Sunday, April 24, 2011

Berlado Terung & Telur Puyoh


 Salam di hari Minggu yg sunyi di sini...
Mood cuti panjang yg masih ada tinggal sikit2 ni..hehehe 
Bukan tak masak..masak tapi yg simple2 jer. 
Cik Hubby cuti sejak hari khamis
banyak urusan yg hendak disettlekan
Okay lah banyak gambar2 masakkan dalam folder masih blm sempat di N3kan
salah satu masakkan telur puyuh nih...
Seperti biasa resipi ni mama ambik dari dapur 
Ayu.. memang kena ngan selera & tekak kami sekeluarga dirumah.
Thanks Ayu mama minta izin letak resipi disini yer :)




Belado Terung & Telur Puyuh  
sumber Ayu/dapur-cantik.bs

Ingredients:-

  • 1 biji terung -dipotong serong dadu atau ikut suka-di goreng sebentar angkat ketepikan
  • 15 butir telur puyuh- direbus, kopik kulitnya & goreng angkat ketepikan
  • 10 biji lada merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih,*
  • 1 biji tomato*
  • minyak goreng secukupnya
  • garam, gula & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak hingga panas,  goreng telur puyuh sebentar saja hingga permukaan luarnya menjadi kekuningan.
Terong dipotong kecil arah menyerong, cuci bersih, lalu goreng hingga lembut.Cuci bersih lada merah, bawang besar, bawang putih dan tomato lalu dikisar kasar tapi kering menngunakan chopper. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyaknya, masukkan garam, perasa & gula..Baru masukkan terung yang sudah digoreng, telur puyuh goreng  & gaul rata.


Adjustlah ikut citarasa ya..mesti ada masam, manis & pedas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...