Wednesday, March 2, 2011

Daging Hitam Manis Berempah


Lauk dinner nnt bersama keluarga...
Resipi dari dapur Nor Trgganu. Thanks alot Nor minta izin C&P :)

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
K.Nor style


300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~

bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

6 comments:

K.Nor said...

salam ma, bak sket daging tu, nor nak makan dgn nasi serai berjagung ni hehe

camna rasa, ok tak? :)

zarin said...

adusss sedap nampak daging tuh...tapi saya ni tengah pantang daging..errr pantang nampak daging kikiki mau aje makannya

Mas said...

sedapnya daging hitam ni...
mas dah try ke belum..lupa lak..
walaupun hitam...tetap menawan..

Ayu said...

Assalam mama, wah ini dipanggil hitam2 si tampok manggis walaupun hitam dipandang manis....nak ras sikit ma!!..dah kurang flunya ke belum?..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Nor..
meh ni kite exchange mknnan :) Hawa ambik nasi serai Nor & Nor ambik daging berempah :)
Thanks lah Nor.. ltk cuka pun sedap jgk.. ada rasa mcm daging msk kicap cuma versi berempah sikit :)

Zarin..Oh ingat tgh berpantang...hehehe kat rumah Kak Hawa yg selalu suka daging cik hubby...

Mas..Mcm kak Ayu ckp..hitam2 si tampok manggis makin dipandang makin nak makan hehehe

Ayu..Wslm Ayu :)Tulah makin hitam makin bertambah nasi ...hehehe sedap daging berempah ala msk kicap g2. Nak ambik sikit..main jauh2 mama lagi flu nih..karang jangkit susah plak :)

Nida said...

Sedapnya... hiasan pun sangat menarik, geram tengok lada yg segar bugar tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...