Friday, May 11, 2012

Nasi Ayam Ipoh Q n kad Sha


Assalamualaikum teman semua yg diingati...
Salam pagi Jumaat yg ceria sekali disini
matahari cantik sekali menyinar
sambil buat N3 nie kain baju dlm washing machine...
tgk lah kalau sempat BW 




sebelum apa2... nak tayang kad dari Sha novelis aka chef yg cun melecun nie..asyik terlupa jer nak gantung... okay Sha mama dah gantung kad nie..tq manyak2 yer :)


Okay berbalik pada gmbr2 nie rasa2 nyer ramai yg dah mencuba Nasi Ayam Ipoh. Masa nak google resipi nmpk kat Myr resipi nie tak tahu plak resipi dari Q... mmg ternyata sedap sesuai ditekak kami dirumah...suka ngan rasa kicap pekat yg dicurah kat atas ayam tuh ada rasa pedas2 sikit. Tapi tang sambal mama kurang kan cili padi nyer sbb mcm rasa pedas sgt!!

kalau tahu dah lama mama cuba... tuh lah selalu jer ketinggalan keteapi hehehe :)

Mekasih Q... mmg sedap rugi sapa tak mencuba nyer :P
Izinkan mama share disini  yer ^___^

Nasi Ayam Ipoh
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung - kurangkan dlm 7-8 biji jer
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng



Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis  4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)



Wednesday, May 9, 2012

Simple Cranberry Pound Cupcakes


Assalamualaikum
salam pagi Rabu 

sedap sbb cranberry yg masam2 

Resipi dari Yat Maria ~ thnks jgn marah mama gunakan cupcake sbb malas nak ptg2...


meh tengok resipi yg mama C&P dari dapur Yat Maria & Cik Mat jgk :) Thanks again :P

Simple Cranberry Pound Cake

source: CMG /Yat Maria

Ingredients
180 gm good quality butter
220 gm self raising flour or (all purpose flour added with 1 tspn bkg powder, sifted 3x)- 
100 ml fresh milk
140 gm sugar
2 large eggs
1 tspn vanilla essence
50 gm dried cranberries - coat with flour
almond  slices for top 


this one in Bahasa Melayu...


BAHAN - BAHANNYA :-)

180 gram mentega berkualiti
220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
100 ml susu segar
140 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
50 gram cranberry kering
Sedikit badam cincang untuk hiasan



Method

Heat oven to 175C.
Line base of 8"x3.5"x3.5" loaf pan with parchment paper & grease with butter.
Beat butter & sugar till white, light & fluffy. Add in eggs one at a time & continue beating.
Add vanilla essense.
Reduce speed & add in flour, coated cranberries & milk, alternating the additions. Mix well.
Pour into prepared pan. Top batter with almond slices & bake at 175C for about 45-55mins. Test with skewer when done.
Cool onto a wire rack.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan..
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!.

Monday, May 7, 2012

Tofu Telur Masak Tauco Lada Hitam


Assalamualaikum kepada semua teman2...

kesian nyer asyik jamu mata ngan sardine mentah jer hehehe
nak buat cam mana tuan rumah teramat lah malasssss betul!!!



lauk tofu telur nie tak hingat bila pulak masak....
tapi yg pasti lauk pauk yg simple khas buat anak2 yg senantiasa jer lapar!!!

Kalau mengikut resipi asal dari dapur Ummi hanya menggunakan tofu telur jer ...nie mama tambahkan kentang dan jgk sausage...ampun patek yer Ummi hehehe pepandai jer ubah2 orang pun resipi!!! tapi kalau tak ditambah jd nyer sikit... anak2 mmg antu tofu telor beli 3 pkt tak ckp so mama tambahkan sausage sepkt n kentang yg besar2 dlm 3 biji..dpt lah 1 kuali hehehe allhamdullilah kenyang dier orang mkn...

terima kaseh Ummi jgn marah hawa ubah sikit resipi asal yer ..muaahhhhzzzzz sedap!!!

meh tgk resipi kat bawah...

TOFU TELOR MASAK TAUCU LADA HITAM
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome
sumber: mamahawa 


Bahan:-
  • 3 paket tofu telor - hiris 1 inci dan goreng jadi berkulit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan *ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1/2 biji lada benggala merah - dihiris memanjang - x letak
  • 1/2 biji lada benggala kuning - sda - x letak
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam (optional sbb taucu dah masin) - x letak pun
  • 1 biji tomato - belah 6- gunakan cherries tomato  
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk tumis

mama tambah se pkt sausages & 3 biji kentang sederhana besar.. dibersih & diptg2 kemudian digrg.



Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan semua sos dan air asam jawa dan air.
  3. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan taucu, lada benggala dan bawang besar.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa...jika perlu tambah garam.
  6. Bila kuah mendidih dan agak pekat, masukkan tomato, kacau kejap dan tutup api.



Thursday, May 3, 2012

Ikan Dalam Tin..hehehe sardine lah


Assalamualaikum teman2....
selamat pagi semua... hari nie kite nk gi jln2 so periuk belanga kite gantung hehehe...

Lauk yg dh lama terperap...As requested by cik hubby yg dah lama nk mkn ikan dlm tin.. nk yg mentah2x. Mungkin pelikkan???? tapi nie lah yg bundo mama & cik hubby buat waktu kami semua kecil2 dulu tuh pun secara kebetulan...

Mmg nmpk tak menyelerakan tapi seyes ckp mmg sedap mkn ngan nasi panas2x lagi2 kalau ada kerabu taugih atau kerabu mangga!!! Perghhhhhh *kesat air liur*


senang jer nak buat..tapi kena sabar kan sebab byk bahan2 yg kena dihiris halus2 hehehe
alah bukan susah pun!!! hehehe

Ikan dalam Tin - Sardine
sumber: mamahawa

Bahan2
1 tin sardine jgn buang sos

Bahan yg perlu di hiris halus2
1 biji bawang besar
2 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - kalau tak cukup tambah lagi
1 batang serai ambik bahagian yg lembut jer
1 inci halia muda

buah tomato
limau sambal
kicap manis


Cara2

Tuangkan sardine dlm mangkok. Campurkan semua bahan2 yg telah dihiris ke dlm sardine. Perahkan air limau nipis dan jgk kicap. Gaulkan perlahan2 sampai semua nyer sebati... Dah pun siap!!! Makan ngan nasi panas2....


Wednesday, May 2, 2012

Roti Pintal

Assalamualaikum Salam Pagi Rabu yg ceria... sejuk jer pagi hehehe

Roti Pintal yg berintikan sausage utk anak2... buat nyer dah minggu2 yg sudah.
Masih mengguna kan resipi basic bread recipe & akan menggunakan nyer!!!
sayang tak sempat & tak hingat nak ambik gmbr tang nak buat tocang... tapi rasa2 nyer teman2 blh lah bayangkan mcm mana nak buat tocang anak rambut tuh! hehehe
nak letak jgk resipi basic bread kat sini lagi ... biar senang!!! terima kaseh semua yg terlibat!!

okay out dulu nak pegi pasar....


BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana & Ika 

Bahan A
500g tepung roti - mama gunakan tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional - ni mama letak
1 sk bread improver- optional- x de
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- x letak

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



Monday, April 30, 2012

Laksa Lada Hitam


Salam Pagi Isnin...
awam gelap mulai berarak ...gelap!!! adakah ini bererti hujan akan turun????

beberapa hari yg panas & hangat cuaca berbahang lagi2 selepas waktu hujan...
semalam hujan diptg hari dan cuaca berbahang sehingga larut malam...


Brunch kami semalam ...
blm pernah mee laksa dimasak lada hitam!!! selalu di masak bersama kuah laksa atau pun grg style laksa kering2.

Belek2 buku masakkan  LAZATNYA... RECIPES OF LOVE cenderahati drp madrasah wak tanjong al-islamiah.. terpikat ngan resipi Udon lada hitam tapi setelah semua bahan2 siap mee udon plak tak jual di kedai yg berdekatan dirumah mama.
so terlahir lah Mee Laksa Lada Hitam hehehe mmg terasa lada hitam nyer. something different selalu msk bersama kuah laksa kali nie msk spt mee kicap plak.. sedap jgk.

Meh tengok resipi yg senang jer..


Udon Lada Hitam
resipi : Rahimah Rahim 
sumber: mamahawa

Bahan A

600gm Udon Jepun - mama gunakan laksa
200 ml stok ayam - mama gunakan chicken cube di rebus bersama air
2 sudu teh kicap cair
2 sudu makan biji lada hitam - tumbuk kasar
300gm  udang bersihkan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh minyak bijan
sekeping isi dada ayam - dihiris tipis ni mama tambahkan
secukup sos tiram - mama tambah


Bahan B

180gm cendawan butang
100gm lobak merah
200gm kobis cina
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang + sedikit halia muda - di tumbuk/diblender - mama tambah

Cara
Hiris semua bahan B ikut cita rasa. Panaskan minyak masak dlm periuk yang sesuai dan masukkan bawang besar, bawang putih dan lada hitam. (mama tumiskan sekali bawang putih & halia muda yg dah diblender/tumbuk). Tumis sehingga layu dan kekuningan. kemudian masukkan udang, ayam, minyak bijan dan cendawan, tumis sehingga udang bertukar warna n daging ayam masak. Masukkan stok ayam dan kicap cair & sos tiram. Akhir sekali masukkan udon, lobak merah dan kobis. kacau dan masak sehingga mendidih. padamkan api.

pssttt... mmg tak gunakan garam or gula so kalau tak nak letak ikut citarasa masing2 ok!


Friday, April 27, 2012

Ayam Goreng Tomato


Salam pagi Jumaat yg ceria...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak buat N3...kesian kepada tetamu yg sampai muak dihidang mata dgn mee maggi mamak...sampai jelak tengok hehehe
Pagi nie pun sibuk kejap lagi nak keluar spt 2-3 hari yg lepas ... mcm orang bekerja plak...

Okok tak mau bercerita lbh pjg.. mskkan utk 2 org bdk kat rumah yg mmg x jemu2 ngan AYAM

resipi dari dapur Melly aka Diana adik manis lagi cantik gambar2 kat blog adik manis nie pun cun melecun :)
kegunaan sos tomato mmg banyak so lauk nie ada sikit masam kena adjust tang gula, garam & jgk kepedasaan so tak lah terasa masam sgt..
mmg sedap masam ada sikit pedas sbb mama tambahkan cili lagi pun  senang nk dimsk... ada jgk iras ayam msk merah ...

Thank U Diana n jgk  Sha cum novelis


Ayam Goreng Tomato
sumber: Diana Melly & Shariah


Bahan² A ( Dikisar )
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas - x de stock
1 batang serai
20 tangkai cili kering - lbh kan sikit 
1 biji buah keras

Bahan² B
1 ekor ayam _ kerat 16
1 mangkuk sos tomato _ ( Diana guna 3/4 cawan sos tomato Maggi ) - ,mama pun 
1 biji tomato _ dipotong dadu- nie mama tambah kan lg 1 biji 
1 biji tomato _ dihiris untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Yang Diana Tambah
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan hiris 
Daun sup _ dihiris  
Serbuk kunyit
Garam 
Gula
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix -  mama x letak 

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sekejap. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan² kisar hingga garing.
  4. Kemudian masukkan ayam, tomato dadu dan sos tomato ( Diana bubuh juga perencah pati ayam dan sedikit gula ).
  5. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam masak.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan masak seketika.
  8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan tomato dan daun sup.



Monday, April 23, 2012

Maggi Goreng ala Mamak ~Mas~


Selamat Malam semua teman2 ...
terima kaseh yg masih sudi follow blog yg tak seberapa nie ....
dalam kekalutan & kepeningan kepala ... sempat sediakan mkn malam kami yg sempoi jer :)

Ter...pedas pulak!! tak letak cili padi pun. Gunakan bahan2 yg sedia ada didlm peti sejuk...Cuma maggi brand cintan jer yg mama beli last week dari Giant Tampoi.

Tq sekali lagi yer Mas.. i laf u many2 hehehe


Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
3 keping maggi kosong - Mas guna brand Cintan- mama pun 
udang, daging atau isi ayam
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit udang kering - ditumbuk
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 biji cili padi - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih


Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan udang kering, kacau seketika hingga wangi.
Masukkan cili mesin, rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ayam, garam dan gula .
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam @ daging dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi dan sos ikan, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.




Friday, April 20, 2012

Pisang Goreng


Salam Rindu & Selamat Petang Jumaat... dah nk senja baru sempat nak tayang pisang goreng yg buat minum petang tadi...

Resipi dari keratan BERITA HARIAN pada 8hb April 2012 bersama Alijah Batcha.
Menghasilkan campuran bater yg garing gureh lagi2 menggunakan pisang kepok yg sedang2 masak :P




Memang tak pernah gunakan santan & minyak utk buat bater pisang goreng... berbeza sekali :P
mama kongsi resipi disini ...

Bater utk Pisang Goreng 
resipi : Alijah Batcha Berita Harian
sumber: mamahawa

Bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (kotak)
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 biji telur
Air,garam secukupnya
2 sudu besar minyak - blh di gantikan dgn margerin cair
sedikit perwarna kuning
minyak secukupnya utk menggoreng

Cara membuat:
Satukan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali air dan minyak.
Tambah air secukupnya.
Masukkan dua sudu minyak dan kacau rata.
Celup bahan yg sudah dipotong dan goreng terendam minyak sehingga keemasan.


Tuesday, April 17, 2012

Siakap Stim Limau


Salam Semua!!!
dah petang daa.... baru nak settle down
biasa lah surirumah sepenuh masa pun ada masa sibuk & ada jgk masa senang (lepak2)

okay make short n simple....
masakkan yg simple lagi tapi percaya lah kami makan anak branak (bertiga jer) bertambah2 nasi... mkn bersama telur dadar jer!!! *kalau tak silap ari sabtu masak ikan stim nie*


Resipi yg hendak mama kongsi nie mmg fufular kat Spore esp kat tmpt mkn seafood
fav hubby .. sbb ada bawang putih yg dicincang :P mmg good for the heart kalau mkn selalu!!!
terima kaseh Cik Comey yg sudi berkongsi resipi yg marbeles nie... next time buat seorang seekor yer bang!!! kikiki

Mari tengok resipi yg mama ambik dari MyResipi...


Siakap Stim Limau
resipi asal: Cik Comey MyResipi
sumber: mamahawa


bahan2
1 ekor ikan siakap - sederhana besar
5 biji bawang putih - dicincang
5 biji cili padi - dicincang - sila tambah kalau nk pedas!
1 biji cili merah - dicincang - nie mama x letak
1 inci halia - dimayang - mama gunakan halia muda di mayang halus2


Cara2

Ikan dibersihkan dan dilumurkan garam. Biar serap garam dalam 5 minit.
Campurkan semua bahan bersama ikan. Bungkus ikan yg siap dicampurkan dengan aluminium foil.(nak kukus x nak balut pun boleh jgk)
Kukus dalam 15 minit atau sampai ikan masak. Siap!!




lihat lah bawang putih yg telah mama cincang halus2 lagi banyak lagi sedap... mama gunakan 5 biji bawang putih yg gemuk2... tang cili padi tuh kalau 5 biji tak cukup tambah lagi yer.. mkn sampai berasap telinga hehehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...