Friday, March 25, 2011

Custard TeaCake



Custard TeaCake yg menjadi sefamous famous dalam beberapa hari saja!!!
And the virus spread very powerful until it reaches here in SINGAPORE!!! Hahahaha :D

 Semalam petang sempat bake Custard teacake ni... sementara tunggu kek sejuk dapat update N3 utk masakkan tengahari..tapi bila dah petik gambar and after clearing kat dapur kemas mana yg patut.. penat pulak & dah malas pulak nak N3. Tak pe lah tak lari gunung dikejarkan...

Nak kasi tahu sapa yg dah buat..rasa2 mama dah ramai teman2 buat teacake nih :) CMG, Mas, Nor, Izah, Tun Telani, Noorsha, Hasue..sapa lagi???

So kepada yg dah buat dah tahu apa rasa kek ni dah yg belum buat kena lah buat utk mengetahui apa rasa kek nih nak explain & kasi tahu rasa susah sgt

Meh tengok resipi nyer... Mama ambik resipi dari dapur DJ kerana letak warna n flavour.. utk custard mama buat 2 adunan coz 1 adunan dpt sikit.

Thanks yer DJ and the rest of the gang masak2 for sharing this recipe. DJ mama minta izin link C&P resipe dari dapur DJ.

Custard TeaCake
Source: Kak Ida &Che Mat Gebu & HaSue

BAHAN KEK :-)
 
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
 
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar ( lebih kurang dlm 8 sudu makan)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


bahan-bahan yang DJ tambah :
  • 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar air panas (dibancuhkan)
  • 1 sudu kecil pandan paste + pewarna hijau epal


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.

3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. (DJ bahagi dua adunan: satu bahagian dicampurkan dgn bancuhan koko dan satu lagi perisa pandan)

4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

9 comments:

Unknown said...

wahhh dah sampai dapur mama dah...bila nak sampai dapur saya lak ni...ahaks!...nampak menarik terguda dh ni..:)

~Norul Mas Hana ~ said...

cantiknya..saya pon dah berangan nak buat ni..haha =)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

uikkk.. mama... tadi masuk mcm tak nampak pulak kek ni.. nampak karipap ngan sotong tu jer........... mama main nyorok2 yer.. takut kita mintak sepotong.. hihihi....

Love2cook Malaysia said...

Wah wah wah...lovely cake kak! Looks moisty! :D

Nely's Kitchen said...

perkhhh...berseri2 custard teacake mama..canteknyerrr...nk cikit..

tun_telani said...

wahhh.. berwarna warni.. canthek bangat kek mama nih..

Mas said...

mama...sedappkan kek ni..
mas pun suka..
rasa macam nak buat lagi lak..he.he..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Nieza...
Aah lah Nieza coz nak sgt tahu rasa kek custard ni cam mana. And bahan2 tak susah nak cari semua ada di dapur..try lah :)

Norul Mas Hana...
Hehehe try lah Hana :)

Madihaa...
hehehe ada technical problem lah :) Mama nih buta it..sikit blh lah :) Konon2 nak post N3 tak tahu picit apa pulak hahaha Laa... buat apa mama nak main nyorok2 kalau main cak2 ngan anak2 Mahihaa kira okay pun :)

Love..
hehehe moist around the custard area cause mama buat 2 adunan custard..tamat kan hahaha

Lyza...
hehehe nah tggl cikit jer.. tadah Lyza :)

Tun_Telani...
Dah sampai dapur tun jgk kan? so yg mama punya ikut DJ coz nak meriahkan lagi kek custard nih..hehehe

Mas...
Aah lah Mas..mama suka mkn bila kena tang custard tuh!! Ltk byk2 pun sedap..adunan tak byk senang jer membuat nyer :)

HomeKreation said...

Aslmkm. Uik, berkenan pulak tengok versi yg mama buat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...