Monday, February 14, 2011

Ayam Panggang Ala Chinese


 Salam pagi Isnin semua...

Tak nak cerita banyak2 ... layanlah menu2 hujung minggu mama yg tak seberapa nih :)


 
Resipi dari Hana yg dicuba kali ni.. ternyata tak menghampakan... Sedap esp sos hitam yg digemari oleh anak2. Terima Kaseh Hana sudi berkongsi resipi... mama minta izin C & P dari dapur Hana :)

RESEPI AYAM PANGGANG ALA CHINESE
source : paty`s kitchen / Hana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin/mentega
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap cair
  • 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia
  • garam dan lada sulah - hana buh lada hitam
Untuk Sos - hana bg anggaran kasar je..resepi asal xde sukatan tepat..klu terlebey terkurang ejas ye - mama pun main agak jer
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb air rebusan ayam
  • 1 sb madu - hana tambah
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air
Cara-cara
  • Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
  • Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
  • Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.

1 comment:

Nieza said...

Assalam mama, perghhh tak tahan nengok ayam panggang mama ni...sure tido mlm ni mimpikan ayam panggang ni..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...