Wednesday, April 20, 2011
Ikan Susu Bakar
Bertemu kembali... sedap kan cuaca sejuk2 ni tido... hehehe
Sedar2 dah pukol 3 tadi.. cepat2 bangun , solat zohur & menghadap PC.
Ari ni mama tak masak..layan ngan nasi goreng jer. Ikan Susu Bakar nih tak ingat bila mama masak..tapi kemungkinnan lepas mama msk ikan dalam taman coz pes cili yg mama buat tuh agak banyak. Kegunan pes cili ni banyak.. blh goreng ngan nasi, blh goreng ngan pelbagai seafood dan jgk bakar ngan ikan.. sedap sangat2..Ni nak kena buat lagi pes cili dah habis pun!!
IKAN BAKAR SUSU
bahan2
1 ekor ikan susu sederhana besar - dicuci bersih dan dilumur dengan sedikit air asam
2-3 sudu besar pes cili sangai- ikut besar ikan & kepedasan yg diperlukan
secukup daun pisang/aluminum foil - kalau daun pisang lagi best
cara2
Senang jer.. lap daun pisang, letak lah dalam 2 keping. Letak kan 1-2 sudu besar diatas daun pisang pastu letak ikan susu dan letak kan lagi pes cili & tutup kemas daun pisang. Kalau nak cucuk lidi kiri kanan pun okay. Bakar atas kuali leper atau non stick pan sampai masak. Siap & sedap dihidang bersama ulam2man.
Blh tengok kat bawah ni cara2 memasak pes cili dari Nor Trganu
PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)
*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..Mama ikut cara2 yg Nor berikan
Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam mama..
telan air liur sy tengok ikan bakar ni mama.. sedapnyer..!
belum pernah cuba pes cili sangai tu.. senang ye boleh buat mcm2 ngan pes tu.. kalau rajin leh cuba nnt..
Madihaa..
Wslm Madihaa.. hehehe tekak mama & hubby mmg suka sgt ngan pes cili nih..lain kali blh buat lebih simpan kat freezer.. Try lah :P
Assalam mama,
ikan susu kita belum pernah makan..sedap ya ma?..selalu juga apek offer suruh beli..dia macam anak ikan kurau rupanya tu kan..
ma, pes tu nak elok hasilnya blend guna food proccessor.. lagi mabeles :)
yani deco choco mmg suka dgn paste ni.. dia buat goreng mihun, goreng sayur dll :)
sedapnya tgk ikan mama dok berposing ni...terus lapar jer perut ni...sambal tu yg tak leh thn...mengancam..hehe
mama...tengok pun dah boleh buat perut lapar, Su memang suka bila bab2 ikan n sambal ni, nak try jugaklah pes cili sangai tu...
sedapnya ikan bakar..
terliur mas tengok...
Ayu..
Wslm Ayu.. Aah rupa ikan susu ni ala2 ikan anak kurau tapi berisik kilat.. ada tulang halus2 cam ikan terubuk tapi masih blh makan lagi.. sedap isi nyer lembut & lemak2 g2 mama rasa ikan susu nih mmg sesuai dibakar saja..
Nor...
Okay Nor next time mama nk guna kan food processor. Tu lah mama grg nasi, mee blm cuba lagi..ikan pun mama dh try, soton, udang hehehe berguna kan pes cili ni. Skrg pes cili ni dh habis kena buat lagi. Thnks yer Nor kongsi resipi ngan we ouls :D
Nieza..
Mama rasakan kalau ada pes cili sangai ni kan..senang & cepat kalau kite nak cepat masak.. cubalah pes cili sangai ni Nieza :)
Su..
hehehe..kalau suka sambal tuh letak lebih2 pun sedap & pedas..lagi2 kalau kena bakar dengan daun pisang..syiok tau Su :P
Mas...
hehehe Mas mesti cuba resipi Kak Nor ni pes cili sangai multi purpose..hehehe :)
Salam Mama..Sambal tu buat ikan tu nampak mengiurkan.....Boleh cuba buat juga niiii
Post a Comment