-
Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi, goreng bawnag hingga kuning dan wangi, masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras denagn santan dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakn bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.




Dan utk pelengkap makan dengan nasi beringin nih ... satu lagi resepi ayam masak merah/sambal tapi berkari. Pun anak2 suka :P dah kata kan ayam!!!


 Ayam Sambal Kari - Ayu & Syila cute07@myresipi

Ingredients:-
1/2 ekor ayam (potong 8) 3 sudu rempah kari daging-mama gunakan 1 ekor
1 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih + 1 cm halia - jg dikisar.- tambahkan lagi 1 biji bwg besar
Garam gula dan sedikit air asam jawa.
2cm kulit kayu manis dan 2 kelopak bunga lawang.
3 senduk cili kering yg telah dikisar- tambahkan lagi 1 senduk
1 senduk minyak utk menumis.

Method:-
Gaul ayam dengan serbuk kari.perap 20mnt.
Tumis kulit kayu manis dan bahan2 kisar.Masukan cili.Masak sampai pecah minyak.
Masukan ayam.Masukan secawan air.
Masak sampai ayam empuk baru masukkan garam,gula dan air asam. masak sampai pecah minyak atau kering sedikit.

Friday, November 5, 2010

Mee Goreng Mamak


Salam semua teman2 mama yg diingati selalu :)
Walaupun mama tak dapat menjenguk teman2 semua..... mama tetap ingat kat uols semua. Memang terasa teramat rindu hendak berblogging... tetapi masa terlalu terhad buat diri  ini utk menziarahi satu persatu teman2. Insyallah kalau keaadan abah mama bertambah pulih... mama akan berblogging semula seperti sedia kala. Miss uols....



Mee Goreng mamak nih memang dah lama di masak... hehehe blm sempat di N3kan. Ni pun banyak lagi gambar masakkan yg blm di N3 kan. Takpe bila ada masa insyaallah :)
Resepi seperti biasa mama ambik dari dapur Ayu. Thanks Ayu (:

Ingredients:-
500g yellow noodles-(500g mee kuning)
1 hard beancurd sliced- fried and put aside-(1 keping tauhu dihiris dan digoreng, ketepikan)
2  fish cakes sliced-(2 keping kek ikan dihiris)
some fresh prawns-(udang ikut suka berapa banyak)
bean sprout-(taugeh)
chye sim-(sawi)
3-4 tbsp chilli paste-(3-4 sudu besar chili kisar)
2 tbsp meat curry powder-(2 sudu besar serbuk kari daging)
3 tbsp black soy sauce-(3 sudu besar kicap pekat)
2 tbsp tomato sauce-(2 sudu besar sos tomato)
1 big onion sliced-(1 biji bawang besar dihiris)
3 eggs-(3 biji telur)
3 green chillies sliced thinly-(3 biji cili hijau dihiris)
3 medium size potatoes-boiled and diced put aside-(3 biji kentang direbus dan dipotong dadu)

Method:-
Heat oil and saute onion , chilli paste, green chillies, curry powder till fragrant. Add in prawns, sliced fish cakes,  stir and let it for a while.Add in soy sauce, tomato sauce and noodles and stir well. Add in chye sim and make a well add in the eggs and let it cook for a while before stirring. Stir well, add in sliced beancurd, diced boiled potatoes and lastly add in bean sprout , stir and turn off heat.-(Panaskan minyak dan tumis bawang, cili kisar, cili hijau dan serbuk kari hingga naik bau. Masukkan udang, hirisan kek ikan, kacau dan biarkan sebentar. Masukkan kicap, sos tomato dan mee, gaul rata. Masukkan sawi dan buat lubang ditengah dan masukkan telur, biarkan sebentar sebelum kacau. Gaul rata dan masukkan tauhu, kentang rebus dan akhir sekali taugeh. Kacau rata dan matikan api.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...