Monday, March 7, 2011

Mac N Cheese


Jeng2x..... Ain!!!



Selamat tengah hari semua teman2 ..
A quick update... byk kerja nk dibereskan ..so tak sempat nak BW atau balas komen kat shoutbox. Nnt malam insyallah kalau masa mengizinkan :) 

Resipi dari dapur Ain :) Sedap & lazat. Muai sangat2. Biasalah anak2 kalau sekali2 mama dia buat dapat lah diorang makan puas2. Berulang2 Shasha & si Nazli makan.. n also kawan si Nazli - Afeq. Thanks so much Ain for the recipe.. bila tergigit kena ngan cili padi..aw!!! biasalah tekak org melayu yg sokali2 nk mkn ala2 orang putih..hehehe Mama minta izin C&P recipe dari dapur Ain :)



MAC N CHEESE PUTERI DEE - Ain my precious moments

1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti -
mama gunakan sos Ragu
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering) -
x ltk
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa

1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum


Cara-caranya

1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.

2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.

3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.

5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.

6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
mama tambahkan mozarella cheese, lada putih & rempah oregano sebelum dibakar :)

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kataSandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)



10 comments:

Nieza said...

wah sedapnya...nieza suka ler nanti nk cuba jugalah..tq sharing yer:)

ain (sweet thots) said...

wah.. maa... tu dia dah keluar... nampak menyelerakan sungguh!! patut la bertambah2 anak2 makan, tengok pon dah nampak sedap sgt ;)

anymz said...

waaah!sedap tul nampaknya tu hawa..akak kopipes resepinya ya..nampak sedap sgt tu.

LyNn HaMzAh said...

nampak sedap...nak cuba la weekend nie...hehehe...

zarin said...

sedapnyaaaaa. tak tahan dah ni

Ayu said...

ma!! nak mac & cheese...
memang sedap ni..kita dulu pernah buat tapi dari recipe diana..me,mang 1 hari makan ni aje dah kenyang..hehe

Uncle Lee said...

Hi, looking at your this fantastic dish like getting tortured, ha ha.
It looks so delicious!
Can see you have a Black Belt in cooking.

And there is nothing more appealing on this Earth than that of a beautiful wife and mother in the act of cooking for her loved ones.
Have a nice day, and keep a song in your heart. Best regards.
Lee.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Nieza.. ni mama 1st time cuba.Tapi anak2 suka :P

Ain..hehehe Thanks so much for sharing :)

Kak Anim... sila kan kak :) mmg utk di share dlm blog msk2 ni. Tapi tekak org melayu cili padi tak tggl..hahaha

Lynn... try out sikit dulu..coz this recipe yields abt 3-4 persons or more.

Zarin..hehehe :)

Ayu..Utk tekak mama nih okaylah :P tapi cik hubby cam biasa lah mkn sikit jer..nk mkn pedas2. Oh ayu pun pernah buat jgk. hehehe nnt mama nk cari resipi diana plak. Bdk2 1 hari pun diorg tahan =)

Uncle Lee... hahaha please dont get tortured by looking at the pictures! Well me, dont have black belt for cooking..still learning & will learn more new recipe for the sake of my kids crave :)
And u too Uncle Lee, have a great day. Thanks for visiting :)

♥ Che NamNam ♥ said...

huwaa sedapnyer..tgk gambor jerk pon airliur dah jejeh-jejeh jatuh nehhh..raser nak jilat screen jerk..huhu

Me...SiSantek ^_^ said...

adoii..haihh..btul2 buat lapa jer..he2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...