Friday, May 25, 2012

Tumis Air Labu Manis ~ lauk kite~

 Salam Jumaat buat semua!!!

lauk air begini mmg menjadi kegemaraan mama & baba
tapi kalau anak2 yg berdua tuh 
jeling2 manja jer hehehe

mmg sesuai ditekak kami 
makan bersama sambal belacan jer dah memadai 
tak sanggup ku bertambah nasi lagi hehehe

Resipi yg di celok dari dapur sapa lagi... cik mat gebu lah yg mmg byk mskkan kampung & baba nyonya. Kekadang sampai naik kecur air liuq bila tgk gambar masakkan beliau!!. Terima Kaseh cik mat minta izin mama berkongsi resipi yg paling mudah & lagi menyelerakan nie disini :)



Tumis Air Labu Manis
sumber: Cik Mat DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram labu manis, kupas kulit dan dipotong kiub sederhana besar

8 tangkai kacang panjang, diketat 1 1/2 inci panjang, cuci dan toskan- mama x letak
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering hingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan serbuk kunyit dan tuang air. Tambah labu dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  2. Bila labu 1/2 empuk, masukkan kacang panjang, lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap hingga labu empuk tapi tidak hancur. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...

3 comments:

Sofea said...

Assalam Mama Hawa..fav kite ni lauk2 kg macam ni..bak semangkuk! ;)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Sofea :)

hehehe sama lah ngan mama lauk2 kampung yg begini lah yg buat selera naik!! Meh lah sini mama kasi semangkuk!!!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Mama HAwa... wahh sedapnya lauk labu betul tu mama.. makan dengan sambal belacan dan nasi wahhh mau setengah periuk licin hehhehee dapnyaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...