Friday, May 11, 2012

Nasi Ayam Ipoh Q n kad Sha


Assalamualaikum teman semua yg diingati...
Salam pagi Jumaat yg ceria sekali disini
matahari cantik sekali menyinar
sambil buat N3 nie kain baju dlm washing machine...
tgk lah kalau sempat BW 




sebelum apa2... nak tayang kad dari Sha novelis aka chef yg cun melecun nie..asyik terlupa jer nak gantung... okay Sha mama dah gantung kad nie..tq manyak2 yer :)


Okay berbalik pada gmbr2 nie rasa2 nyer ramai yg dah mencuba Nasi Ayam Ipoh. Masa nak google resipi nmpk kat Myr resipi nie tak tahu plak resipi dari Q... mmg ternyata sedap sesuai ditekak kami dirumah...suka ngan rasa kicap pekat yg dicurah kat atas ayam tuh ada rasa pedas2 sikit. Tapi tang sambal mama kurang kan cili padi nyer sbb mcm rasa pedas sgt!!

kalau tahu dah lama mama cuba... tuh lah selalu jer ketinggalan keteapi hehehe :)

Mekasih Q... mmg sedap rugi sapa tak mencuba nyer :P
Izinkan mama share disini  yer ^___^

Nasi Ayam Ipoh
Resepiquinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung - kurangkan dlm 7-8 biji jer
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng



Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis  4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)



13 comments:

Qasey Honey said...

asslm Mama...amboi sedapnya...nasi ayam tu...QH lum cuba lg...tp resepi mmg dh terperam lama dh...hehe...

Kerull said...

Assalam MA..murning..wah ada nasi ayam Ipoh lah kat Singapore..hu hu orang duk ipoh pun tak try lagik ni..kene try ni..menarik warna ayam tu Mama..tetiba lapor..hu hu

Chik Mimi said...

assalam ma kita jugak yg tak terbuat2 nasi ayam versi Q ni,nampak sedapnya ma

Mas said...

salam mama...
sedappnya nasi ayam..
terliur lagi nengoknya walaupun 2 minggu lepas dah buat..hee3

dapurCikWan said...

Salam jumaat mama..suka nasi ayam..lama tak makan..tak pernah cuba lagi nasi ayam ipoh ni..nampak sedap tu..

tun_telani said...

sedapnya nasi ayam ni ma.. yg gambar 1st tu bento utk tun ye =)

zila norazila said...

ipoohhh maliiii..he hehee zila x pernah buat lg nasi ayam ipoh nie mama..nasi ayam johor selalu jgk..sedapnya...tgh2hari nie cuci mata..waallaaaa..,melampau peha ayam tue posing..mcm nk cubut jew cikit..:)

Gee® said...

Oder nasi ayam ipoh satu!! laparrr...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Mama.. pertama sekali nak ucapkan terima kasih sebab sudi tags awards dari sha moga hubungan yang terjalin akan berpanjangan hendaknya... muahzz cayang mama...:))

Tu nasi ayam tu.. aduhaiii apasal macam tu?? kecur tak sudahhh perut berbunyi2 asyik pegang tangan takut tercuit hehhee.. sedap tu mama.. nanti sha nak cuba resipi mama ni yaa... bila tak janji sebab mana blogs yang sha singgah semua sha nak cuba.. hehehehe.. soon Insyallah..:))

Liza Razak said...

sedapnyerr..nk cuba la nnt :)

quinnie said...

mama..terima kasih sudi cuba..:) saya kalau buat nasi ni memang makan byk..hahahha..cili dia pedas ye mama...alahai sian dia...hehehe

ogyep yummy mellow said...

Selamat HAri Ibu Mama..

Sedapppnya mama tengok ayam tu... bukan main berkilat lagi..

Unknown said...

Jadi yg selalu nmpk coklat2 kat nasi ayam tu, sos tiram rupanya. Tp famili akk suka yg biasa2 je....bagaimana pun boleh cuba cara ni sekali sekala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...