Salam dan selamat petang semua... Disini hujan yg tadi turun lebat..dah mula rede . Tiba2 cuaca bertambah terang...
Puding Kentang dari dapur Mas kali ni. Di rumah mama puding2 nih anak2 tak brapa suka sangat, cik hubby apa lagi.. Tapi oleh sebab mama ingin sangat merasa..buat jgk. Dapat lah mama merasa bagaimana texture puding kentang yg halus dan sedap nih..cuma boleh dikurangkan kandungan gula dan jgk susu pekat manis.
Mama ikut seperti Mas buat kerana agak keliru tentang sukatan air.
Thanks Mas :) minta izin C&P recipe dari dapur Mas tau!!
Puding Kentang
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber : Kak Yatie
Bahan :
- 10 g serbuk agar-agar
- 2 biji ubi kentang sederhana saiznya
- 200 g gula pasir - ltk dlm 180g
- 200 ml santan pekat
- 125 ml susu cair
- 500 ml air
- 3-4 sudu besar susu pekat manis - ltk dlm 2 sudu mkn
- 1 sudu besar mentega
- 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
- pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara membuatnya :
- Ubi kentang dicuci bersih (tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
- Satukan gula bersama 500 ml air dan serbuk agar-agar di dalam periuk.
- Mas agak keliru sebab 500ml air dicampur dengan serbuk agar2 dan dimasak dan 180ml air kat no 1 tu tak de dlm senarai bahan2, jadi Mas masukkan 320ml air + serbuk agar2 setelah ditolak dengan 180ml air yang dikisar dengan kentang tu.
- Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
- Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
5 comments:
nampak sedap betul puding kentang ni mama.... terliur dibuatnya..
Salam , cantiknya npk rose merah suka sagat...puding kentang lagi npk menyelerakan terasa2 nyaman masuk ke tekak...nak rasa boleh...
mama..cantiknya puding kentang mama tu.....
sedappkan mama puding kentang tu...
mas suka tau..he..he..
sedapnyer.. cantik je puding kentang mama =)
Madihaa..
sejuk2 mkn pasti nyaman kat tekak nih :P
Mesti try madihaa :)
Sheila...
Wslm ..hehehe nak rasa kena lah buat sendiri :D Mmg sedap puding ni kalau mkn sejuk2
Mas...
Aah Mas lagi2 kalau tgh cuaca panas..sejuk kat tekak... i like!!
Tun_telani...
Cuba lah :) Sedap tau!
Post a Comment