Saturday, February 19, 2011

Ubi Berempah


Hati & Perasaan...sayu sangat2 sewaktu N3 ni dilakarkan....
Ya Allah kau tabahkan hati & jgk iman ku sebagai anak....




Ubi Berempah ni sesuai dimakan pada bila2 masa saja...
Mama buat minum petang semalam yg agak lewat sikit... bila dah makan kenyang sampai malam!!!
Terjumpa resipi di laman TryMasak... Selalu ubi ni kite rebus atau pun goreng..
Satu koleksi/resipi baru yg saja mama nak ketengahkan di blog ini mungkin ada yg dah pun tahu

UBI BEREMPAH - TRY MASAK - hamidah & abd rahman

Ingredients

1) Ubi Kayu (1 kg)
2) Kari Ikan Baba's (3 sudu)
3) Serbuk Cili Baba's (1 sudu)
4) Garam dan serbuk perasa
5) Gula (2 sudu besar)
6) Telur (2 biji)
7) Air (1/2 cawan)


Bahan A (ditumbuk)
1) Ikan Bilis (sedikit)
2) Bawang Merah (5 ulas)
3) Jintan Kasar (1/2 sudu)
4) Bawang Putih (3 ulas)
5) Jintan Putih (1/2 sudu)




Directions


Ubi kayu direbus hingga empuk.
Tumis bahan A hingga harum baunya. Kemudian masukkan rempah kari Baba’s, serbuk cili Baba’s, dan air.
Tumis hingga terbit minyak, masukkan garam dan serbuk perasa.
Masukkan ubi yang telah direbus dan kacau sebati.
Pecahkan telur dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang.

3 comments:

HomeKreation said...

Salam mamahawa. Tengah sedih rupanya mamahawa ni. Semuga di permudahkan Allah dugaan mamahawa ya. Sedap nya respi ni, nanti Along nak cuba gak.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam mamahawa, relax tarik nafas dan selawat banyak moga dipermudahkan segala yang dilalui. Banyak-banyak bersabar. Resipi ini baru bagi saya, akan cuba nanti.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Along..
Insyallah Along n thnks
Mama harus sabar dgn dugaan yg allah beri ....
Aah lah ubi tuh plak baru beli direbus sampai empuk...hissssh

Paty...
Wslm Kak Paty...Insyallah kak n thanks for the doas...

Aah kak... resipi baru utk hawa jgk..silakan cuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...