Wednesday, January 5, 2011
Kacang Phool
Selamat pagi teman2...
Anak dah pergi sekolah. Cik Abang dah ke kerja..apa lagi.... kita kat rumah dapat lah tengok / ngadap PC hehehe... Tentang kerja rumah pandai2 lah.
Kacang Phool yg mmg dah lama mama hendak buat kan utk Cik Hubby. Memang febret betul!!! Sedap kata nye.Kenyang betul!!! Dan yg pasti adunan nih boleh makan 10 orang atau lebih.
Mula2 bila pergi JB carilah kacang Ful Medammas sebab kat kawasan tmpt mama tinggal nih mama susah nak dapatkan... tapi bila jln2 kat Seranggon ternampak lah kacang nih..hehehe in future dah tak payah simpan2 stok n pegi jauh2 sampai kat JB cari :)
Seperti biasa resepi yg dah lama betul disimpan, tapi akhir dengan berjaya di hasilkan tak lama dulu. Buat Ayu terima kaseh kerana sudi berkongsi resepi. Mama C&P resepi yer :)
KACANG PHOOL - AYU
Sources:-From Junaidah Jaafar@resipi pesta perut
Ingredients:-
1 tin Ful Medammas
1 tin kidney beans
Campurkan dalam mangkuk kedua2 jenis kacang bersama airnya dan pecah2kan dua-(Ayu blender kering kasar aje)
1 tin bake beans(jangan pecahkan)
1/2kg daging cincang
garam & serbuk perasa
telur goreng mata lembu
lada hijau dan merah dihiris kasar
limau kasturi
bawang besar potong dadu kasar
Bahan kisar:-
20 batang lada kering(buang bijinya)
20 bawang kecil
5-6 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
halia sebesar ibu jari
Method:-
Tumiskan rempah hingga garing. Masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air-(Ayu masukkan dalam 11/2 cawan). Masak hingga daging empuk. Masukkan garam & perasa.
Masukkan kacang Ful Medammas dan kidney beans yang dipecahkan tadi dengan airnya sekali. Biarkan mendidih.
Biarkan ia berair kerana ia akan menjadi pekat bila sejuk. Selepas itu baru masukkan bake beans dengan airnya sekali dan dikacau. Bila mendidih, matikan api.
Semasa menghidang, tuangkan kacang ful dalam mangkuk. Hiaskan diatas nya dengan sekeping telur mata lembu, lada hiris, bawang dadu dan perahan limau kasturi. Lawankan dengan roti perancis bakar yang panas ataupun roti bawang putih (garlic bread).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sedappnya, telur tu pun mas suka....
wah ma,
baru balik tadi dah kena u turn dah..heheh
oh kat serangoon ada jual ya ma, is it kat mustafa centre?..
Hello Che Hawa, wow, I love this dish. I think 2 bowls no problems. But regret never heard of the name before. Sedap best ni!
Love those green chilis. Pedas ke tidak?
Jangan masuk mulut kena chabut put face under tap, itu la lecheh, ha ha. Just joke, joke, ya.
Can see you have a Black Belt in cooking.
Have fun, and keep a song in your heart, best regards, and happy new year, Lee.
Salam Mamahawa,
dah lama dok nengok je menu ni, tapi tak tau ler bila nak membuatnya
Mas
hehehe... telu pun kak hawa suka :P
Ayu
Pergi mana U? Mustafa Ctr so far mama blm check..tapi kat Tekka Market kat kedai aci jual rempah..hehehe tak payah gi jauh2 lagi :)
Uncle Lee
Hai Uncle Lee.. oh! my hubby also like this dish... Sedap tau. And for the green chilis.. If Uncle tahan pedas by all means mkn byk2..hehehe
Im not an expert in cooking but have fun in trying new & old receipes and still learning as we go along :)
Best regards and wish Uncle Lee a happy new 2011 :)
Aidah
Wslm Aidah..tu ah mmg rasa2 hawa dah lama betul simpan resipi dari Ayu nih.. n kebetulan nak masak kena tunggu anak bujang tak de sbb dia ada G6PD tak blh mkn kacang parang.. dan akhir nya menjadi jgk kite masak kan utk cik hubby... suka dier :)
salam...
kita pun dah lama teringin nk buat kacang phool ni... kalau jumpa kacang ful medammas tu bolehlah cuba.. resepi dah lama ambil dr blog ayu.. nampak sedap tu...
Post a Comment