Tuesday, January 11, 2011

Daging Goreng Sawi Asin


Salam & Selamat semua teman2...
Dah makan malam belom????
Mama belom makan malam lagi..masih penat lagi coz baru balik dari hospital. Semalam malam abah mama jatuh tak boleh bangun...panggil ambulance & abah kena tahan sampai tadi petang. Sib baik tak ada tulang yg patah..
Hari ni tak sempat masak... mak bungkuskan sedikit lauk utk makan malam. Tq mak!!!

Daging Goreng Sawi Asin nih dah lama mama masak..cuma tak sempat nak N3... agak unik sikit dish daging sawi asin..kata anak2 mama lauk orang tua...hehehe Walaumacam mana pun sedap tekak kite berdua (me & hubby) esp sawi asin!!!

Seperti biasa dapur Cik Ayu yg mama geledah!!! Jangan marah Ayu... mama dah kemas semua yg dah terselongkar tau...hehehe. Mari tengok resipi :)

 Daging Goreng Sawi Asin - Ayu


Ingredients:-
500g  daging  dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis

sedikit garam & perasa
(Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)

350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
2-3 biji bawang putih dihiris tipis
1 inci halia dihiris tipis
10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-mama ltk 10 biji cili padi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis - mama tambahkan 3 sudu mkn
2 biji limau sambal diambil jusnya
sedikit air
garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

Method:- 
Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.(Mama tak goreng pun daging)
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.
 


Sedap di makan panas2 bersama nasi putih sahaja... Pedas dari cili padi & manis2 dari kicap

3 comments:

aidah said...

Salam Hawa,
sy harap bapa Hawa sihat hendaknya. Tak pernah lagi sy makan lauk daging macam ni, unik ya. Pasti menyelerakan

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Aidah
Tq :)
Aah kite pun tak pernah masakkan begini.. kalau tak mencuba kite tak tahu bagaimana rasa nye... mmg sedap mkn bersama nasi putih sahaja

Ayu said...

salam mama,
wah thank you mama sudi cuba recipe
daging sawi asin ni..
tersenyum kita bila anak2 mama cakap ni lauk orang tua..hahaha..
my kids makan dagingnya aje sawi asinnya dia orang tak makan..hehehe..
memang betul ma, makan dengan nasi puith panas gitu2 aje dah sedapkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...