Wednesday, March 16, 2011
Ayam harum Thai
Lauk utk lunch maybe ke dinner - AYAM HARUM THAI yg seharum nama!!! Ha3x
Sempat BW tadi pagi kerumah/dapur Nor yg jauh di Terengganu... setiap kali kalau kesana kalau tak bawak balik recipe memang tak sah!! Ni lah hasil nyer :-
Resipi asal dari TryMask. Kepada Ummi thanks kerana promotekan dish ini , Yatie & jgk Mas pun yg dh mencuba nye.
Nor... mintak izin C&P recipe dari dapur Nor tau!!
AYAM HARUM THAI
resepi: TryMasak
sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)- mama ltk kuning & merah
5 bj cili api ~ ni K.Nor tambah
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.
Puding Kentang
Salam dan selamat petang semua... Disini hujan yg tadi turun lebat..dah mula rede . Tiba2 cuaca bertambah terang...
Puding Kentang dari dapur Mas kali ni. Di rumah mama puding2 nih anak2 tak brapa suka sangat, cik hubby apa lagi.. Tapi oleh sebab mama ingin sangat merasa..buat jgk. Dapat lah mama merasa bagaimana texture puding kentang yg halus dan sedap nih..cuma boleh dikurangkan kandungan gula dan jgk susu pekat manis.
Mama ikut seperti Mas buat kerana agak keliru tentang sukatan air.
Thanks Mas :) minta izin C&P recipe dari dapur Mas tau!!
Puding Kentang
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber : Kak Yatie
Bahan :
- 10 g serbuk agar-agar
- 2 biji ubi kentang sederhana saiznya
- 200 g gula pasir - ltk dlm 180g
- 200 ml santan pekat
- 125 ml susu cair
- 500 ml air
- 3-4 sudu besar susu pekat manis - ltk dlm 2 sudu mkn
- 1 sudu besar mentega
- 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
- pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara membuatnya :
- Ubi kentang dicuci bersih (tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
- Satukan gula bersama 500 ml air dan serbuk agar-agar di dalam periuk.
- Mas agak keliru sebab 500ml air dicampur dengan serbuk agar2 dan dimasak dan 180ml air kat no 1 tu tak de dlm senarai bahan2, jadi Mas masukkan 320ml air + serbuk agar2 setelah ditolak dengan 180ml air yang dikisar dengan kentang tu.
- Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
- Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
Tuesday, March 15, 2011
Mee Goreng Belacan
Selamat pagi semua!!! Hari bersiaran awal sikit!! Tadi lepas Nazli pergi sekolah..mama terus on PC... nak N3 pagi2 sebelum kemas sikit lebih kurang & off to mom place as usual.
Recipe seperti biasa.....dan dapur sapa lagi yg mama suka sangat2 geledah? hehehe AYU lah *-*
Thanks Ayu..seperti biasa lah recipe C&P dari sana..thanks yer :D
Mee Goreng Belacan - Ayu
Ingredients:-
500 g mee kuning
1 keping fishcake
5-6 ekor udang
1 ekor sotong sederhana besar
1/2 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar bawang putih kisar
2-3 biji telur
sawi & taugeh ikut suka
2-3 sudu besar sambal belacan-(ikut kepedasan)
2 batang cili hijau dihiris
1 sudu besar lada hitam serbuk
1-2 sudu besar kicap manis
sedikit garam-kalau perlu
serbuk perasa secukup nya
1 cube ayam
sedikit air
Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu. Masukkan bawang putih kisar, sambal belacan & serbuk lada hitam dan kacau hingga naik bau. Masukkan lada hijau hiris, kicap manis, cube ayam, sotong, udang & fishcake. Gaul rata.Kalau kering boleh masukkan air sedikit.Perasakan dengan sedikit garam jika perlu & serbuk perasa. Masukkan mee, gaul rata, buat lubang ditengah pecahkan telur, biarkan sekejap. Gaul rata, masukkan sawi dan gaul lagi, akhir sekali masukkan taugeh. Siap untuk dihidang.
Sunday, March 13, 2011
BuBur Nasi
Salam Minggu teman2 semua!!! Hari Minggu yg mendung di bumi SG... Nazli dah pulang dari Hanoi semalam..hari ni dah start training bola!!! Kesian jgk tgk si Nazli ni kurus kering badan tak macam kakak2 die yg montel2..hahaha. Tapi nak buat mcm mana kalau dah itu yg dia minat..sebagai orang tua kita hanya mendoakan yg terbaik utk anak2...
Okay hari ni lunch mama & hubby (anak2 tak de rumah) BuBur Nasi... kenapa bila orang sakit mesti nak makan bubur???
Cik hubby hari ni sepatut nyer ada tournament bola ngan teman2 tapi deman pulak tadi pagi sebelum subuh!! Kol 3pg mama kejut kan hubby suruh mkn panadol!! Ni pun masih tido lps makan bubur...
Bubur kelam kabut..coz cik hubby ckp lapar!! Apa sahaja yg ada dlm fridge ..mama masak main campak2 jer!! Dalam masa 1 jam siap Hubby makan :D
Okay..hari Isnin anak2 mula bercuti selama seminggu..tak de pelan nak kemana kali ni..mungkin ajak bdk2 ke JB jer..
Happy holiday guys!!!
Thursday, March 10, 2011
Laksa Lemak Nyonya
Makan malam kami semua ... Laksa Lemak Nyonya.
Pertama kali mencuba laksa lemak yg tiada isi ikan dan kerisik. Not bad jugak. Sedap jgk lagi2 ada sambal tumis!! Thanks CMG for sharing. Minta izin letak resipi disini
Laksa Lemak Nyonya - CMG
BAHAN KUAH LAKSA :-)
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")- mama ltk taupok
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
- UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
Ikan Tongkol Masak Sambal AsamTrengganu
Lauk Ikan Tongkol Masak Trengganu nih seakan2 ikan masak sambal jgk kalau di Singapura. Cuma kelainan sedikit cara penyediaan ikan tongkol. Ikan tongkol direbus dulu kemudian digoreng garing. Best jgk.. terasa sambal2 menyerap kat ikan!! Dan tentu nye lauk ni ada masam2 & jugak manis!! Tapi kata Madihaa kalau kite kurangkan manis atau kurangkan bahan2 dah lari rasa...
Resipi dari dapur Madihaa dan madihaa pulak ambil dari sepupu dia - Mariah. Thanks yer to both ladies for sharing this recipe. Minta izin mama letak di sini supaya senang anak2 dan teman2 mencuba nyer :)
Ikan Aye/Tongkol Masak Sambal Asam Trengganu by Mariah (My Cousin)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan:-
5/6 ketul ikan aye/tongkol ~ direbus dgn 4 keping asam keping + 2 s/k garam+ sikit air - mama gunakan ikan tongkol
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
6 sudu besar lada kering giling/kisar - mama gunakan dlm 20 tangkai cili kering
2 sudu besar asam jawa~ campur air di bawah jdkan pes - 1 sudu asam jawa yg tak de biji
2 cawan air
2 sudu mkn gula - sila jgn kurangkan*
Garam secukup rasa
ajinomoto jika suka
Minyak utk menumis
Cara-cara:-
1. Ikan aye/ tongkol yang telah direbus digoreng hingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda* hingga lumat.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis lada dan bawang yg dikisar hingga garing & keluar minyak.
4. Bila agak garing masukkan air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto.
5. Bila kuah hampir pekat masukkann ikan dan balik2kan sikit. Rasakan sambalnya biar secukup rasa (biar ada rasa masin, masam & manis sikit) & bolehlah dihidang dengan nasi putih atau nasi lemak.
Kerang Tumis
menu dinner semalam...
Kerang Tumis simple jer utk tekak yg nak sangat mkn. Tapi kerang yg mama dapat ni tak de lah besar2 sangat.. beli sikit cukup utk kami 4 beranak. Nazli cuma akan pulang pada hari Sabtu ni jer. Miss him..miss him gaduh2 dgn kakak dia n bising2 nyanyi :(
Ni utk resipi utk along.. psstt sempat pesan ngan mama " mama jgn lupa resipi2 mama semua kasi kite sebelum mama mati!!! Nanti kite nak msk tak tahu!!" Ada gitu!!! Skrg kan dh canggih... cari kat blog mama jer senang cerita!!! .... mama pun balas
Bahan2
kerang - cuci bersih & toskan
bawang besar, bawang putih, cili merah - semua dihiris
serai - diketuk
daun kunyit - kalau ada lagi sedap
minyak, garam & gula
Cara
Panas kan kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih & cili merah dan masukkan serai yg diketuk. Tumis sampai garing dan wangi. Masukkan kerang. Balik2kan sekejap, masukkan garam & sedikit gula biarkan sebentar sehingga kerang terbukak sedikit. Matikan api dah siap!!
Cucur Kangkung
Salam tengahari semua teman2...hahaha teman2 semua dah N3 masakkan tengahari mama masih ngan N3 sarapan..x pe kan nak buat cam mana kalau byk kerja yg blm dibereskan. Ini pun blm masak lagi... x de orang kat rumah :(
Sarapan cik hubby tadi pagi..cucur/jemput2 kangkung. Bawak kan jgk utk my parents tadi... sempat my mom kasi comments..hisss macam2 lah kau ni ...hehehe
Resipi dari rumah Ayu... sebenarnye kangkung ni dah lama mama simpan kat bahagian freezer..coz asyik tertunda jer bila nak buat. So semalam seblm tido kluarkan dan tadi pagi siap di buat cucur.. Cuma kenalah perahkan dulu yer!!. Mama tak hiris halus2 cuma kasar2 jer biar nmpk sayur kangkung..cili pulak gunakan cili sos jer..pun sedap!!
Cucur Kangkung - Ayu & Kak Wan
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum - x ada so gunakan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
100gm udang kertas kecil / bilis halus-(Ayu gunkan udang geragau fresh)- mama ltk udang gergau kering
100gm sayur kangkung di hiris halus -
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air **
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji lada merah dibuang biji dihiris- x letak
lada sulah - mama tambah
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi. Gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan
Sos Cili
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam
Cara : Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam. Masak hingga hampir pekat. Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.
Tuesday, March 8, 2011
Fried Carrot Cake
Salam & a very good cool morning to everyone :)
Project malam semalam yg x sempat pun nk BW!!! If not mistaken... this fried carrot cake requested by one of my bloggers friend... so sorry mama lupa sapa nama teman plak.
Hari ni pagi2 lagi dah N3 post... cause hari nih anak mama si Nazli akan berangkat ke Hanoi utk school trip selama 5 hari. Sempena dgn keberangkatan Nazli nanti ... insyallah kami akan berlepas dari rumah mungkin dlm pukol 11 pg.. Tadi Nazli sempat bf... katanye nnt bila adek blk dari sekolah mama buat kan yg hitam sikit lagi ah!! hehehe mungkin agak pedas sikit mama buat kan... al maklum nak ikut tekak my hubby.
Hasil mencari resipi carrot cake nih.. mama ingin mencuba resipi dari Bro Rozzan plak.. blh dikatakan memuaskan. Best buat malam2 biarkan adunan ni cool sikit baru senang kalau hendak buat breakfast...
Thanks Bro Rozzan for the recipe... mama minta izin C&P supaya mudah utk buat lagi :)
Pastikan carrot yg telah diparut di perah atau ditoskan sekejap...coz mama masuk kan sekali air carrot so tecture tak berapa pejal. Ni mama kukus dalam container plastic yg tahan panas.
Inilah hasil nyer selepas dikukus lebih kurang 1/2 jam atau sehingga masak... Warna adunan akan berubah warna...
FRIED CARROT CAKE - Bro Rozzan
5 sudu makan minyak
1 sudu makan bawang putih cincang/tumbuk
200 gm lobak putih (parut) - tos atau perah lobak putih yg tlah diparut
Bahan Perasa (Seasoning)
600 ml air
1 sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 sudu makan serbuk lada putih........ Satukan semua bahan ini.
Bahan Pemekat (Thickening agt)350 gm tepung beras
25 gm tepung jagung/kanji
500 ml air .........Satukan semua bahan ini
Bahan Sambal
20 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar
2 sudu makan udang kering2 sudu makan ikan bilis
(Kisar semua bahan di atas ini dgn sedikit air)
2-3 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit air jika perlu
minyak utk menumis
Cara Membuat Sambal:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan gula dan garam lalu kacau lagi. Biarkan sebentar hingga pekat sedikit sebelum dimatikan api.
Cara Membuat Bahan Carrot Cake:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih lalu masukkan parutan lobak putih tadi. Kacau sebentar. Kemudian masukkan Bahan Perasa dan terus kacau. Masukkan Bahan Pemekat dan terus kacau sehingga adunan pekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang berukuran 8x8x2 inci dan kukus selama kira-kira 30 minit atau hingga masak.
Cara Menyediakan Fried Carrot CakePanaskan minyak dalam kuali. Tumis 1 sudu makan bawang putih dan 2-3 sudu makan chye poh. Masukkan 200-300 gm carrot cake (yg telah dipotong dadu) bersama 2-3 sudu makan sambal dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2-3 biji telur dalam kuali yg sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan secukup 'sweet sauce' dan sedikit kicap manis. Kacau lagi dan akhir sekali taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng.
Monday, March 7, 2011
Mac N Cheese
Jeng2x..... Ain!!!
Selamat tengah hari semua teman2 ..
A quick update... byk kerja nk dibereskan ..so tak sempat nak BW atau balas komen kat shoutbox. Nnt malam insyallah kalau masa mengizinkan :)
Resipi dari dapur Ain :) Sedap & lazat. Muai sangat2. Biasalah anak2 kalau sekali2 mama dia buat dapat lah diorang makan puas2. Berulang2 Shasha & si Nazli makan.. n also kawan si Nazli - Afeq. Thanks so much Ain for the recipe.. bila tergigit kena ngan cili padi..aw!!! biasalah tekak org melayu yg sokali2 nk mkn ala2 orang putih..hehehe Mama minta izin C&P recipe dari dapur Ain :)
MAC N CHEESE PUTERI DEE - Ain my precious moments
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti - mama gunakan sos Ragu
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering) - x ltk
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti - mama gunakan sos Ragu
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering) - x ltk
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
mama tambahkan mozarella cheese, lada putih & rempah oregano sebelum dibakar :)
NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.
p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kataSandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)


