Monday, February 14, 2011

Kuey Teow Goreng Bersama Sos Plum







 Nak habis kan stock sos plum!
Ada rasa masam manis, pedas2... hehehe sedap!!!
Bahan2... apa saja yg ada dalam fridge gunakan. Alah seperti biasa goreng mee cuma mama tambahkan sos plum dalam 2-3 sudu makan buat menambah rasa masam2....


Kalau nak jgk recipe...meh tengok kat bawah




Kuey Teow Goreng Bersama Sos Plum - style mama

Bahan2

1) Kuey teow
2) Udang
3)Daging
4)Fish Cake
5)Sawi
6) Bawang besar & putih ditumbuk
7) Pes cili -
8) Sos tiram
9) Sos plum
10)Sos tomato
11) Kicap
12) Garam

13) lada jeruk

Cara2
Tumiskan pes cili, bawang besar & putih sehingga garing lalu masukkan daging yg dihiris tipis- agar cepat lembut. Masak sehingga daging lembut, masukkan udang & fishcake kacau sebentar lalu masukkan semua sos2 - sos tomato, sos plum, sos tiram & kicap. Rasakan garam & jugak masam manis nyer kuah baru letakkan kuey teow dan jgk sayur sawi dan balik2kan sebentar.Hidangkan bersama cili jeruk.


Ayam Panggang Ala Chinese


 Salam pagi Isnin semua...

Tak nak cerita banyak2 ... layanlah menu2 hujung minggu mama yg tak seberapa nih :)


 
Resipi dari Hana yg dicuba kali ni.. ternyata tak menghampakan... Sedap esp sos hitam yg digemari oleh anak2. Terima Kaseh Hana sudi berkongsi resipi... mama minta izin C & P dari dapur Hana :)

RESEPI AYAM PANGGANG ALA CHINESE
source : paty`s kitchen / Hana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin/mentega
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap cair
  • 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia
  • garam dan lada sulah - hana buh lada hitam
Untuk Sos - hana bg anggaran kasar je..resepi asal xde sukatan tepat..klu terlebey terkurang ejas ye - mama pun main agak jer
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb air rebusan ayam
  • 1 sb madu - hana tambah
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air
Cara-cara
  • Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
  • Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
  • Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.

Friday, February 11, 2011

Ayam Lemak Pucuk Ubi


Lauk fav anak2... tak kira ada kobis atau pucuk ubi pasti habis!!! Kalau tak smuggle sikit buat malam..jawab nyer pasti tak de lauk..hehehe

Best ah!! kalau dapat makan lauk lemak pucuk ubi ngan sambal belacan ulam ngan petai atau jering!!! Ayam tolak tepi.. jauh2 hehehe

Thanks ah Ayu share recipe nih :) Mama C&P recipe yer :)





Ayam Lemak Pucuk Ubi - julnezza@mesra.net/ Ayu


Ingredients:-
½ ekor ayam -(Ayu gunakan 1 ekor)- mama pun
*2 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih }ditumbuk
*1 inc halia
2 cwn santan

 pucuk ubi(ubi bandung)RM1.00}ditumbuk-(Ayu blender berasingan) - mama racik kasar2
*5 biji cili padi}ditumbuk -(Ayu buh lebih lagi dari ni)- mama x tambah
2 camca minyak
air secukupnya
garam & perasa secukup rasa

sedikit kunyit serbuk-(Ayu tambah)- mama gunakan kunyit hidup 

Method:-
Ayam dipotong ikut suka,ketepikan.kemudian tumbukkan bahan tumbuk termasuk cili padi.Pucuk ubi tadi ditumbuk sehingga lumat.panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk tadi biarkan sampai naik baunya.Masukkan ayam dan pucuk ubi,gaul rata-rata.Lepas itu masukkan air dan santan.Biarkan mendidih,masukkan garam.Masaklah sehingga daun pucuk ubi bertukar warna sedikit(hijau gelap).

Omelettte Sambal


Lauk mama & hubby  ^ _ ^
Simple but sedap tau!!! Resepi dari Love cuma mama ubah sikit cara sambal nyer. Mama masakkan sambal tumis sardine dan lebur kan telur dadar dalam sambal. Sedap dimakan bernasi atau roti. Thanks Love for sharing... mama C&P recipe for yr blog :)



OMELETTE SAMBAL by love2cook

Ingredients :~
  • 5 eggs ~ beaten
  • 5 shallots
  • 3-4 tbsp cleaned anchovies ~ soaked in water for 5 mins
  • 1 large onion ~ sliced
  • 4 dried chillies ~ cut 2
  • 1.5 tbsp chilli powder ~ may add more
  • salt to taste
  • sufficient amout of water ~ I used 1 cup
  • oil
Method :~

  1. Fry the eggs like omelette. Cut into few pieces. Set aside.
  2. Pound together shallots and anchovies using mortar and pestle.
  3. Heat oil in wok, saute shallots and anchovies till they turn lighter brown.
  4. Add sliced onion and dried chillies. Stir for 2 minutes.
  5. Pour in enough water, add chilli powder and salt. Leave it to boil for few times.
  6. Lastly, add the omelette pieces. Mix evenly until the omelette is well coated with the sambal.
  7. Dish out.
* The egg will taste really good after leaving it soaked in sambal for sometime

Thursday, February 10, 2011

Kek Alunan Kasih - Mesra lagi



Kek Alunan Kasih - Mesra utk jiran2 my mom yg menyambut perayan Chinese New Year yg lepas.
Buatkan dalam 3 keping dapat lah mama sekeping kecil utk merasa. Resipi blh lihat disini atau dibawah :)


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
 
BAHANNYA
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g) 
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus- mama gunakan 11/2 cawan aje
  • 1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
  • ½ cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
    *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
 mama tambah kan warna & perasa pada setiap warna. 
hijau-pandan, pink - trutti-frutty, blue- blueberry flavours
 
Cara2:
  • Pukul planta dan gula smpai kembang...
  • Masukan telur satu persatu..pukul lg sampai kembang
  • Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  • ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.
mama: Utk setiap lapis mama masukkan adunan kedalam beg piping supaya mudah dan jgk koko tak melekat ke adunan :)




Wednesday, February 9, 2011

Roti John Panas2



Sambil taip sambil makan nih... hirup Nescafe panas2...fuyooooo berpeluh!!! Bahagia sorang2 duduk depan PC lupa jap masalah yg ada alah macam banyak masalah konon
Tadi pagi selepas tengok abah mama sempat pergi pasar... memang nak beli daging cincang. Nak buat kan lagi roti lapis ... Tuptup petang nih bila belek recipe2 ternampak recipe ROTI JOHN dari dapur Hana... terus kedapur dan hasil nyer sedap (almaklum makan panas2 tangkap gambar pun alah kadar jer) Lain kali mama akan gunakan resepi ini. Dan roti pulak mama tak nak gunakan roti perancis yg keras.. gunakan roti perancis yg lembut. Kepada Hana, thanks yer kongsi resipi simple yet delicious nih, mama C&P resepi dari dapur Hana yer  ^ _^



Roti John- Hanamemories bs




Bahan bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil - mama x letak
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)- roti perancis yg lembut
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
  • 1 biji bawang putih- ditumbuk halus }mama tambah
  • 1 hiris halia - ditumbuk halus}
Cara-cara

  • Tumis bawang besar hingga naik bau.Masukkan bawang putih & halia yg ditumbuk halus tumis sehingga kuning & naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.



Tuesday, February 8, 2011

Kerabu Mangga


One of the my & hubby fav - pernah makan di Bukit Bintang KL last December..tu yang teringat. Selalu makan kat SG tak pernah letak ikan bilis, letak kacang tanah je.



Kerabu Mangga

1 biji mangga muda- dibuang kulit dan disagat atau dihiris tipis
bawang kecil
cili padi
limau nipis
garam & gula
secukup ikan bilis goreng
daun ketumbar

Cara
bawang kecil & cili padi dihiris halus. Dalam bekas, masukkan air perahan limau nipis, garam & gula secukup rasa.Di gaul rata.  Masukkan bawng & cili padi dan jugak mangga dan daun ketumbar. kacau sebati. Rasa masam & manis. Baru taburkan ikan bilis. Siap di makan atau pun diratah!!

Sotong Masak Hitam


 Lauk hari2 cuti..... byk yang dah ulang. Tapi oleh sebab anak2 suka makan mama masak lagi. Cuma kali nih semua perencah diblender semua :) Senang cerita!!



Mungkin ramai yg dah tahu ... tapi utk rujukan anak2 mama, mama sertakan resipi dibawah manalah tahu esok2 kalau mama dah tak ada.... ada blog nih blh jadi rujukkan anak2



SOTONG MASAK HITAM- mamahawa
BAHAN2

1kg sotong dibersih, dipotong2 atau dicelar2 - bahagian kepala yg ada ink hitam jgn dibuang

bahan yg dikisar
bawang besar
bawang putih
sedikit halia
cili kering
serai
sedikit belacan

garam, gula
asam jawa dlm 1 sudu mkn

Cara memasak
Sotong yg telah dicuci bersih, dipotong bulat2 atau dicelar ikut suka hati. Toskan air nyer dan lumurkan bersama ink hitam sotong dan jugak asam jawa. Setelah diramas2 pastikan biji asam jawa dibuang terlebih dahulu kalau tidak bila makan....hehehe tergigit sapa nak tanggung!.
Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing baru masukkan sotong, garam & gula ikut rasa. Jangan tambah air banyak2 sebab sotong nanti berair...Sotong tak payah masak lama nanti keras. So kacau sebentar, rasa garam, gula tutup api. Siap makan!

Friday, February 4, 2011

Holiday Oatmeal Cookies


Kite pun nak sambut raya...hehehe meh makan cookies sedap tau!!!!
Everyone at home enjoys these cookies of mine...hehehe even my abah & my mum. Thanks AYU...
Ingat nak buat lagi lah....


HOLIDAY OATMEAL COOKIES
Sources:-From   http://www.goodhousekeeping.com
& Ayu

Ingredients:-

  • 1 1/2 cup all-purpose flour-(11/2 cawan tepung serba guna)
  • 1 teaspoon baking soda-(1 sudu kecil bicabonate soda)
  • 1/2 teaspoon salt-(1/2 sudu kecil garam)
  • 1 cup (2 sticks)butter or margarine, softened-(1 cawan mentega yang lembut)
  • 3/4 cup (packed) brown sugar-(3/4 cawan gula perang-warna coklat)
  • 1/2 cup granulated sugar-(1/2 cawan gula pasir)
  • 1 large egg-(1 biji telur besar)
  • 1 teaspoon vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla essence)
  • 3 cup old-fashioned oats, uncooked-(3 cawan oat mentah)
  • 1 cup raisins-(Ayu didnt add this)-(1 cawan kismis-(Ayu tak letak ini) mama pun
  • 1 package (6-ounce) semisweet chocolate chips (1 cup)-(1 cawan semisweet chocolate chips)

 Method:-
  1. Preheat oven to 350 degrees F. On waxed paper, combine flour, baking soda, and salt.-(Panaskan oven 350darjah farenheight. Satukan tepung, bicarbonate soda dan garam.)
  2. In large bowl, with mixer on medium speed, beat butter and brown and granulated sugars until creamy, occasionally scraping bowl with rubber spatula. Beat in egg and vanilla. Reduce speed to low; gradually beat in flour mixture just until blended, occasionally scraping bowl. With spoon, stir in oats, raisins, and chocolate chips.-(Dalam mixer, menggunakan medium speed, pukul mentega dan gula perang & gula pasir hingga kembang.Masukkan telur dan vanilla essence. Perlahankan kelajuan masukkan tepung yang telah dicampur tadi dan gaul hingga sekata saja. Dengan menggunakan sudu , masukkan oats, kismis dan chocolate chips.)
  3. Drop dough by heaping measuring tablespoons, 2 inches apart, on ungreased large cookie sheet. Bake cookies 13 to 15 minutes or until tops are golden. Transfer cookies to wire racks to cool.
  4. Repeat with remaining dough. Store cookies in tightly covered container at room temperature up to 1 week or in freezer up to 3 months. -(Cekup dan aturkan adunan dengan menggunakan sudu besar, jarak 2 inci dari masing2 diatas  kertas kek yang tak payah disapu mentega. Bakrar biskut selama 13-15 minit atau sehingga atasnya keperengan. Alihkan biskut keatas wire racks untuk sejuk. Ulangi sehingga doh habis. Masukkan biskut dalam botol yang ketat dan boleh bertahan 1 minggu disuhu bilik atau 3 bulan kalau dalam freezer.)


Wednesday, February 2, 2011

Roti Lapis Daging



Salam & selamat petang semua... Hari nih cuaca begitu baik sekali :-> Tadi pagi sempat pergi JB bersama cik hubby. .. Sempat kepasar Larkin beli apa yg patut dan ke City Square jgk :)



Okay berbalik kepada gambar disebelah nih..Roti Lapis Daging yg mama buat pada minggu lps... yg menjadi rebutan anak2 & jgk Cik Hubby. Tak sangka pulak yg cik hubby pun nak try jgk coz kalau mama tryout recipe2 susah betul dia nak mencuba kecuali masakkan lauk.
Mmg sedap & lembut roti lapis nih. Sedap dimakan bersama sos cili . Makan panas2 lagi..fuyooo. Ni pun shasha suroh mama buat lagi...
Recipe dari dapur Kak Wan. Thanks Kak Wan mmg sedap sekali hingga menjilat jari anak2 & cik hubby makan :P Thanks Kak for sharing... ni hawa C&P recipe dari dapur Kak Wan :D





Roti Lapis Daging
sumber: Kak Wan

Bahan-bahan
2 bungkus roti sandwich sedang (buang tepi dan di potong empat)- tak buang tepi pun

Bahan Inti Daging
500gm daging cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu besar rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam secukup rasa



Bahan Kisar
2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah
1 hiris halia

Bahan Bancuhan Telur
80gm mentega di cairkan
5 biji telur
sedikit lada sulah
400ml  susu cair / susu sejat (1 tin)

Bahan Hiasan / Tabur
2 tangkai cili merah di hiris nipis
1 tangkai daun bawang dan daun sup
Bawang goreng secukupnya

Cara-cara :
1.  Inti Daging  :  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan kisar dan  rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya.
2.  Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan.
3.  Bancuhan Telur :  Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan mentega cair, susu cair dan lada sulah, kocok hingga rata.
4.  Sediakan mangkuk tahan panas, leser marjerin di sekelilingnya.  Celup roti yang di potong tadi ke dalam bancuhan telur, kemudian susun hingga memenuhi dasar mangkuk sambil di tekan supaya padat.  Kemudian tabur dengan inti daging di atas roti.
5.  Buat berseling seli lapisan daging dan roti hingga habis.
6.  Akhir sekali curahkan lebihan bancuhan telur ke dalamnya dan tabur dengan lebihan inti daging, hirisan daun bawang, daun sup dan hirisan cili.7.  Bakar pada suhu 160C selama 30 - 45minit atau hingga masak, bila dicucuk tidak melekat.
8.  Boleh di makan begitu saja atau bersama sos cili.


SELAMAT BERCUTI TEMAN2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...