Monday, April 4, 2011

Ayam masak Bali




Bukan lauk hari ni tau...hehehe lauk ari Sabtu lepas.. masak utk anak2. Lauk asam pedas masih ada lagi so cukup lah utk kami berdua.

Resipi dari dapur Nieza yg jauh di Finland tuh. Mama berkenan kat rempah ayam ni... ada letak kicap, jintan ketumbar kalau ayam kampung yg liat2 sikit sedap masak begini...lagi lama dimasak lagi sedap rempah2 nye..

 Mama minta izin C&P resipi yer Nieza... mana lah tahu nak buat lagi :) thank U :)

Ayam Masak Bali - Nieza @Our Journey Begins

Bahan-bahan
Ayam - 1 ekor di ptg 12 dan dicuci bersih
 1 biji bawang besar
 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat - dlm 3 sudu makan
Cili kering - agak2 dlm segengam kalau nak pedas blh tambah
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping - 2 keping
Minyak masak
Garam
Gula




Cara-cara
1.Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
3.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi. ( mama masukkan semua dan masak dengan api perlahan)
4.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

4 comments:

izahdaut said...

ma..sedap nampak ayam neh..ras cam pernah try je...tapi seingat nyer yang nama bali ni mmg sedap

Sue @ Nenie said...

Salam....Wahhhh sedapnyaaaaaa

Mama Hawa/Mama Nani said...

izah...
hehehe mmg sedap Izah.. lagi2 kalau dpt ayam kampung perghhh!!!

Sue@nenie...
Wslm Sue...hehehe mmg sedap tau Sue :P

Nieza said...

Assalam mama, sorry yer lambat singgah sini...lately ni bz sgt tak sempat nk bw ..btw tq sudi mencuba memang nampak sungguh menyelerakan ayam bali mama ni kalau dekat nk juga rasa sepiring ayam ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...