Monday, June 18, 2012

~Kacang Pjg Pedas Goreng Telur ~ CMG


Sebenar nyer resipi asal menggunakan bendi.. tapi masa masak lauk sayur nie sayur bendi nak beli semua nyer tua2 so cari jer kacang pjg ... dpt kacang pjg pun yg jenis putih bkn yg hijau tapi manis jgk rasa kacang pjg nie... mama suka kalau dpt yg hijau2 kurus2 garing bila digrg. Tapi tak pelah mmg sedap buat grg macam gini...pedas2 berasap g2 hehehe


tak tabur ikan bilis pun tak sempat nak goreng... so mkn g2 jer pun sodap :P
terima kaseh Cik Mat.. maaf lah sbb mama nie pandai2 plak tukar resipi...
tapi mmg senang mudah yg paling suka sedap mkn bersama nasi kering2 kalau digandingkan dgn telur dadar sardin ngan kicap fuyooo...alamak pepagi ckp pasal mkn jerrrrr hehehe


meh tgk resipi yg mudah :)


Bendi Pedas Goreng Telur
resipi : Cik Adnan/CMG 
sumber: mamahawa


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 biji bendi, cuci dan tos kering, hiris serong nipis2 - mama gantikan dgn kcg pjg 
1 biji telur, kacau sedikit
1/2 genggam ikan bilis, goreng garing dan toskan- tak letak
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masak sekejap. Tuang sedikit air, dan masukkan bendi, gaul rata. Masak hingga bendi lembut.
  2. Kecilkan api, tuang telur keliling kuali, kemudian gaul perlahan2 bersama bendi tadi hingga rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur ikan bilis goreng atasnya sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....siap sudahh!!!.




Telur Dadar Sardin ~ Zana



Assalamualaikum 
Salam Pagi Isnin 
buat semua teman2 yg dekat di hati 
jauh dimata hahaha

Pagi yg dah terang benderang 
Insyallah hari ni pagi ni mood nak berblogging
kalau blh nak update 2-3 N3 tgk lah kalau cik blogger tak meragam...


Nampak kat dapur teman blogger kite Zana ... bila pegi blanja kat giant tampoi bersama biras misi mencari beberapa bahan yg tidak terdapat di Giant Singapore...

Senang & simple jer resipi dari dapur Zana mmg terpikat sbb nak sangat rasa Tuna Magik. Rasa spt mkn sandwich tuna tapi isi dalam tuna magik nie hancur so tak payah lah kite hancurkan lagi.

Tuna magik nie jgk sesuai utk org2 yg malas hehehe mcm mama jgk tapi blm cuba lagi tau.. gaulkan nasi bersama jadi lah mcm ala2 nasi goreng tuh yg di syorkan lah kat tin!!! Kalau nak rasa try lah hehehe!!!

Okay pjg membebel plak ...
terima kaseh Zana beri idea utk pelbagaikan resipi utk masakkan telur... nie mama buat dah lama tau so sapa2 nak gendeng dah ellek dah lama jadi baja hahahaha

kpd tuan resipi Zana yg mungkin kini berada di tanah suci mengerjakan ibadah umrah mama ucapkan semoga Zana sihat, byk2kan bersabar dan semoga dpt menjalankan ibadah dgn sempurna amin!

Mama share resipi kat sini tau!! tq <3


Telur Dadar Sardin
resipi: Zana

sumber mamahawa


Bahan2nya:
  • 3 biji telur
  • 1 labu bwg besar ~ dihiris halus/ mama ptg dadu jer
  • sedikit hirisan daun bawang
  • sedikit hirisan cili merah/atau cili padi sikit sebatang dua kasi kick lah 
  • 1/2 tin tuna mix ayam brand (baru utk nasi goreng)
  • secubit garam
  • tambah lada sulah
Cara2nya:
  1. Telur dikocak2kan ~ masukkan semua bahan2 yg ada dan tambahkan sedikit garam jika perlu, kemudian dadarkan di atas non stick pan ( bila adunan separuh masak lipatkan mcm buat murtabak tu)
  2. Setelah masak bolehlah dihidangkan...bersama nasi panas - mudah je :))


Thursday, June 14, 2012

Sardine Puff


      Sekali sekala tayang menu petang best jgk kan 
tadi pagi masa bw ternampak kat dapur Zana ...
teringat plak stock pastry puff yg dah lama 
 kat freeZer hehehe 

so petang nie siap sardine puff utk minum petang mama yg tggl seorang diri dirumah :( Tapi best tak payah masak nnt bila time cik hubby nak blk keje masak jer simple2....

Thank U Zana ingat kan kite ... kite pun nak share kan sini mana lah tahu ada yg berkenan plak ...
opps lupa terima kaseh kpd sifu kite Cik Mat sudi berkongi ilmu ^^ izinkan mama ltk resipi di sini yer :)

Sardine Puff 
resipi asal: Cik Mat
sumber: Zana
                                                                            
BAHAN INTI :-)


1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka







CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...



Kuih Kaswi yg menjadi pojaan ati ku...


Assalamualaikum Salam Pagi Khamis

Miss my blog n frenzzz!!!!
kesian lama nyer ku biarkan tanpa 
sebarang N3 hehehe tentu ramai yg miss mama kan3x prasan kan

Okay berbalik pada gmbr nie semua orang dah tahu n rasa sbb mmg dah femes... skrg plak ada yg versi pandan ... mmg nmpk menarik tapi masih blm terbuat lagi insyallah mesti menrajin kan diri satu ari nie.

Opps lupa nak kasi tahu itu pun kalau nak tahu  kuih kaswi nie dah lama habis tau!! tak hingat bila masa mama buat.. buat dlm acuan lompang kecik2 sbb malas nak ptg hehehe

Resipi dari Kak Hanieliza yg mmg fufular dan virus dah tersebar meluas hahahah Tima Kaseh Kak minta izin Hawa berkongsi resipi disini wlpun dh pernah ltk resipi



KUEH KASWI GANDUM 
sumber: Kak Hanieliza



Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air 
1 cawan gula merah 
1 cawan gula pasir 

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung ubi/jagung 
1 sudu kecil air kapur kueh [optional] - mama ltk
Kelapa parut (muda/putih saja) 
Sedikit garam 



Cara: 
1. Panaskan kukusan. 
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang] 
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. 
4. Masakkan sehingga masak [30 minit] 
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik. 
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam. 
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.



Tuesday, June 5, 2012

Tragedy Si RainBow Cake


Assalamualaikum kpd warga blogger semua...
haishhh kesian nyer dah beberapa hari dh sempat update blog... tuan rumah busy memanjang

Rainbow Cake yg dibuat khas permintaan anak mama Nuraishah 
yg sambut bday last Sunday 
sungguh menghampakan sbb tang cheese frosting 
ada masaalah tak nak keras2x
wlpun diletak dlm freezer...

 whipping cream yg mama beli kat Giant (SGD)
cuddle time whip hiasssss
so on Saturday morning terpaksa pergi jgk 
ke kedai bakery beli whipping cream jenama yg selalu beli
blk rumah cepat2 buat mana yg patut 
mana nak masak nak deco kek 
mcm sotong kelam kabut seh!!!


Ada byk resipi rainbow cake yg mmg popular sekarang.. so mama decided to try resipi dari QH  cuma mama lapiskan whipping cream for every layer.. tuh pun tak brapa tebal sangat!! Bila tgk hasil dari QH malu jgk nak tayang kek nie..

Anyway thanks QH izinkan mama panjangkan resipi disini pulak... mmg tak puas ati ngan kejadian kek yg mama buat nie takpe insyallah harus dicuba lagi...

meh tgk resipi :)


RAINBOW CAKE

Bahan2
430gm tepung gandum all purpose – QH guna tepung kek
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam - mama ltk vanila
pewarna
serbuk koko secukupnya (K1 tambah) – QH xletak mama pun tak letak

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris 



Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.



 the only slice yg tinggal utk ambik gmbr...
time ambik gmbr nie cheese frosting dah mula mencair!!
Utk cream cheese tuh mama ikut resipi drp oreo cheese cake yg ltk gelatine
konon2 nk cepat keras ... tapi tak jgk keras2 sbb kena set 4-6 hrs or overnight!!

kalau nk gunakan buttercream pun blh jgk :)

BUTTERCREAM 
By: My Resepi

Bahan2 ( sebiji kek )
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara
1. Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


Mama gunakan resipi dari Bro Rozan Oreo Cheesecake 

Bahan2
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
1 biji lemon (diambil jusnya)

Cara2
Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi  dan bubuh gelatine . Gaul sehingga rata.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.



Anyway si Shasha very happy coz wlpun cheese frosting tak mengeras tapi dpt jgk mama dier buatkan cake rainbow for her bday. Smile from ear to ear seh member...

Wednesday, May 30, 2012

Cekodok Pisang Gebu

 Salam pagi rabu yg ceria disini ^^

Cekodok atau kat rumah panggil jemput2 pisang yg telah dibuat beberapa hari yg lepas...
Seperti biasa kalau dah fav kat rumah mama akan cuba hidangkan utk keluarga sbb tahu makannan tuh akan cepat habis...

Terggoda gara2 tgk makyung dari Dubai nie..Sabar yg sedang menanti kelahiran anak pertama beliau...
sebelum terlupa nak wish jgk kat sini si Mas yg telah selamat melahir baby boy pada 29 mei kalau tak silap nama baby Muhd Adam. Semoga Mas & baby sihat dan selamat berpantang yer Mas hehehe

Balik ke cerita cekodok pisang gebu nie .... mmg gebu hasil nyer! bahagian kulit luar garing2 dan isi didlm gebusss jer hehehe alala mkn kek pisang pun ada wangi jer :P

Blh terlupa plak nak snap gmbr utk tgk isi ..takpe blh ke dapur Sabar atau ke dapur Cik Mat kite
terima kaseh kedua nye mama minta izin letak resipi disini ^^



Cekodok Pisang Gebu
Source: Che Mat Gebu/Saba
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 

1/3 camca besar gula halus | saba ltk gula halus - mama ltk 1 sudu besar
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

1/8 sudu baking powder | ni saba tambah - letak secubit jer
1 biji telur | ni saba tambah- letak jgk



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. | saba masukkan sekali telur dan baking powder
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Tuesday, May 29, 2012

Crunchy Nestum Cookies



Assalamualaikum teman2 semua...
sedih fikir kekadang orang tak ingat kite :((
ye lar apa lah yg ada pada kite kan3x
dah lah blog mcm tak ruper orang lain... gmbr2x tk cantik2 resipi pun entah!!... apalagi ...

argggghhhhh!!!!!
malas lah nk ckp...*pujuk ati*


anak mama si Shasha ckp ..."tak suka betul lah ngan kukis nie!!!"
mama tanya kenapa? " tak sedap ke Sha?"
shasha jawab.... "menci lah rasa mcm kukis RAYA"
mama: *tepuk dahi* "apa lah si bdk nie" hehehe


cookies nie kalau tak silap mama buat bln lepas... semasa ada persatuan order epok2 dari mama utk dijamu kat masjid!... mama buatkan cookies ni dan pack kan kecil utk diberi kan pada jemaah sebagai cemil2lan...

resipi mama ambik dari dapur Nadz... cuma mama tak letak buah cerry merah atau hijau jer sbb mmg tak letak coz bdk2 nnt tak mkn... mmmg crunchy sedap garing n wangi jer bau cookies nie.. mama buat 2 adunnan sekali bolat2 kecil2... alhamdulliah syukaran :)

Terima kaseh Nadz utk resipi izinkan mama letak resipi disini pula dan berkongsi pada teman2 yg lain yer minta halal yer /(^*^)\


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil - mama x letak




Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Friday, May 25, 2012

~Sambal Gesek Buah Kuiini~

 hah!! baru kena mkn ngan lauk tumis labu!!!!
sedap hingga menjilat jari no!!! hahaha


mmg kat sini tgh musim buah kuiini... kalau ke pasar lalu depan kedai buah mesti bau harummmm!!!
tapi mama beli yg muda2 sikit sbb takut ada orang kat dalam!!! allhamdullilah semua ke 4 biji yg dibeli semua bersih dari benda alah tuh!!

Bacang or kuiini bila google sama jer!! Mama panggil kuiini mana2 ajer lah
Terggoda lps kak anim tayang sambal gesek buah bacang perghhh!! mmg marbeles tak pernah rasa sambal gesek sebelum nie... mmg tak gunakan belacan yer kak Anim?

Meh tgk resipi yg di salin dari dapur kak Anim... thanks yer Hawa minta izin letak disini yer :)


Sambal Gesek + Bacang Muda
by anymz mykitchen

Bahan2

1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
5 biji cili hidup
8 biji cili api/padi - letak 4 jer
3 ulas bawang kecil
segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
sedikit garam
sedikit perahan air limau kasturi.- x letak sbb dh terasa masam buah kuiini



Cara

Bersihkan bacang muda.Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.ketepikan
Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender)
Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan
Masukkan garam
Kisar kasar.Jangan halus sangat nanti tak sedap
Ketepikan cili hidup
Kisar cili padi bersama bacang
Kisar kasar juga
Kemudian semua bahan di satukan bersama.
tambah garam jika perlu..
Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya..


mama masukkan jer semua dalam pengisar kering.. nak tumbuk hehehe malassss!!!!

Tumis Air Labu Manis ~ lauk kite~

 Salam Jumaat buat semua!!!

lauk air begini mmg menjadi kegemaraan mama & baba
tapi kalau anak2 yg berdua tuh 
jeling2 manja jer hehehe

mmg sesuai ditekak kami 
makan bersama sambal belacan jer dah memadai 
tak sanggup ku bertambah nasi lagi hehehe

Resipi yg di celok dari dapur sapa lagi... cik mat gebu lah yg mmg byk mskkan kampung & baba nyonya. Kekadang sampai naik kecur air liuq bila tgk gambar masakkan beliau!!. Terima Kaseh cik mat minta izin mama berkongsi resipi yg paling mudah & lagi menyelerakan nie disini :)



Tumis Air Labu Manis
sumber: Cik Mat DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram labu manis, kupas kulit dan dipotong kiub sederhana besar

8 tangkai kacang panjang, diketat 1 1/2 inci panjang, cuci dan toskan- mama x letak
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering hingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan serbuk kunyit dan tuang air. Tambah labu dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  2. Bila labu 1/2 empuk, masukkan kacang panjang, lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap hingga labu empuk tapi tidak hancur. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...

Thursday, May 24, 2012

Nasi Komok

 Pagi yg terang disini... 
Allhamdullilah syukur atas nikmat yg di beri :)

Salam pagi Khamis buat teman2 semua yg diingati selalu... Perasaan mcm missing sesaorang lah tapi bukan sesaorang ada 2-3 teman2 blogger yg mcm dh kureng sikit menghapdate N3 mcm rindu gituuuu :(((

Berbalik pada N3 pagi nie .... Zila cayang mmg sah2 dah lama habis tau!!! hehehhe
tak tahu kenapa nama nasi ni di panggil nasi komok????? Tapi dari segi rasa nasi nie ada rasa2 sikit mcm nasi berempah dan ada jgk rasa mcm nasi ayam mungkin kerana mkn ngan sambal cili yg seakan2 cili nasi ayam... apa2 pun memang sah sedap di tekak kami semua dirumah!!! Cuma ayam nyer mama ikut resipi dari dapur Diana mmg marvebeles beb!!

Ramai yg dah mencuba resipi nasi komok nie mama jer yg blm terpggl utk membuat nyer jer hehehe
Izinkan mama panjangkan resipi di sini pulak... terima kaseh semua yg terlibat!!! muahhhzzzz




:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )



Nasi Komok ( Khao Mok Gai )


 Bahan² Rempah Komok
2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's ) - mama pun
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk kayu manis
1 tsp garam
1 tbsp gula

Bahan²
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4 - 5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2 - 3 sudu rempah komok _-( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
Garam secukup rasa
Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
Bawang goreng
Cara ²
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang. 

Bahan² Sos Cili
1 Cawan air kuah nasi komok* ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
6 biji cili merah*
Segenggam cili padi*
4 ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara²
  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...