Thursday, March 10, 2011
Kerang Tumis
menu dinner semalam...
Kerang Tumis simple jer utk tekak yg nak sangat mkn. Tapi kerang yg mama dapat ni tak de lah besar2 sangat.. beli sikit cukup utk kami 4 beranak. Nazli cuma akan pulang pada hari Sabtu ni jer. Miss him..miss him gaduh2 dgn kakak dia n bising2 nyanyi :(
Ni utk resipi utk along.. psstt sempat pesan ngan mama " mama jgn lupa resipi2 mama semua kasi kite sebelum mama mati!!! Nanti kite nak msk tak tahu!!" Ada gitu!!! Skrg kan dh canggih... cari kat blog mama jer senang cerita!!! .... mama pun balas
Bahan2
kerang - cuci bersih & toskan
bawang besar, bawang putih, cili merah - semua dihiris
serai - diketuk
daun kunyit - kalau ada lagi sedap
minyak, garam & gula
Cara
Panas kan kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih & cili merah dan masukkan serai yg diketuk. Tumis sampai garing dan wangi. Masukkan kerang. Balik2kan sekejap, masukkan garam & sedikit gula biarkan sebentar sehingga kerang terbukak sedikit. Matikan api dah siap!!
Cucur Kangkung
Salam tengahari semua teman2...hahaha teman2 semua dah N3 masakkan tengahari mama masih ngan N3 sarapan..x pe kan nak buat cam mana kalau byk kerja yg blm dibereskan. Ini pun blm masak lagi... x de orang kat rumah :(
Sarapan cik hubby tadi pagi..cucur/jemput2 kangkung. Bawak kan jgk utk my parents tadi... sempat my mom kasi comments..hisss macam2 lah kau ni ...hehehe
Resipi dari rumah Ayu... sebenarnye kangkung ni dah lama mama simpan kat bahagian freezer..coz asyik tertunda jer bila nak buat. So semalam seblm tido kluarkan dan tadi pagi siap di buat cucur.. Cuma kenalah perahkan dulu yer!!. Mama tak hiris halus2 cuma kasar2 jer biar nmpk sayur kangkung..cili pulak gunakan cili sos jer..pun sedap!!
Cucur Kangkung - Ayu & Kak Wan
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum - x ada so gunakan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
100gm udang kertas kecil / bilis halus-(Ayu gunkan udang geragau fresh)- mama ltk udang gergau kering
100gm sayur kangkung di hiris halus -
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air **
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji lada merah dibuang biji dihiris- x letak
lada sulah - mama tambah
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi. Gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan
Sos Cili
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam
Cara : Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.
Tuesday, March 8, 2011
Fried Carrot Cake
Salam & a very good cool morning to everyone :)
Project malam semalam yg x sempat pun nk BW!!! If not mistaken... this fried carrot cake requested by one of my bloggers friend... so sorry mama lupa sapa nama teman plak.
Hari ni pagi2 lagi dah N3 post... cause hari nih anak mama si Nazli akan berangkat ke Hanoi utk school trip selama 5 hari. Sempena dgn keberangkatan Nazli nanti ... insyallah kami akan berlepas dari rumah mungkin dlm pukol 11 pg.. Tadi Nazli sempat bf... katanye nnt bila adek blk dari sekolah mama buat kan yg hitam sikit lagi ah!! hehehe mungkin agak pedas sikit mama buat kan... al maklum nak ikut tekak my hubby.
Hasil mencari resipi carrot cake nih.. mama ingin mencuba resipi dari Bro Rozzan plak.. blh dikatakan memuaskan. Best buat malam2 biarkan adunan ni cool sikit baru senang kalau hendak buat breakfast...
Thanks Bro Rozzan for the recipe... mama minta izin C&P supaya mudah utk buat lagi :)
Pastikan carrot yg telah diparut di perah atau ditoskan sekejap...coz mama masuk kan sekali air carrot so tecture tak berapa pejal. Ni mama kukus dalam container plastic yg tahan panas.
Inilah hasil nyer selepas dikukus lebih kurang 1/2 jam atau sehingga masak... Warna adunan akan berubah warna...
FRIED CARROT CAKE - Bro Rozzan
5 sudu makan minyak
1 sudu makan bawang putih cincang/tumbuk
200 gm lobak putih (parut) - tos atau perah lobak putih yg tlah diparut
Bahan Perasa (Seasoning)
600 ml air
1 sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 sudu makan serbuk lada putih........ Satukan semua bahan ini.
Bahan Pemekat (Thickening agt)350 gm tepung beras
25 gm tepung jagung/kanji
500 ml air .........Satukan semua bahan ini
Bahan Sambal
20 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar
2 sudu makan udang kering2 sudu makan ikan bilis
(Kisar semua bahan di atas ini dgn sedikit air)
2-3 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit air jika perlu
minyak utk menumis
Cara Membuat Sambal:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan gula dan garam lalu kacau lagi. Biarkan sebentar hingga pekat sedikit sebelum dimatikan api.
Cara Membuat Bahan Carrot Cake:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih lalu masukkan parutan lobak putih tadi. Kacau sebentar. Kemudian masukkan Bahan Perasa dan terus kacau. Masukkan Bahan Pemekat dan terus kacau sehingga adunan pekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang berukuran 8x8x2 inci dan kukus selama kira-kira 30 minit atau hingga masak.
Cara Menyediakan Fried Carrot CakePanaskan minyak dalam kuali. Tumis 1 sudu makan bawang putih dan 2-3 sudu makan chye poh. Masukkan 200-300 gm carrot cake (yg telah dipotong dadu) bersama 2-3 sudu makan sambal dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2-3 biji telur dalam kuali yg sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan secukup 'sweet sauce' dan sedikit kicap manis. Kacau lagi dan akhir sekali taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng.
Monday, March 7, 2011
Mac N Cheese
Jeng2x..... Ain!!!
Selamat tengah hari semua teman2 ..
A quick update... byk kerja nk dibereskan ..so tak sempat nak BW atau balas komen kat shoutbox. Nnt malam insyallah kalau masa mengizinkan :)
Resipi dari dapur Ain :) Sedap & lazat. Muai sangat2. Biasalah anak2 kalau sekali2 mama dia buat dapat lah diorang makan puas2. Berulang2 Shasha & si Nazli makan.. n also kawan si Nazli - Afeq. Thanks so much Ain for the recipe.. bila tergigit kena ngan cili padi..aw!!! biasalah tekak org melayu yg sokali2 nk mkn ala2 orang putih..hehehe Mama minta izin C&P recipe dari dapur Ain :)
MAC N CHEESE PUTERI DEE - Ain my precious moments
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti - mama gunakan sos Ragu
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering) - x ltk
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti - mama gunakan sos Ragu
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering) - x ltk
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
mama tambahkan mozarella cheese, lada putih & rempah oregano sebelum dibakar :)
NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.
p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kataSandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)
Ayam Masak Merah
Lauk ni cepat di masak & sedap di makan...
pernah buat tak lama dulu. Ni lauk mama & abah:P
Ayam Masak Merah - Saji Julai 2005
Bahan2:
8 ketul ayam
3 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah } dihiris
3cm halia }
sehiris lengkuas nipis
2 batang serai (ketuk)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
200 gm cili kering
100 gm sos tomato
1 labu bawang besar(hiris bulat)
garam & gula secukup rasa
Bahan Perap Ayam
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
serbuk kunyit dan garam
Cara menyediakan
Sangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih hingga naik bau. kisar. Perap dengan ayam. kemudian digaul juga dgn garam & serbuk kunyit. Perap setengah jam dan kemudian goreng. Tumis semua bahan diatas kecuali cili dan sos tomato. Tumis hingga naik bau dan bawang menjadi kuning. Kemudian tuangkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan tuangkan gula & garam. Masukkan bawang besar, sos tomato dan diikuti dgn ayam yg digoreng. Gaul rata dan biarkan ia masak sebentar. Kemudian angkat.
Friday, March 4, 2011
Nasi tomato
Gabungan menu makan malam mama dari kedua2 teman blogger yg blh digelar 'sifu'... Ayu & Ummi
Minta izin C&P resipi di sini. Thanks Ayu & Ummi kerana sumbangan resipi..lain kali blh cuba resipi yg lain lagi :)
Nasi Tomato - Ummi & Che Da Sam
Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi - mama gunakan minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak:-
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup. Udang Berempah
Udang Berempah - Ayu
Bahan A:-
1kg udang
3 biji bawang besar (potong bulat)
1 labu bawang putih-hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
rempah 4 serangkai
10 tangkai cili padi-ikut kepedasan
garam & serbuk perasa secukupnya
gula sikit-buat syarat
daun ketumbar-agak2 aje
Bahan B:-
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk cili
Method:-
Gaul rata ke semua bahan B, sedikit garam & perasa bersama udang. Goreng jangan terlalu lama, angkat tos dan ketepikan. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar & putih. Kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai.
Apabila wangi kecilkan api, masukkan kesemua serbuk didalam bahan A, garam, perasa & gula dan kacau. Apabila semua serbuk tadi dah masak, masukkan udang tadi & gauk rata. Masukkan juga daun ketumbar yang telah dipotong kecil2. Udang berempah siap dihidangkan, Lagi sedap diratah begitu sahaja.
Tambahan:-Masak udang berempah ini tidak meggunakan air walau sedikit pun. Oleh itu ketika masak kesemua serbuk dibaahn A memerlukan api yang kecil & selalu dikacu. Jika api sederhana besar atau besar rempah tadi akan terasa pahit.
mama gunakan semula minyak yg menggoreng udang. Lebihkan sedikit minyak masa menumis supaya rempah2 masak!
Telur masak lemak Dhal
Telur masak lemak Dhal - Ayu
Ingredients:-
2 handfuls of dhal soaked-(2 genggam kacang dhal direndam)
1-2 potatoes cut to preferences-(1-2 kentang dipotong ikut suka)
3-4 eggs-(3-4 biji telur) - mama rebus
3-4 dried chillies using scissors snip thinly-(3-4 cili kering digunting halus)
1 big onion sliced thinly-(1 biji bawbang besar dihiris halus)
2 garlics sliced thinly-(2 bawnag putih dihiris halus)
2-3 stalk curry leaves-(2-3 batang daun kari)
1 tsp mustard seeds-(1 sudu teh biji sawi)
a few slices of ginger-(beberapa hirisan halia)
some coconut milk-(santan )
1-2 tsp turmeric powder-(1-2 sudu teh kunyit serbuk)
salt and MSG to taste-(garam dan perasa secukupnya)
water for boiling to estimate-(air ikut suka)
oil for saute-(minyak untuk menumis)
Method:-
Boil dhal in water when 3/4 cooked add in potatoes and boil till soft. Meanwhile in another wok, heat oil and stir fry onions, garlics, ginger, dried chillies, mustard seeds, turmeric powder and curry leaves till fragrant. In the pan that boils the potatoes and dhall, making sure the amount of water preferred is enough, add in the coconut milk. Let it simmer for a while. In the other wok, once the stir fried ingredients are ready pour the mixture into the dhall pan and stir well. Add in salt and MSG to taste. Break the eggs one by one and let it cook for a while. Do not stir too much as it will make the eggs separated to pieces.Turn off heat.Ready
(Rebus kacang dhal yang telah direndam dalam air(berapa banyak terpulang). Bila 3/4 masak masukkan kentang dan rebus hingga empuk. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawng putih, halia. cili kering, biji sawi, kunyit serbuk dan daun kari hingga naik bau. Sementara itu, dalam periuk yang merebus kentang dan kacang dhal tadi, pastikan air untuk kuah sudah memadai, masukkan santan. Biarkan ia reneh seketika. Bila bahan tumis sudah sedia masukkan terus ke dalam kuah dhal tadi. Perasakn dengan garam dan serbuk perasa. Pecahkan telur satu persatu dan biarkan ia masak. Jangan terlalu dikacau takut telur hancur. Bila sudah masak tutup api dan hidangkan.)
Apam aka Muffin Pisang Coklat
A quick update sebelum tengok Abah... Apam aka Muffin Pisang Coklat ku yg tak merekah seperti Izah buat.... huhuhu. Macammana nak buat apam yg merekah rekah.... jealous pun ada bila tengok kawan2 buat apam yg merekah = cantik!
Tak pelah .... asal rasa sedap & apam ku ni lembut sudah memadai... redha jer hehehe
Meh tengok resipi dari dapur Izah kali ni.. walaupun tak secantik Izah buat ... tetap sedap & lembut. Thanks Izah .. mama minta izin C & P resipi dari dapur Izah :)
APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT
Tak pelah .... asal rasa sedap & apam ku ni lembut sudah memadai... redha jer hehehe
Meh tengok resipi dari dapur Izah kali ni.. walaupun tak secantik Izah buat ... tetap sedap & lembut. Thanks Izah .. mama minta izin C & P resipi dari dapur Izah :)
sumber: chef Hanieliza
Bahan A [Ayakkan]
1 cawan tepung gandum
1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam
Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]
Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
Bahan A [Ayakkan]
1 cawan tepung gandum
1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam
Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]
Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
Wednesday, March 2, 2011
Daging Hitam Manis Berempah
Lauk dinner nnt bersama keluarga...
Resipi dari dapur Nor Trgganu. Thanks alot Nor minta izin C&P :)
DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
K.Nor style
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan
bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~
bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis
Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.
Subscribe to:
Posts (Atom)



