Thursday, March 10, 2011

Laksa Lemak Nyonya


Makan malam kami semua ... Laksa Lemak Nyonya.

Pertama kali mencuba laksa lemak yg tiada isi ikan dan kerisik. Not bad jugak. Sedap jgk lagi2 ada sambal tumis!! Thanks CMG for sharing. Minta izin letak resipi disini

Laksa Lemak Nyonya - CMG

BAHAN KUAH LAKSA :-)
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan

250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")- mama ltk taupok
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis


BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera...

7 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Mama, saya baru cadang nak buat Laksa Lemak ini, baru tengah search net. Ingat nak buat hujung minggu ni. Thanks ya Mama macam tau-tau aje saya tengah dok cari. Sedap ya. Kalau kat Secret Recipi mau RM15.90 semangkok.

aidah said...

Sedapnya tengok laksa lemak tu. Agak2 kalau mee laksa tu ganti dengan mee kuning sedap jugak tak. By the way cucur kangkung tu something yg baru buat sy.

Kerull said...

Salam pagi hari Mama..jalan-jalan sambil jamu mata ngan Laksa Lemak Nyonya...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Kak Paty
Wslm Kak Paty...sekali kebetulan.. Hawa kalau dlm seminggu tuh mesti ada msk mee mungkin anak2 jelak asyik mkn nasi jer. No problem kak... bau laksa lemak nih kata my daughter cam kat kedai yg selalu kite lalu..bau nyer tak blh angssss..hehehe
Tulah kalau nk mkn kat luar lagi2 kat secret recipe!!

Aidah
hehehe mmg sedap sekali2 kena laksa lemak..mama diaorg asyik buat laksa rempah..
Tak tahu plak sedap atau x kalau di tukarkan kpd mee kuning..coz laksa sedap mkn ngan mee laksa aidah..Tu ah cucur kangkung pun 1st time try..sedap jgk

Salam ..dh tgh hari ni
Kerull pandang2 jer tau laksa semalam malam dah habis kena korban hahaha

HomeKreation said...

Salam mamahawa. Subuh2 dtg jalan ke sini nak cari makan, jumpa lak laksa...hehe, minta semangkuk...slurrrrrp!

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam Mama,
Nampak sangat menyelerakan la laksa lemak ni... =)

openid said...

Salam Mama,
Laksa nyonya kite tak pernah try lagi. Nampak mcm mee kari pulak. hehe... bonusnya ialah udang mama yang mesyar2 tu... terliur ;)
Ijan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...