Friday, February 18, 2011

Ikan Goreng Serai


Resipi dari majalah Saji lagi... Majalah keluaran Julai 2005
Kepada penyumbang - Hisham Shahar - terima kaseh

Cukup lah seekor dua utk mama & hubby....
Kalau nak pedas tambah cili padi lebih2...hehehe


IKAN GORENG BERSERAI - Saji 2005

bahan2

3 ekor ikan kembung/selar

bahan dikisar - mama tumbuk kasar2
2 batang serai
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3cm halia
9 tangkai cili padi

1 cm kunyit - mama guna serbuk
2 sudu besar minyak
1 sudu besar asam jawa
gara & lada sulah secukup rasa


Cara menyediakan:
Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dgn kunyit dan garam. Goreng.
Kemudian kisarkan/tumbuk  bahan2 kisar hinga hancur.
Panaskan kuali, tumiskan bahan yg dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan ikan. Tuangkan air asam jawa.Perasa dgn garam, lada sulah & gula jika perlu.
Kacau rata dan biarkan selama 20 mint sehingga ikan masak.


Sedap dimakan ketika panas2 bersama nasi putih dan sebagai penyeri ...... CENCALOK atau BUDU pasti mak mentua atau pak mentua lalu tak nampak!!!! hahahaha

3 comments:

izahdaut said...

mama..sama cam dalam gambar..simple dan sedap ni kalau ada serai..boleh try..amik resepi yeeee ..maceeeeh

Mas said...

wahh...nampak sedapp la...

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe izah
Mama tiru diorg ambik gmbr :)
Aah kalau serai tak de tak syiok lah Izah coz klau mkn sambil hisap serai2 yg ditumbuk kasar2 ..terasa. Silakan izah mmg mama nak berkongsi :)

Mas sedap tau mkn bersama nasi panas2 cuma yg kuat pedas..silakan ltk cili manyak2..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...