Monday, October 31, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona Ryo


Selamat pagi semua teman2 yg diingati...heheheh pagi2 dh tayang cake cheese nih...
memang ramai teman2 blogger dah terpesona dengan kenikmatan kek nih. Mama pun tak terkecuali. Menyesal pulak buat setengah adunnan... berebut ngan si shasha hehehe...

Dah lama dah mama buat tapi baru kesempatan nk tayang pagi nih...marvelous dan senang nak membuat nyer.. pada penggemar cheese cake... kek nih yg paling senang sekali nak buat tak payah susuah nak hidupkan oven.

Resipi yg dikongsi oleh jejaka tampan lagi pandai memasak dan merupakan adik Hasue.. pandai macam kakak dier...

Mama digoda oleh CT Zalienda yg tag gmbr kek nih di FB. Terima kaseh Ct sbb berjaya menggoda mama hehehe. Mama minta izin letak resipi di sini plak ...

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g - mama gunakan perisa kopi
500 ml susu segar,dipanaskan


B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus




 Alamak terlupa plak nak snap pkt biskut marie perisan kopi yg mama beli di prime mart..


Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



sedap beb..seyes tak bedek makan tak ingat dunia. Terapung2 g2 kikiki sib baik buat 1/2 adunan jer

Friday, October 28, 2011

Pasta Goreng with Blackpepper Chicken Chop



Hmmmmnnnn makin liat nak update blog akhir2 ni...
entah lah lemau jer !!!

Tapi seingat mama nih masakkan yg di msk oleh shasha utk birthday abah dier. Tang Blackpepper chicken chop tuh request oleh cik hubby for his birthday 2-3 minggu yg lepas. Memang kalau we ouls nak mkn chicken chop resipi nih dah byk kali dimsk..sedap kat tekak kami seisi keluarga...

Blackpepper Chicken Chop
source: MyResipi Aeeda78


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.




Monday, October 24, 2011

KueTiaw Haufan Seafood ~Mas~


Yang paling best pernah mkn... KueTiaw Haufan
Terggoda ngan kaler kehitaman Haufan :) kalau mama pegi mkn kat luar mesti suruh buat yg hitam2.
Setahu mama Madihaa, Quinnie sapa lagi eh???? yg dah msk haufan nih..yum3x

Terima Kaseh Mas kerana sudi kongsi resipi kicap campur yg pekat kehitaman. Cuba mama tak letak pun ajinomoto.... ni dpt 1 bekas besar mama simpan dlm fridge senang nak msk haufan lagi atau kata Mas blh grg mee atau grg ayam. Minta izin mama letak resipi disini yer :)


Kuetiaw Haufan 
Resepi : MasDuniaku
Bahan A :
  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 biji bawang putih dicincang - ni mama tambah 
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh - mama gunakan chicken cube jer
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • jejari ketam/sotong/fish ball - ni mama tambah
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.( Mama tumiskan bawang putih sehingga garing sedikit baru mskkan kuetiw padamkan api dan gaul sehingga kicap sebati ngan kuetiaw)
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.



Yg ni 1st batch cik hubby punyer termasin sikit...


 

Yg nih mama punyer... penuh ngan harta karun. Makan panas2 ltk cili jeruk fuyoo berpeluh kejap. Yg pasti Haufan nih pasti akan dibuat lagi...hehehe 


Utk kicap campur ni mama tak gunakan ajinomoto pun....

Kicap Campur

Resepi : MasDuniaku

Bahan  :

  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto 
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

Tuesday, October 18, 2011

Sambal Telur Kacang Panggang Ibundo


Lauk simple yet delicious pada sapa2 yg tak sempat nak msk...

Resipi dari dapur Ibundo yg menyelerakan dng masakkan yg enak2 dan yg pasti gmbr2 yg blh buat sesapa jer terggoda...hehehe thnks yer ibudo Hawa minta izin letak disini yer resipi :)

Sambal Telur Kacang Panggang

Bahan2
5 biji telur digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar air asam jawa
2 senduk pes cili kering
1/2 tin kacang panggang
1 sudu kecil serbuk RASA (optional)

tambah kan 1 sudu mkn kicap manis



Cara2
Blender bahan yang bertanda *
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau.  Masukkan pes cili kering.  Goreng sehingga masak.
Masukkan tomato sos, air asam jawa, serbuk rasa dan garam. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kacang panggang bersama sosnya. Tambah sedikit air jika terlalu kering.  Padamkan api dan curahkan ke atas telur yang sudah digoreng tadi.


Thursday, October 13, 2011

Kari Ayam Kerisik


Selamat pagi yg ceria kepada teman2yg mama ingati... pagi ni matahari dah terang benderang di sini... mungkin cuaca hari ini panas..insyallah biar lah sampai ke petang yer :)

Kari Kerisik lagi,baru buat jgk, tapi kali ni mama gantikan ayam. Kali ni mama masak cair sedikit... pun sama jgk bila dah malam kuah akan pekat so kena panaskan tambahkan air sedikit...sedap senantiasa suka kuah yg pekat2. Tapi kalau dibandingkan dgn daging memang kari daging kerisik lagi sedap sebab terasa kemanisan & rempah2 yg serap bersama rempah2. Mungkin jika digantikan dgn ayam kampung yg pejal2 lagi best agak nyer...hisssshhhh pagi2 hehehehe

Terima Kaseh Mas... mama dah buat ke 2 kali hehehe

Letak lagi lah resipi yg marbeles ni kat bawah....





Kari Daging Kerisik
Resepi : Kak Fida Myresepi & Mas
Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah

Cara memasak:
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.

Monday, October 10, 2011

Ikan Siakap Bakar Tomyam


AsSalam di tgh hari yg mendung di sini..
Tak brapa sihat sejak 2-3 hari yg lps....lepas flu terus terkena batuk2. Batuk yg kering, aduh ter..sangat lah sakit apabila sesekali batuk sampai tahap keluar airmata dan kdg2 terkeluar... maaf ckp k*****g.

Mama msk ikan bakar ni pada hari Jumaat malam yg lepas sewaktu kami baru pulang dari JB. Jalan2 bersama anak2 dara ...

Berbalik pada gmbr di atas dan di bwh nih... Ikan Siakap Bakar Tomyam yg mama lihat di rumah Ady yg sungguh berjaya dpt memikat hati selera tuan2 rumah kita...hehehe aroma dari daun limau yg mama siat2 dan gaul kan bersama2 rempah, dan jugak rempah tom yam yg dlm resipi mama gandakan supaya ikan siakap benar2 bersalut bersama rempah2. Wangi aroma daun pisang jgk membangkit selera !!!

Selain Ady , Noorsha & jgk Zai jgk dah mencuba resipi ikan siakap bakar tomyam...
Terima kaseh byk2 Ady..mama ltk resipi disini :)


Ikan Siakap Bakar Tomyam
Resipi asal: Buku Senangnya memasak ikan bersama Chef Hanieliza

sumber: Ady/Noorsha/Zai

Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil & daun pisang - ni mama tambah






Bahan B (Dikisar)
  • 2 biji cili merah- mama gunakan cili kering dlm 10-15 biji 
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah - ltk dlm 1 1/2 biji
  • 2 ulas bawang putih - 3 ulas
  • sedikit gula dan fish sos



Cara Membuat:-
1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.




Wednesday, October 5, 2011

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang


Allhamdullilah kenyang makan mee nih semangkuk... hehehe

Assalamualaikum & Selamat petang semua.
Kenyang perut!!! Dapat jgk merasa Mee Udang Banjir walaupun tak tahu kat mana Kuala Sepetang nih...Terima Kaseh pada Ayu yg berkongsi resipi..betul tuh ada rasa macam mee bandung... dan pada CT jgk yg membuat mama ngences sekali.

Baru sebentar tadi mama masak semangkuk utk diri ini...lauk makan tghhari merangkap mkn malam dah mama masak tapi tekak ni tak nak pulak mkn nasi teringatkan resipi mee udang banjir yg sangat simple penyediaan nyer, langsung ke'ofis' dan siaplah!!!

Jom tengok resipi...

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang
Sources:- From misha66@myresipi.com


Bahan2 untuk seorang makan
  • Mee kuning(agak2 utk seorgnye mkn)
  • Udang bersaiz XL 6 ekr(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)-(Ayu gunakan udang sederhana besar aje dan buang kulit sebab senang anak2 nak makan)
  • Bwg putih 1 ulas~d tumbuk halus *
  • 2 biji bawang merah dihiris-(Ayu tambah)* mama blender bersama cili kisar
  • Lada kisar 2sb
  • Sos tomato 4sb 
  • 1 biji telur -(Ayu tambah) - x letak
  • Garam
  • 1sb gula-(Ayu gunakan 1 sudu kecil aje)
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok d ptg 1inci & 2sb bwg goreng
  • Sedikit kobis d ptg memanjang & air msk 2cawan
  • #UTK HIASAN# Daun sup & bwg goreng - x letak pun



Cara-cara

  1. Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskn(bawang hiris) & bwg pth hingga naik bau.
  2. Masukkn lada kisar n d gaul rata.
  3. Masukkan air msk,sos tomato biarkn hingga mendidih.
  4. masukkan udang,daun sup n bwg goreng~ biarkn sampai udang msk.
  5. Angkat udang dahulu kemudian mskkn mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
  6. Angkat mee td n blh lah d hias dgn meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.




Monday, October 3, 2011

Pecal


Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
Bertemu kembali di pagi isnin yg ceria... sinaran matahari dah terbit terang waktu ni di kawasan rumah mama... sayang sekali tak dpt jemur pakaian yg tengah cuci...kejap lagi hendak menemani cik hubby ke hosiptal. Sakit pinggang hubby datang menyerang nyer sekali lagi. Semalam tgh hari bwk cik hubby ke bahagian kecemasan disbbkan terlalu sakit :( Tapi bila dah jumpa doc hendak beri suntikan tahan sakit hubby tak mahu plak..haisshhh sabar jer lah dgn kerendah dia...

Menu makan malam yg simple tapi mengenyangkan...sebenar nyer bahan2 dah di siap pada hari Sabtu yg lps..cuma tak sempat nak masak. Kali nih pecal yg diletakkan bersama daun pucuk ubi yg muda2 diberi oleh mak..TQ mak :)

Resipi dari dapur Ros mama ambil pernah jgk buat ikut resipi dari buku masakkan Sheila Rusdi . Mmg betul kata Ros makan pecal nih baik utk kesihatan dan jugak mengenyangkan :P Bahan2 nyer pun mudah mana yg ada. Cuma tak brapa pedas sangat. Sesuai padan ngan rasa kepedasan & kemanisan masing2.

Ros mama minta izin letak resipi disini supaya senang dirujuk & dikongsi bersama teman2 yg lain. Terima Kaseh Ros.


Pecal@ Gado Gado
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya ( sayur pecal)
se-ikat Kangkung
se-ikat pucuk ubi
sedikit kacang panjang
sedikit timun
4 ketul tahu goreng
sedikit jantung pisang ( ni takde pun takpe)- x letak

Untuk kuah pecal
sedikit air asam jawa
sedikit gula
1 cawan kacang tanah
1/2 inci belacan ( yang telah di bakar)
4 biji bawang kecil
5 tangkai lada kering- kalau hendak pedas blh tambah 








Cara-caranya
1. Timun dihiris halus, Panaskan air di dalam periuk dan celur, kangkung, pucuk ubi, kacang panjang, tahu goreng dan jantung pisang, tos dan ketepikan. Jangan celur terlalu lama.
2. Buat Kuah Pecal, panaskan secawan minyak dan goreng kacang tanah, angkat dan ketepikan, selepas itu, goreng pula bawang kecil dan lada kering, dengan lesung batu tumbuk kacang tanah hingga agak lumat, kaup dan masukkan dalam bekas, kemudian tumbuk pula bawang merah, lada kering dan belacan. ( nak guna blender pun boleh).
3. Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas dan campurkan dengan air asam jawa dan gula, sesuaikan rasa, masukkan  sedikit garam.
4. Cara penyediaan, ambil kesemua sayur pecal dan curahkan kuah kacang di atasnya, gaul sebati, dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...