Sejuk nyer cuaca hari... skrang ni ujan !!!!
Sang mentari hanya kejap jer keluar tadi pagi..
Ni pun menu breakfast yg baru nak kluar...hehehe tak sempat pagi tadi nak N3
Resipi Bro rozzan.. mcm nak mkn jer pulut dah berapa ari..alhamdullilah dpt melaksana nyer walaupun dlm keadaan kelam kabut pagi tadi.
Terima kaseh Bro Rozzan...mama letak resipi di dapur mama yer :P
PULUT SERUNDINGBahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)
Bahan Kisar2 sudu makan udang kering (direndam) - mama x letak
2 batang serai
1½ cm lengkuas- mama cuma ltk 1/2 cm jer
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering- lebihkan sikit :)
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)
5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis
600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)
Cara:1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.
2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.
3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.

16 comments:
Salama Mama, menjejeh air liur tengok pulut serunding berposing... rasa nak ngap je kat skrin tu!
salam mama.Sedapnya nampak pulut .kita ada beras pulut sebungkus tu.Tapi serundingnya tak adala...meleleh airliur.
Assalamualaikum mamahawa,
petang2 ni sedap tul tngk pulut serunding ni, lebih2 lagi musim ujan ni..lapor je memanjang...kalau mama hulur sepiring ni alangkah bahagianya hidupku...leh ke mama...
salam mama..sedap pulut tu,selalu wat..che yan panggil kuih ni pulut urap..bahan2nya sume sama..
Mama,ADEIII SODAPNYER PULUT SERUNDING..2,3 Ari lpas kakak sy bru blk klntan,da jugalah kirim serunding daging kat dia 1kg,hubby n sy suka ratah2 serunding nih,ni kes malas nak wat serunding sendri mama,sebab tuh beli jer,hihi..
Assalam mama, cantiknya pulut serunding mama ni..siap masuk dalam acuan lagi..kita buat time bulan puasa juga tapi tak cantik just the normal bulat2 then leperkan then just golek2 kan dengan serundingnya tu..heheh..
Salam Mama..sedapnya pulut+serunding..dah lama xmkn..ada lg x mama hihii
Wslm Kak Rose...
adeh hehehe Pulut serunding ni nk tangkap glamourrr jgk. lama tak mkn bila dh buat serunding tuh terbayanag2 lah mcm kite nak buat ngan dier..:P
Wslm Puan Ros :)
Sama lah ngan mama beras pulut duduk dh agak lama... so bila nak mkn kite terpaksa lah buat serunding dulu kemudian pulut anytime blh siap..lecehkan nk buat serunding
Wslm Yatie..
Aah Yatie betul2 tuh petang2 hujan plak mkn cam gini mmg best..
hehehe nah ambik nih mama hulurkan :) kikiki
Wslm Che Yan
Oh kat sana panggil pulut urap :) Okay mknnan nyer sama cuma nama jer yg lain :)
hehehe CT:) Kat sini nak cari serunding daging susah kena pegi pasar Lankin kat JB tapi tu ah tk tahu sedap ke tidak..saja jer mama nk goda CT ki3x
Wslm Ayu..
Mama pun buat sama jgk mcm ayu. Tapi 1 hari tuh ikut my sil pegi JB beli pulut serunding cam gini jgk dieorg buat .. cantik kan :D Kalau dpt acuan yg kecil2 lagi comel..
Wslm Yana..
Pada mama kat tekak nih tak lah org lain mmg best tau pulut serunding nih pedas2 manis :P
Salam... Pulut serunding tu dah sedap, kena dgn posing yg menarik.. bertambah cun lagi. I like the pic, well taken!
cantiknya pulut serunding nie mama.. comel... dah lama diana x makan pulut serunding.. mmg sedaap... teringin plak nak makan tgk gambar2 yg cantik2 tu.. geraaam...
Yg kat pasar larkin tu sedap. Kat angsana pun ada. Saya slalu beli di sana.
Post a Comment