Monday, April 18, 2011

Ayam Sambal Hijauuu



Bertemu kembali di petang hari yg panas terik..walaupun berada didalam rumah..terasa bahang panas!!
Tadi pagi sebelum keluar rumah..sempat update blog..dalam pada masa itu ternampak Mas dah buat n3 masakkan ayam...
Memang minggu lepas, seminggu tak masak ayam..so dengan pantas nyer print resipi dan tengok sikit lebih kurang.. mama keluar tengok abah. Balik rumah terus buat kerja masak... Ni tak ikut turn.. sebab list resipi dah bertambah2 tebal hehehe
Ampun yer! mama tang cili padi tuh ada sikit takut... so mama kurangkan sikit. Limau sambal pulak dapat yg masak2 so tak brapa masam sangat..ingat bila petang nnt sebelum cik hubby pulang mama nak panaskan dulu & tambah kan lagi limau sambal.
Kepada teman2 yg belum mencuba...I recommend lah pada uols :) Sedap n senang nak masak lauk nih. Cuma kalau nak berkuah sikit... tambahkan sikit air. So kepada Mas yg ambik resipi kat rumah Yatie "Talam Queen" tq darling... bukan saja cepat nak masak ... sedapppppp




Ayam Sambal Hijau 

Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun, mama pun
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :

  • 5 biji cili hijau - mama letak 8 
  • 20 biji cili api hijau - mama letak 15 jer
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan



Cara memasak :

  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

11 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Mamahawa,
Dari umah Mas tadi ada terbaca mama komen, pastu mama nak buat ayam sambal ijau ni...tetiba nmpk gambar tadi....terus je dtng sini...waduh terus laporlah..mmng sedapkan ayam msk mcm ni...ada belacan tu yg sedap...

Mas said...

wahhhh..dah sampai rumah mama dah ayam ni...
sedappkan mama ayam ijau ni....terasa rasa lagi tau sedapnya ayam ijau ni..
mas pun nak buat lagi nanti...
tak pe mama setakat derhaka sikit2...he..he..
janji sedapp dan kene dengan selera kita...
sebelum balik, ambik seketul ayam tu..he.he..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Yatie...
Cepat nyer!!! hehehe
Mmg sedap lah Yatie.. blh cuba lain kali nih :P Tq yer sudi kongsi resipi.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Mas...
hehehe.. Mama dah tak ada idea nak msk lauk apa tadi pagi.. so bila mas tayangkan ayam nih tadi pagi..dgn cepat nyer print resipi..bahan semua dah ada apa lagi..hehehe ambik lah Mas kalau blh tercapai dari monitor tuh Ha3x

Kingsizesue said...

sedapnyer....tak jelak betul dgn ayam.. masak apa pun menyelerakan.
sue pun suka ayam masak hijau ni.

aeinio said...

menarik ni.. nak cubalaaa...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Sue...
Dalam seminggu mesti bdk2 mintak ayam!! kalau Kak Hawa & Rauf kdg2 mkn sayur atau salad dh ckp.. tak jelak lah dia org nih :)

Aeinio...
Cuba lah mana tahu berkenan dek tekak :P

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak hawa..sana sinun,ramai yg masak resepi nie..leh try gak!

Nuridah said...

Assalamualaikum mama,

kat shoutbox tu tak leh masuk, jadi nur bawa diri kat sini...hehehe.

sedapnya nampak ayam sambal hijau ni...mkn ngan nasi panas2 lagi sedapkan ma?

ady said...

as-salam
ayam sambal hijau memang sedap....kalau mkn dgn roti pun sedap..

Chik Mimi said...

ma kita nak masuk list sllnya kat rumah tu ayam asyik masak yg biasa aje resepi replay aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...