Thursday, March 17, 2011

Chilled Oreo Cheesecake

N3 tertunggak... Tadi pagi nak update N3 & upload gambar..punya lah slow!!!
Give up!!! terus keluar pegi tgk abah...

Actually buat Chilled Oreo Cheesecake yg ada ala2 secret recipe nih last week. Utk hubby & his office mates. Buat 2 adunan... 1 to his office n the other 1 utk orang2 di rumah...
Pernah buat suatu masa dahulu... lama dah!! Recipe dari bro Rozzan. Thanks Bro for sharing :)


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan - mama ltk 230gm
60 gm mentega (dicairkan) - 80gm
1 biji lemon (diambil jusnya)- mama gunakan 1/2 biji jer coz lemon juicy

500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4- mama lbh kan 150gm




CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam

* utk mendapatkan potongan cheesecake yg bersih dan cantik ... rendamkan pisau kedlm bekas air panas. Setiap kali potong pisau di celup dlm bekas air panas pasti potongan akan kelihatan bersih & cantik :- dari penggalaman mama :)

6 comments:

ain (sweet thots) said...

ciskek gak ye ma ... hehe. suka 3x ;P

tun_telani said...

mama, sedapnyer.. tun kalau wat cheesecake mmg xwat dh yg lain, mesti wat oreo cheesecake.. xkira laa bake or chilled. nmpk sgt sedap ada xtra orea kt atas tuh.

Mas said...

mama..mas nak sepotongg....

Kingsizesue said...

memang sedap, terima kasih mama..
nanti nak try buat sendiri.

norliza said...

thank you for sharing. Boleh mama bagi tau kat mane nak beli gelatin tu tak?

Mrs Lurve said...

sedapnya..nak nagis tgk huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...