Wednesday, February 2, 2011

Roti Lapis Daging



Salam & selamat petang semua... Hari nih cuaca begitu baik sekali :-> Tadi pagi sempat pergi JB bersama cik hubby. .. Sempat kepasar Larkin beli apa yg patut dan ke City Square jgk :)



Okay berbalik kepada gambar disebelah nih..Roti Lapis Daging yg mama buat pada minggu lps... yg menjadi rebutan anak2 & jgk Cik Hubby. Tak sangka pulak yg cik hubby pun nak try jgk coz kalau mama tryout recipe2 susah betul dia nak mencuba kecuali masakkan lauk.
Mmg sedap & lembut roti lapis nih. Sedap dimakan bersama sos cili . Makan panas2 lagi..fuyooo. Ni pun shasha suroh mama buat lagi...
Recipe dari dapur Kak Wan. Thanks Kak Wan mmg sedap sekali hingga menjilat jari anak2 & cik hubby makan :P Thanks Kak for sharing... ni hawa C&P recipe dari dapur Kak Wan :D





Roti Lapis Daging
sumber: Kak Wan

Bahan-bahan
2 bungkus roti sandwich sedang (buang tepi dan di potong empat)- tak buang tepi pun

Bahan Inti Daging
500gm daging cincang
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu besar rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam secukup rasa



Bahan Kisar
2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah
1 hiris halia

Bahan Bancuhan Telur
80gm mentega di cairkan
5 biji telur
sedikit lada sulah
400ml  susu cair / susu sejat (1 tin)

Bahan Hiasan / Tabur
2 tangkai cili merah di hiris nipis
1 tangkai daun bawang dan daun sup
Bawang goreng secukupnya

Cara-cara :
1.  Inti Daging  :  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan kisar dan  rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya.
2.  Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan.
3.  Bancuhan Telur :  Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan mentega cair, susu cair dan lada sulah, kocok hingga rata.
4.  Sediakan mangkuk tahan panas, leser marjerin di sekelilingnya.  Celup roti yang di potong tadi ke dalam bancuhan telur, kemudian susun hingga memenuhi dasar mangkuk sambil di tekan supaya padat.  Kemudian tabur dengan inti daging di atas roti.
5.  Buat berseling seli lapisan daging dan roti hingga habis.
6.  Akhir sekali curahkan lebihan bancuhan telur ke dalamnya dan tabur dengan lebihan inti daging, hirisan daun bawang, daun sup dan hirisan cili.7.  Bakar pada suhu 160C selama 30 - 45minit atau hingga masak, bila dicucuk tidak melekat.
8.  Boleh di makan begitu saja atau bersama sos cili.


SELAMAT BERCUTI TEMAN2.

9 comments:

Mas said...

sedappnya roti daging ni....
terliur mas...
nak sikit boleh..he..he..

Nieza said...

assalam mama..nampak menyelerakan...harus dicuba ni:)

AZLITA AZIZ said...

salam mama..
sedapnyer... mmg menyelerakan sungguh! terus lapar perut ita... dgr tu dah bunyik krok... krok... nak suruh buat lah tu....
Tq mama for sharing...

Yatie said...

Salam Mama,
Dari aritu tau nak wat roti lapis daging ni...tak terbuat2 gak..bahan2 semua dah ada...nak buat jugaklah ni...kena paksa diri ni...sbb nak makan sangat ni....dah terliur betullll tngk roti lapis daging mama....uwaaaa...

Wattie said...

Salam ziarah dan ukhwah,
Sedapnya nampak roti lapis daging tu....... harus dicuba, tks sudi kongsi resepi

Mama Hawa/Mama Nani said...

Mas...
hehehe Mas dah habis dahhhhh. Ni anak Mama suroh buat lagi..

Nieza..
Wslm Nieza.. mmg sedap kat tekak nih :P cuba lah sedap mkn waktu panas2 :)

Azlita..
Wslm Ita..hehehe dgr2 mcm kerongcong :)No problem :)

Yatie...
Wslm Yatie. Betul tuh sebenarnye mama pun sama. Daging cincang dah masak awal2 lagi... simpan dlm fridge adalah dlm 2-3 hari.. Bila dah ada mood hah!! siap tak sampai 1/2 jam dah sebelah loyang anak2 & hubby mkn.

Wattie
Salam perkenalan & terima kaseh sbb sudi kemari :)
Mmg sedap kat tekak mama nih n family.. No problem :)

harleena said...

sedapnya roti lapis daging ni.. Telur pulak dah abis, kalau tidak sure dah jadi resepi minum petang arini..

fitto said...

nak try..tp xde oven..apekan dayeku...;(

fitto said...

nak try..tp xde oven..apekan dayeku...;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...