Gabungan menu makan malam mama dari kedua2 teman blogger yg blh digelar 'sifu'... Ayu & Ummi
Minta izin C&P resipi di sini. Thanks Ayu & Ummi kerana sumbangan resipi..lain kali blh cuba resipi yg lain lagi :)
Nasi Tomato - Ummi & Che Da Sam
Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi - mama gunakan minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak:-
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup.
5 comments:
ooo..ni rupanya pelengkap lauk2 tadi...
perhhh..sedapp tu....nasi tomato..
ooooh!hawa buat nasi tomato tak ajak ek?..sedap tu..dah lama dok tepi tingkap ni tapi hawa buat derkkk je.
hehe
ooppss..ni akak tinggalkan rebung 5 kampit.esok menggulai panggil akak ya..kahkahkah
Mas..hehehe aah Lah Mas :)
hehehe Kak Anim. Kesian akak tunggu kat tepi tingkap... nak ajak jgk tapi dah nk magrib tuh yg tak sempat nak calling2 :)
Wah akak perli Hawa sampai 5 kampit rebung tuh nak buat kenduri ke? kikiki.
Emmm..... sedap ni Mamahawa, nanti saya singgah ya.
Post a Comment