Friday, April 15, 2011

Mee Bandung Muar


Salam Jumaat dan selamat pagi semua.. dah sarapan semua??

Tiap pagi begini lah.. kalau sempat letak N3 dan settlekan kerja rumah sikit lebih kurang.. akan bergegas keluar rumah jenguk my parents. kadang2 tak sempat nak BW kat rumah teman2 :)Sorry yer...

Terasa setiap hari begitu cepat sekali... dan hari bertukar minggu... minggu bertukar bulan. Masuk ni abah dah 3 bulan lebih abah bekeadaan begini.. sebagai seorang anak mama hanya dapat berdoa kepada Allah swt...

Baik lah kite cerita pasal masakkan yg mama masak semalam utk dinner...Semasa buat kunjung balas ke rumah teman2 ..ternampak menu dari dapur Madihaa - Mee Bandung Muar. Teringat kampung my grandmother kat Sungai Balang Batu Pahat Muar.. kalau nak ke sana mesti lalu jalan ke rumah Zana,... takpe masih blm kesempatan berjumpa ngan Zana...

Persamaan tentang mee bandung ni bahan2 semua nyer sama. Bergantung kepada citarasa masing nak letak udang , fishball dan lain. Cuma kuah nyer ada sikit perbezaan dari mee bandung biasa di Singapura.. di sini ada yg letak keledek atau kentang dan ada jgk menggunakan tulang daging sebagai penyedap kuah!!

Oklah dah panjang pulak mama bercerita hehehe... ternyata tak menghampakan kami semua semalam Madihaa... they all - my kids n hubby semua suka.. mee 1 kg n kuah habis selesai malam semalam jgk..hehehe. Terima kaseh kerana sudi berkongsi resipi dari teman mak Madihaa. Disini mama minta izin letak resipi supaya senang mama buat lagi & mungkin anak2 blh mencuba nyer utk masa hadapan :) Muahhhzzz laf u :)
Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut- tambah lebih nak pedas sikit

segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus - mama ltk 1 cwn kacang tanah
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah- mama ltk segengam
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)-mama tak letak
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya

1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)-
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional

kepekatan kauh bergantuing kepada citarasa masing2.. mama tambahkan 2 bekas blender utk dijadikan kuah



Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)

Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.

Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...

6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.

Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe

9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)






Wednesday, April 13, 2011

Cashew Nut Crunch


 Salam tengahari...

cookies yg dibuat oleh Shasha & Arinah pada minggu lepas... 
tapi in the end.. mama yg kena habiskan membakar cookies nih :)

Resipi dari Bro Rozzan... very crispy & very light.. jgn buat besar2 tau
nanti jadi macam pipi mama plak ..hehehe
meh tengok resipi ... 
thanks Bro Rozzan minta izin C&P resipi disini :)



CASHEW NUT CRUNCH - Bro Rozzan


Bahan-Bahan
( A )
150 gm mentega
80 gm gulaperang
130 gm gula - 100 gm will do
secubit garam
( B )
1 biji telur
( C )
140 gm tepung
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( D )
30 gm rolled oats (kisar halus)
70 gm kacang gajus (cincang)- mama gunakan serbuk
50 gm chocolate chip
50 gm cokelat putih (cincang kasar)- x de coklat putih gunakan dark choc

Cara
Pukul ( A ) di dalam alat pengisarhingga licin dan gebu. Tambah ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Campurkan ( C ) yg telah diayak dan adun hingga sebati. Masukkan ( D ) dan gaul hingga sebati. Ambil sesudu besar adunan dan titiskan ke atas dulang pembakar. Ratakan secara cermat. Ulang hingga adunan selesai. Jarakkan 3sm di antara setiap adunan ini. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit.

Nota: Biskut ini kelihatan lembut bila dibakar tetapi sesudah sejuk, ia menjadi keras dan rangup.


Tuesday, April 12, 2011

Kerang Merah Ala Thai - Nor


Pada suatu malam yg tengah lapar... kalau tak silap pada hari Jumaat malam. Lauk ayam masak dalca ada sikit lagi tapi bila belek2 majalah Jelita.. tak blh tahan lagi. kerang dah beli siap kopek kulit simpan dalam fridge ingat hari sabtu nak masak kerang ni bersama bubur...tak sempat sampai bsk pun hehehe

Masak lepas magrib. Bubur lambat masak kan..hehehe mama masak nasi lepas tuh masuk kan dalam blender dan blender sampai hancur dan masukkan semula dlm periuk nasi kasi nasi pekat sini.


 Sedap giler kerang nih.. bayangkan 2kg dimasak utk malam tuh saja.. Besok pagi bangun ingat ada lagi .. hehehe dah Selamat di kerjakan oleh along & shasha.
Nor selagi tak masak..bila tengok resipi dlm buku majalah macam terbayang2... tak lena tido dibuat nyer!! hehehe. Thanks yer Nor :) Mari tengok resipi :)

KERANG MERAH ALA THAI-Nor SecubitGaram

Bahan-bahan:

2kg kerang
air garam secukupnya
sedikit minyak
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, dipotong bulat
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
2 camca besar sos tomato
sedikit garam
sedikit gula halus
daun ketumbar secukupnya, dihiris
daun sup secukupnya, dihiris
2-3 batang cili padi - ni mama tambah 
2-3 buah tomato di belah 4 - ni mama tambah

Cara membuatnya:

1. Rebus kerang bersama air bergaram sehingga masak, ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga wangi, masukkan cili kisar.
3. Tuang sos tiram bersama sos ikan dan sos tomato.
4. Masukkan isi kerang bersama bawang besar yang dihiris, kacau dan bubuh garam dan gula.
5. Jikalau mahu sedikit berkuah, tambah air bersama sos tomato.
6. Tabur daun ketumbar dan daun sup.


Bubur nasi yg penuh sarat ngan kerang & telur asin.. Cik Hubby memang suka makan bubur tapi mesti siap ngan telur asin n sambal cili kicap!

Apam Beras


Salam pagi semua teman2...
kejadian Apam Beras ini sungguh suka sangat!!! hehehe merekah2 apam beras mama kali ni..

Terima Kaseh Azita Zain for the resipi... Mama minta izin c&p resipi & letak disini yer :)

Apam Beras - Azita Zain 

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (akak tak guna pun...)

Cara-cara :

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). 
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
  9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Awards lagi...




To love wif love...hehehe 
Thanks Love mama gantung award di sini :)



kepada adik2 mama - Nieza & Mas

Happy 1st Blog Anniversary

semoga kalian tak jemu2 berkongsi resipi2 
semoga persahabatan yg terjalin berkekalan 

TAHNIAH



Terima Kaseh jgk Ros 

semoga ilmu yg dikongsi kan ni dapat 
menafaat kite semua..

semoga Allah balas jasa budi baik mu

AMIN

Monday, April 11, 2011

Award ....


Award & tugasan dari beautiful ladies:


TERIMA KASEH BANYAK2 LADIES

Kena post balik linking kepada orang yang memberi award ini.

Daa pun :)



Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua :

mama kepada 3 orang cahaya mata yg telah dewasa.....
suka sangat selsema - tak blh kena habuk!
suka pendam perasaan 
seorang yg peramah..tak kira bangsa blh jadi kawan..hehehe
sejak dua menjak ni suka tengok computer dari TV
baca novel bila masa terluang..tapi selalu tak ada masa
kalau nak tido mesti dengar radio
lagi 1 bad habit mama... kalau nak tido suka cik hubby garu2 kat belakang badan..hehehe

Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.:
^
^
Rasa2 mama ramai yg dah dapat award & tugasan ni..so diharap kepada teman2 yg blm dapat sudi kiranye mengambil :)

Okay dah settle semua..hehehe

Friday, April 8, 2011

Dalca Ayam & Sambal Cili Kering


Baru nak ltkkan N3..bukan tak masak..tapi semenjak dua menjak nih kan dengan cuaca yg sedang panas!! nak masak lauk2 singgan atau soup jer.
Selamat tengahari teman2 yg dikasihi selalu... Dah berapa hari yg lepas mama asyik masak lauk2 air..semalam teragak nak masak lauk kari  Dalca ayam tapi ayam nyer kecik ... banyak pulak letak sayur mayur akhir nyer ayam ku tenggelam dek sayur yg manyak tuh!! heheh. Letak lah sayur apa yg digemari.. mama letak kacang panjang, terung, kentang, carrot & mangga muda. Tuh yg sedap!!! Masam2..issshhhh ngeces plak. Ari ni tak masak coz lauk dalca tuh ada lagi..tinggal sayur2 jer yg banyak... jgn membazir..

Cuba resipi dari TryMasak kali ni.. ikut kesesuian bahan2 yg ada.. terhasil lah Dalca Ayam mama yg pekat mekat ni.. sedap tadi pagi makan bersama lempeng tepung! Terima kaseh TryMasak utk resepi minta izin C&P disini yer :)

Dalca - TryMasak


Ingredients

1) Kacang dal (100g)
2) Ayam - dipotong kecil (100g) - 1 ekor ayam
3) Bawang putih (2 ulas)- 4 biji bawang putih*
4) Bawang merah (2 ulas)- 2 biji bawang besar*
5) Halia (1 cm) - 1 ibu jari *
6) Rempah kari daging (2 sudu besar)- mama lebihkan dalam 4 sudu makan
7) Santan cair (6 cawan)
8) Bawang besar - dibelah empat (1/2 labu)- x letak
9) Serai - diketuk (1 batang)- letak 2 batang*
10) Kacang panjang - dipotong (2 batang)- letak lebih
11) Terung bulat (1 biji)
12) Jagung muda (4 biji)
13) Tomato - dipotong empat (1/2 biji)
14) Lobak putih - x letak
15) Kacang bendi (4 biji) - x letak
16) Lobak merah (sedikit)
17) Ubi kentang - dipotong dadu (1 biji)
18) Cili hijau (3 biji)
19) Gula (sedikit)
20) Garam (sedikit)
21) Minyak untuk menumis 

 * dikisar halus - ni mama tambah

 
Directions
Masukkan kacang dal, 4 cawan air, 1 ulas bawang putih, dan 1 hiris halia ke dalam periuk.

Tutup periuk dan biar mendidih hingga kacang dal lembut.

Hiris halus 1 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah dan 1 hiris halia.

Di dalam periuk, tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah dan halia.
*mama tumis * bahan yg diblender dulu
Apabila bawang merah layu, masukkan rempah kari (dicairkan dengan sedikit air) dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan gula dan ayam. Kacau hingga pecah minyak dan biar sebentar.

Bila kacang dal lembut, masukkan ke dalam periuk tadi, kacau sebentar dan biar mendidih.

Masukkan garam, ubi kentang, jagung muda, terung, lobak putih, bendi, serai, tomato, cili hijau, kacang panjang, lobak merah, bawang besar, dan santan.

Kacau seketika dan biar mendidih hingga kuah pekat dan bahan-bahan  empuk.


Lauk Dalca ni memang sedap dimakan bersama sembarang sambal... mama buat sambal cili kering dan  ulam kacang botol yg muda2 nih. Sedap sehingga tak sedar kami makan nasi bertambah pada waktu petang semalam..hehehe

Wednesday, April 6, 2011

Kek Marble Susu


 Salam pagi Rabu kepada teman2 mama yg berada di mana saja...
Sebelum keluar... a quick update kek yg mama sempat buat pada hari minggu lepas.. tekak nih betul2 nak makan kek buat lepas asar.. ni lah hasil nyer. Resipi dari teman FB Aznie Rosima yg pandai sangat2 & banyak resipi di FB beliau. Thanks Aznie mama minta izin C&P resipi disini :)

KEK MABLE SUSU - Aznie Rosima
 
BAHAN
250g butter
230g gula halus
2 sudu teh overlatte
4 biji telur (A)
270g tepung kek (tepung gandum pn boleh)(ayak)
1 sudu teh baking powder(ayak)
60g susu pekat manis (aznie buh 2 sudu besar je)
2 sudu besar serbuk koko(ayak)
2 sudu besarsusu cair
1 sudu teh coklat emulco







-pukul mentega, overlatte & gula hingga putih...
- masuk telur 1 per 1..sambil terus memutar hingga kembang & gula hancur...
- masuk susu pekat dan terus putar..
-perlahankan speed.. masuk tepung & baking powder sedikit demi sedikit hingga habis...gaul rata..
bahagi adunan kepada 2 bahagian....(1) ungu (2) +susu cair +serbuk koko +coklat emulco
-tuang adunan secara berselang seli hingga abis semua adunan ke dalam loyang yang telah di lenser ngan butter..
- kemudian bakar hingga masak.

Monday, April 4, 2011

Donut Mayo




Hari Sabtu lepas tak kluar jalan2 ... mama sempat buat kan Donut Mayo ni lepas BW kat dapur teman2.. ramai yg dah buat donut nih mama jer yg ketinggallan hahaha.

Pada mula nyer bila masa menggadun adunan donut nih hati berkata2- apasal lembik sangat..tak pe ikut step by step ... jgn tambah tepung nnt keras pulak. Uli pun mama gunakan glove plastic.Tadaraaaaa.... suka sangat dengan hasil nyer..betul2 gebu!!! mama buat besar2 agak2 boleh makan sorang 2 keping ...hehehe . Kepada

Ros mama ucapkan terima kaseh lah banyak2..mama guna tulang dua kerat nih tau utk mengguli hehehe...x de BM tau!! Minta izin C&P resipi yer disini :)



Donut Mayo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti




1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada 

BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Ayam masak Bali




Bukan lauk hari ni tau...hehehe lauk ari Sabtu lepas.. masak utk anak2. Lauk asam pedas masih ada lagi so cukup lah utk kami berdua.

Resipi dari dapur Nieza yg jauh di Finland tuh. Mama berkenan kat rempah ayam ni... ada letak kicap, jintan ketumbar kalau ayam kampung yg liat2 sikit sedap masak begini...lagi lama dimasak lagi sedap rempah2 nye..

 Mama minta izin C&P resipi yer Nieza... mana lah tahu nak buat lagi :) thank U :)

Ayam Masak Bali - Nieza @Our Journey Begins

Bahan-bahan
Ayam - 1 ekor di ptg 12 dan dicuci bersih
 1 biji bawang besar
 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat - dlm 3 sudu makan
Cili kering - agak2 dlm segengam kalau nak pedas blh tambah
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping - 2 keping
Minyak masak
Garam
Gula




Cara-cara
1.Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
3.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi. ( mama masukkan semua dan masak dengan api perlahan)
4.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...