Tuesday, January 4, 2011

Ayam Goreng


Salam Semua teman2 mama yg diingati selalu...
Bersua lagi di petang hari Selasa. Dah hari yg ke 4 kita semua meraih tahun baru 2011.
Rindu kat teman2 semua... Insyallah azam tahun baru nih... mama akan mula berblogging seperti dulu ...

Resipi Ayam Goreng kali nih mama cuba dari buku masakkan Asmah laili. Resipi sumbangan dari Puan Zaharah Roziz. Sedap utk dimakan bersama nasi goreng atau pun nasi lemak. Pedas2 dan garing ketika masih panas2. Cuma bila waktu menggoreng api biarlah sederhana besar kerana takut bahagian dalam/isi belum masak. Mama gunakan ayam bahagian peha.

KEPAK AYAM GORENG- Puan Zaharah Roziz- Buku masakkan Asmah Laili

Bahan2:
1 kg kepak ayam,cuci bersih dan toskan (atau 1 ekor ayam ptg 12) - mama gunakan peha ayam
minyak makan utk menggoreng
2 jari halia*
4 biji bawang putih*
2 sudu teh kunyit serbuk*
4 biji lada kering*

bahan2 * ini hendaklah dikisar halus

2 sudu teh ketumbar biji}  bahan-bahan inin hendaklah
1 sudu teh jintan halus }     dikisar halus

1 biji telur
4 sudu makan tepung beras - mama gunakan secukup tepung beras agak2 dlm 2 senduk nasi atau lebih
garam secukup rasa

Cara:
Gaul ayam dengan telur sehingga rata. Masukkan rempah kidar beserta garam dan gaul lagi sehingga rata. Perap selama 1 atau 2 jam.
Semasa hendak menggoreng, golek2kan kepak ayam/peha ayam diatas tepung dan gorenglah sehingga garing dan masak. Api mestilah sederhana. Setelah masak, angkat dan toskan. Enak diratah sahaja atau dimakan dgn nasi atau roti.

3 comments:

Mas said...

kak ayu, klu dpt kat anak2 mas, maunya ratah mcm tu jerr....he..he..

aidah said...

Salam Mama Hawa,
wah lamanya menyepi. Sibuk ke? Anyway happy new year. Moga 2011 ni sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki hendaknya. Anak2 sy memang suka makan kepak ayam, tak pernah jemu

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe Mas salah rumah lah :)
Ni rumah Kak Hawa.. takpe.
Mmg betul anak2 mmg febret ayam..tak kira lah gulai/digrg yg pasti.. hingga menjilat jari...hehehe

Wslm Aidah
Gitu lah kalau dah sibuk dgn urusan rumah dan jgk menjaga abah. Tapi skrg dah blh tarik nafas coz abah dah sembuh spt dulu :)
Slmt Tahun Baru jgk Hawa ucapkan buat Aidah sekeluarga.. semoga thn 2011 nih sihat, dimurah kan rezeki dan apa jua yg dihajati insyaallah Amin!!!
Kat sini tak kira kepak atau peha pasti kena rembat..hehehe dah kata nye ayam!!! cuba lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...