Tuesday, January 18, 2011

Rendang Tauhu


Salam padi Selasa semua....
Dah siap berkemas & masak semau???? Mama belum siap lagi rumah... baru pulang dari tengok abah. Okay tak mahu berceloteh byk2...nanti byk kerja tak siap..hehehe.

Salah 1 resepi yg dah mama cuba dari buku majalah SAJI keluaran Julai 2005. Setelah ditokok & ditambah rendang tauhu nih siap!!! Terima kaseh kepada penyumbang resepi..tak letak pulak sapa.. anyway thnk :D

Rendang Tauhu - Majalah Saji 2005

Bahan2

4 keping tauhu
250ml santan
1 btg serai (dititik)
1 helai daun kunyit - dihiris
10 tangkai cili merah (dikisar) mama tambah kan 4-5 btg cili padi
2 ulas bawang besar }
3 ulas bawang putih }
10gm udang kering }  dikisar
2cm halia               }
2cm belacan           }
garam & gula secukup rasa
3-4 sudu mkn kerisik - ni mama tambah


Cara menyediakan:

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tuskan. Tumiskan bahan2 yg disar hingga wangi. Titikkan serai dan tumis hingga garing. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan tauhu, garam,gula secukup rasa dan jgk kerisik. gaulkan sebati dan masukkan hirisan daun kunyit. Rendang sehingga kuah pekat.

2 comments:

izahdaut said...

eh eh..tauhu pun boleh bikin rendang..nampak sedap sungguh sungguh...amik resepi ma..mekasih

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe... Izah hentam jer lah dah ada kat majalah :D Sedap jgk sekali2 rasa rendang tauhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...