Tuesday, February 1, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Cili

Salam & selamat petang semua...
matahari hanya timbul sekejap sahaja...lepas tuh hujan !!!
Tak pelah nak buat macam mana... kita sebagai manusia redha dan bersabar jer lah!!!

Lauk mama & hubby... dia still prefer ikan atau sayur..but selera anak2 kalau dalam seminggu mesti ada lauk ayam...haizzzzz

Macam sedap & berselera mama bila tengok kat dapur Ita. Tapi kalau tak silap memang betu lah kat rumah Yatie pun dah cuba : >) Bila dah buat dapatlah rasa :P

To Azlita/Ita thanks yer!! Mama minta izin C&P recipe :)


IKAN CENCARU SUMBAT CILI
Sumber : Buku Pandai Memasak


Bahan
2 ekor ikan caru yg besar -mama guna 2 ekor
50 sen cili merah - 5 btg cili merah
5 ulas bawang merah
sedikit belacan - dibakar
sedikit asam jawa
garam serta minyak secukupnyer untuk mengoreng


Cara2
Ikan dibersihkan dan dibuang perutnyer, tapi jangan dibuang kulit kerasnyer. Kemudian basuh dan toskan airnyer dan belah atau kelar belakangnyer.
Belacan dibakar, setelah itu ditumbuk sehingga lumat dgn cili merah serta bawang merah.
Bila telah lumat, perahkan sedikit air asam jawa yg agak2 pekat ke dlmnyer. Kemudian bubuh garam secukup rasa sambil digaul hingga rata.
Sumbatkan bahan yg tlh ditumbuk ini kedlm perut ikan dan tpt yg kita belah belakang tadi.
setelah itu boleh lah digoreng hingga masak dlm minyak yg secukupnyer....





Mama pun buat macam Ita..bakar dalam oven senang jer tak payah risau2 tentang bau ikan atau nak cuci kuali.

Mama tak gaulkan rempah kat bahagian kepala coz kepala ikan cencaru kecik...tak syiok!!! Kalau kena kepala ikan tenggiri ...boleh gaduh dgn hubby!!!
Pisst!!! Makan nasi putih panas dengan ikan nih pun dah cukup. Mama hiriskan kobis mentah memadai lah.

Monday, January 31, 2011

Telur kukus

Telur Kukus Seri Rampai - resipi dari buku Saji Oct 2010 oleh Chef Arm. Terima Kaseh Chef atas resepi :)




Telur Kukus Seri Rampai - Saji Oct 2010 Chef Arm

Bahan2
5 biji telur ayam
1 ulas bawang merah dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dihiris
1 biji tomato - dipotong dadu - mama x letak
1 batang daun bawang - dihiris
100ml santan - mama letak 50ml campur air jadikan 100ml
3 sudu besar minyak
gula & garam secukup rasa
lada sulah - mama tambah





Cara menyediakan nye
Masukkan semua bahan kedalam telur yg telah dipukol tadi dan gaulkan semua bahan2 sehingga sebati.
Kemudian sapukan minyak pada permukaan acuan dan masukkan/tuangkan adunan telur. Kukus selama 20 min. Setelah masak hidangkan panas bersama nasi



Macroni Goreng Style Mamak

Salam pagi Isnin semua!!
Pagi yg sedang hujan lebat entah dari pokol brapa di bumi SG... Kesian anak2 & pekerja2 yg harus melalui/meredah hujan pagi Monday lagi...haizzzzz

Menu2 yg akan datang adalah menu2 hari hujung minggu... seperti biasa mama kalau hujung minggu agak sibuk sedikit... maklum cik hubby & anak2 semua dirumah, kalau tak keluar nak pakai PC anak2 dah conquer ki3x...



pernah masak dengan menggunakan mee kuning..tapi kali nih mama saja nak merasa mee lain pulak sebenarnye dah lama tak masak macroni Macroni nih kalau pada mama goreng style mamak tak kena pulak..
tapi oleh sebab 'mee' adalah fav we ouls kat rumah habis jgk dibedal!!!
Blh lihat disini atau di dapur Cik Ayu kite jgk. Thnks sekali lagi yer Ayu :)





Mee Goreng Mamak - Ayu & kak Hanieliza.bs


Ingredients:

500g yellow noodles
100g sliced boiled beef
100g fish cakes sliced
some fresh prawns(optional- original recipe dont have))
1 cup of bean sprout
1 cup of chye sim
3-4 tbsp chilli paste
1 tbsp curry powder
3 tbsp black soy sauce
2 tbsp oil
1 big onion minced(I sliced)
1 cup egg whites
3 green chillies sliced thinly

Method:-
Heat oil and stir fry onion , chilli paste, green chillies, curry powder till frgrant. Add in beef and stir. Add in fishcakes and let it for a while.Add in soy sauce and noodles and stir well. Add in chye sim and make a well add inthe eggs and let it cook for a while before stirring. Stir well and lastly add in bean sprout , stir and turn off heat. This dish is a little dry.

Friday, January 28, 2011

Apam Pelangi ~

 Salam & Selamat Malam semua....
Ada ruper ke tidak apam pelangi nih kawan2?
Tulah sekali imbas jer tengok recipe...hehehe padan muka aku!!!!
Thanks Ita & aslo Am for the recipe :) Walaupun tak nampak pelangi tetap sedap di makan,


APAM PELANGI
Sumber : Kak Am & Ita

· 2 biji telur
· 1 sudu teh ovellet
· 1/2 sudu teh esen vanila
· 150 gm tepung gandum
· 150 gm gula halus - mama kurangkan 120gm
· 125 ml santan kara
· 1 sudu teh baking powder
· garam secubit
· pewarna



· Pukul telur, gula dan ovelet sampai gebu.
· masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
· Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
· Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis
*kukus 30 minit sehingga masak.

Dan yg tukang critik...Shashalah anak mama... kenapa tak de pelangi??? Oh kat dalam!!! Ada rasa macam coconut blossom pun ada. Tak pe lah... must try lagi...

Thursday, January 27, 2011

Lemak Nangka ~ my mon style


Lauk kampung memang best & sedap... Ni lauk semalam yg tak sempat diN3kan...
last week ajak my mom pergi pasar Lankin.. dalam list dah tulis barang2 yg hendak dibeli. Beli lah nangka muda nih dalam sekilo. My mom ckp bila balik terus rebus empuk dan blh simpan dalam fridge. Siap ngan pucuk ubi lagi...hehehe tamak kan mama bila tengok sayur2 & ulam2 kampung...
Mama nak share lah recipe yg mak mama ajar..mana lah tahu bekenan pulak hehehe

Lemak Nangka ~ my mom style

Bahan2
1 kg nangka muda - dipotong2 kecil,cuci & rebus empuk

Bahan2 kisar
bawang besar
bawang putih
cili padi hijau
sedikit kunyit
sedikit halia
secukup ikan bilis
ketumbar,jintan kasar & jintan halus
santan & secukup air
daun salam
garam & gula secukup rasa


Cara memasak
Masukkan santan kedalam periok dan tambahkan air mengikut kepekatan yg dikehendaki. Masukkan bahan2 yg telah dikisar. Biarkan kuah memdidih sambil dikacau2 selalu agar tidak pecah minyak. Bila kuah dah mendidih baru masukkan nangka yg telah direbus empok dan tambahkan garam & gula mengikut selera masing2. Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan siap utk di hidang.

Wednesday, January 26, 2011

Ayam Masak merah Berempah


Salam & selamat :-)

Malam nih hanya sempat N3 menu masakkan hari ... tak sempat nak BW
penat,busy banyak kerja nak settlekan. Insyallah besok kalau diizinkan Allah mama ronda2 & jalan2 kat rumah teman okay :)

Recipe dari dapur Nor Trgganu..hmmmmmm lazat!!! Thanks Nor mama C&P recipe :)

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH - Nor Secubit Garam
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - mama tak letak
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2 }
2 bj cili merah ~ dipotong 2}  mama x letak
1bj tomato ~ dipotong 6     }
1 labu bawang besar ~ dipotong 6  mama hiris bulat2


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.


Monday, January 24, 2011

Fried Hor Fun



Bertemu kembali di hari Isnin semua buat teman2 semua yg mama ingati selalu...
Hujan baru saja teduh disini..berserta ngan angin yg kuat ...bumi SG (kat kawasan rumah mama)  dilimpahi air hujan..Alhamdullilah

Fried Hor Fun- Fried Flat Rice Noodle - Ayu/kokken69.blogspot.com    

Recipe :
300g         Hor Fun (broad flat rice noodle)
1tbsp        Light Soya Sauce
1tbsp        Dark Soya Sauce
1tbsp        Oil
1-2 galics crushed-(Ayu added this) mama pun

200g         Prawns
100g         Pork, sliced thinly-(Ayu used sliced  boiled beef) mama x letak mama letak sotong
50g           Fish Cake
3 stocks    Mustard Green or Chy Sim

3 cloves    Garlic
1 cup        Chicken Stock
1 cup        Water
2 tbsp       Oyster sauce
1 tbsp       Soya sauce
Pinch        Sugar
To Taste   Salt & Pepper
sesame oil 1-2 drop - mama letak

Method :
1. Heat up Oil in a hot wok, -(Ayu sauteed the crushed garlic till slightly brown then continue from there) Stir fry Hor Fun quickly and add the dark and light soya sauce. Continue to stir fry for about 5 minutes until the rice noodle gives out a burnt rice fragrance.

2. Remove noodle from wok.
3. Add one tbsp oil into wok and fry minced garlilc. When garlic turns fragrant, add prawns, pork and fish cake and stir fry quickly. Add chicken stock and water. When the stock starts to boil, add in rest of seasoning and the greens.

4. When greens start to wilt, thicken the gravy with corn starch.(mama guna kan potato starch) Dish out gravy onto fried Hor Fun and serve immediately.



Buat semalam... for lunch & dinner sekali..
Nazli suka hitam sikit... Kat rumah anak2 memang suka makan mee. Kalau seminggu blh dikatakan mesti 1-2 kali mama masakkan utk anak2.

Makan panas..fuyooo!!!!






 

Fried Hor Fun ni tak pedas..so kalau ada cili jeruk memang sedap!!!
Ayu... mama C&P recipe dari rumah mu yer. Thanks so much :)







Saturday, January 22, 2011

Paru Goreng Berlada


Paru Goreng Berlada - Saji Julai 2005

Bahan2
 
500gm paru
15 ulas bawang merah - mama gunakan 1 biji bawang besar
10 tangkai cili merah
50 ml air asam jawa
minyak utk menumis
garam
gula mama tambah

Cara menyediakan

Paru di potong nipis2 kemudian dibersihkan. Rebuskan sehingga empuk. ( Mama rebus bersama sedikit halia & garam). Sementara itu tumbuk cili merah dengan bawang merah.( Mama masuk kan kedlm blender dan blender kan sebentar). Panaskan minyak dan goreng paru yg telah direbus tadi hingga garing. Kemudian tumis bawang merah dan cili merah hingga garing. masukkan air asam jawa dan paru tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa dan hidangkan.

Thursday, January 20, 2011

Ayam Goreng Madras Style India


 Tak teringat nak letak kat N3.
AYAM GORENG MADRAS STYLE INDIA 



Salam petang semua...
Hari Sabtu yg lepas mama tak masak nasi..mama grg kan bee hoon/mee siam dan grg kan ayam sahaja..
At first bila mama pinjam buku Saji kat library..ternampak resipi nih..tapi ckp jgk kat shasha..mcm mama dah pernah cuba resep ayam nih.. Sah!! memang betul pun!!!dah byk kali masak pun utk anak2 :)

Blh tengok kat rumah Leen atau disini. Kat bawah pun blh :)



AYAM GORENG MADRAS STYLE INDIA - Leen
Source : Majalah Rasa Mei 2010


Bahan-bahan
  • 500gm ayam
  • 60gm Bawang Merah }
  • 60gm Bawang Putih } dikisar
  • 60gm Halia }
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit - mama letak 1 sudu mkn jer
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-cara
  • gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
  • kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
  • gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
  • panaskan minyak, goreng ayam tadi
  • hidangkan bersama sos atau pun dadih.


Wednesday, January 19, 2011

Puff Instant


 Dah minum petang????
Tadi pagi nampak kat rumah Asma Rembau ada sardine puff.
teringat ada pastry instant yg mama beli di JB tempoh hari.
So petang2 begini dengan cuacu yg mendung .... sambil hirup air tea bersama Cik Shasha berdua... oiiiii tak ingat diet seh!!!!

pernah nampak jgk ramai teman gunakan instant pastry.  Mama beli yg dah siap diptg2 kalau tak silap jenama "Kawan"


Utk inti mama buat inti epok2... kentang dgn isi ayam jer :D simple jer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...