Wednesday, February 16, 2011
Udang Kasturi
Udang Kasturi - Saji Oct 2009
1kg udang besar - mama gunakan udang biasa
1/2 cawan cili kisar
3 batang serai dititik
bahan kisar
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 inci lengkuas
6 ulas bawang merah -mama gunakan 1 biji sedang
4 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi - belah dua - kalau nak pedas tambah
1 keping kuib ikan bilis
1 keping kuib tom yam
1 cawan santan
1 cawan air
2 helai daun limau purut- hiris halus
1 sudu teh gula/garam
2 sudu teh jus limau kasturi
minyak utk menggoreng
Cara menyediakan:
1. Bersihkan udang & toskan.
2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis serai serta bahan2 kisar sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar & tumis lagi sehingga garing. Masukkan cili padi, kuib ikan bilis, tom yam, garam & gula & air. Kacau rata.
4. Masukkan udang & kacau lagi. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih. Taburkan daun limau purut & jus limau kasturi. Kacau perlahan2 sehingga pekat. Tutup api & hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sedappnya udang tu..
terliur mas tau..he..he..
pergh..mesti sedap nih..nnt nak gi singapore, leh rasa masakan mama kan?kan?kan?..
Assalam mama, nak rasa mee goreng sos plum sikit ,lepas tu nak udang kasturi dalam 10 ekor..buat breakfast ni..hahaha..jangan terkejut ya ma..hahah
sedapnye mama...mie xleh kalau tengok udang ni, mesti nak hulur pinggan nak mintak...hehhehe
assalam hawa,singgah ambik udang tu lah..nampak terliur pulak..ermmmm...tapi dah terlambat ke akak ni?..tu ayu dah mintak 10 ekor..mana aci..hiuhu
Mas...
hehehe..kesian Mas. Nah mama bagi 4 ketui jer.
JMR
Come to Spore lah..jln2 & mkn2... Bolehhhh apa salah nyer....
Ayu
Wslm Ayu.. Hish byk tuh sampai 10 ekor!!! ki3x
Mimiey
Aah lah Mimiey..tak tahu cam mana nk kasi tahu rasa udang nih...Nk udang..hehehe dh finish lah :)
Anymz
Wslm Kak...hehehe aah kak, dah kasi Ayu 10 ekor mana cukup nk kasi akak kan? kan?
Post a Comment