Monday, August 15, 2011

Ayam Bumbu Bali

 Assalamualaikum 
Hari Isnin yg dingin pada waktu ni 

Bukan tak masak.... tapi malas betul nak ambik gambar...
Ni pun lauk sahur pagi tadi..petik ala kadar jer...

Memang bulan pose ni byk masak & makan lauk ayam!!!
Semalam Nor ada tag mama ngan mskkan Ayam Bumbu Bali di fb.
Teruja plak tengok..tuh yg msk pagi tadi utk lauk bersahur...
Sedap jgk :P 
Sebenarnyer resipi dari daging bumbu bali yg telah di olah semula oleh Nor kepada ayam. hasil nyer pun sama sedap :P 

Terima Kaseh Nor.. ni mama minta izin C&P resipi dari baglo Nor letak di teratak dapur mama plak :)




AYAM BUMBU BALI
olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil - mama gunakan ayam seekor  ~ 1.2kg
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah * - ni mama lebih kan sedikit
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair ~ tak de stock gunakan santan kotak
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.




11 comments:

cik ain | sweet thots said...

sedap nampaknya ma.. aritu ingat nak wat daging bumbu bali, x sempat2. nampaknya beralih ke ayam pulak lah ^__^ hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mama..
petang2 ni.. nampak ayam bumbu bali mama kan main mengancam lagi.. hehe.. mcm nak try jugaklaa... sedap betul nampak tu..

che'iza said...

Assalam mama...

Hari tgk kak nor buat tergoda dah... ni mama lak buat... tgk kuah dia tak tahan ... nampak savoury n rich sangat...

Anawahid said...

sedapnya mama... hampir meleleh air liur dibuatnya... huhuhu

Ayu said...

mama, sedap nampak lauk ni ma..kita yang daging ke ayam ke recipe bumbu bali ni belum dicuba lagi..

K.Nor said...

salam ma, mmg sedap kan.. gravy dia tu mmg best.. anak2 nor suka sgt dgn lauk ni..

Love2cook Malaysia said...

Sedapnya ayam ni kak...terliur je Love tengok! Haishhh :)

Juwita Jamaludin said...

salam mama.. ramainya dah uat ayam in.. mest sedap sebab berjangkit2 je setiap rumah..

Kerull said...

Salam Mama..dah buat kuih raya belum..ayam bumbu bali..tak pernah try lagi ni..one day kena cuba..boleh buat menu rumah terbuka...he he he

ibundo said...

mengancam betul lah hawa..
makan dengan naasi empet sedap ni.

Ummi said...

Assalam MamaHawa, waaah mengancamnya tgk ayam bersalut pekat camtu...terasa duk kat Bali la kalau makan x ingat donia ni kan..kan..ngencess! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...