Wednesday, January 26, 2011

Ayam Masak merah Berempah


Salam & selamat :-)

Malam nih hanya sempat N3 menu masakkan hari ... tak sempat nak BW
penat,busy banyak kerja nak settlekan. Insyallah besok kalau diizinkan Allah mama ronda2 & jalan2 kat rumah teman okay :)

Recipe dari dapur Nor Trgganu..hmmmmmm lazat!!! Thanks Nor mama C&P recipe :)

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH - Nor Secubit Garam
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - mama tak letak
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2 }
2 bj cili merah ~ dipotong 2}  mama x letak
1bj tomato ~ dipotong 6     }
1 labu bawang besar ~ dipotong 6  mama hiris bulat2


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.


7 comments:

K.Nor said...

salam ma, mekasih sudi try menu yg tak seberapa nih.. hehe

AZLITA AZIZ said...

ayam masak merah ni mmg fav anak ita... tp tak pernah lagi cuba yg berempah... ni mesti sedap ni... tengok pun dah terliur....

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam, ayam masak merah, memang all time favourite family Kak. Sedap nampak Ma masak, memang tenguk rasa nak makan

Mimiey.. (^-^) said...

mesti sedap nih..mama punya presentation menyebabkam mie rase cam nk try jgk aym ni...masuk list...hehehheheh

Mas said...

sedappnya ayam masak merah tu..terliur mas....

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Nor..thnks for sharing lagi 1 recipe ayam msk merah..mmg all time febret kat rumah. Menu yg tak seberapa??? Nor kalau digandingkan ngan perisa nasi..Fuyoo meletup2 hehehe :)

Azlita
Aah lah. Kat sini pun all time fav :) Try lah Azlita mana tahu menepati citarasa.

Paty's
Wslm Kak Paty..Aah lah kak :) sampai msk tak cukup utk dinner..kena grg kan lagi..hehehe

Mimiey
Mmg sedap Mimiey :P hehehe alah biasa2 jer :)Try jgn x try :)

Mas mmg sedap kalau mkn ngan apa jenis nasi...jgn ngeces tau!!

Nuridah said...

Salam mama,

kecur nur tengok ayam msk merah mama ni...merah menyala...mesti sedap ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...