Salam Jumaat dan selamat pagi semua.. dah sarapan semua??
Tiap pagi begini lah.. kalau sempat letak N3 dan settlekan kerja rumah sikit lebih kurang.. akan bergegas keluar rumah jenguk my parents. kadang2 tak sempat nak BW kat rumah teman2 :)Sorry yer...
Terasa setiap hari begitu cepat sekali... dan hari bertukar minggu... minggu bertukar bulan. Masuk ni abah dah 3 bulan lebih abah bekeadaan begini.. sebagai seorang anak mama hanya dapat berdoa kepada Allah swt...
Baik lah kite cerita pasal masakkan yg mama masak semalam utk dinner...Semasa buat kunjung balas ke rumah teman2 ..ternampak menu dari dapur Madihaa - Mee Bandung Muar. Teringat kampung my grandmother kat Sungai Balang Batu Pahat Muar.. kalau nak ke sana mesti lalu jalan ke rumah Zana,... takpe masih blm kesempatan berjumpa ngan Zana...
Persamaan tentang mee bandung ni bahan2 semua nyer sama. Bergantung kepada citarasa masing nak letak udang , fishball dan lain. Cuma kuah nyer ada sikit perbezaan dari mee bandung biasa di Singapura.. di sini ada yg letak keledek atau kentang dan ada jgk menggunakan tulang daging sebagai penyedap kuah!!
Oklah dah panjang pulak mama bercerita hehehe... ternyata tak menghampakan kami semua semalam Madihaa... they all - my kids n hubby semua suka.. mee 1 kg n kuah habis selesai malam semalam jgk..hehehe. Terima kaseh kerana sudi berkongsi resipi dari teman mak Madihaa. Disini mama minta izin letak resipi supaya senang mama buat lagi & mungkin anak2 blh mencuba nyer utk masa hadapan :) Muahhhzzz laf u :)
Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut- tambah lebih nak pedas sikit
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus - mama ltk 1 cwn kacang tanah
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah- mama ltk segengam
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)-mama tak letak
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)-
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
kepekatan kauh bergantuing kepada citarasa masing2.. mama tambahkan 2 bekas blender utk dijadikan kuah
Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)
Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)
3 comments:
mama...terliurnya tengok mee bandung pepagi ni.....
sedapppnya...
salam mama..
patutlah saya tersedak tadi.. rupanya ada org sebut2 nama saya.. hehee...
t.kasih ye mama sudi mencuba resepi yang dikongsikan tu. saya sekeluarga pun suka dengan resepi mee bandung ni.. dah melekat dengan resepi ni buat masa ni.. actually resepi ni dari kawan cyber jugak (mak dia punya)... bukan resepi kawan mak saya... hehe.. ada sikit keliru ye mama.. hehehe..
Mas...
Mama masak semalam belah malam ingat kalau ada lebih nak buat bekfes...hehehe dah finish semua :)
Madihaa...
Wslm Madihaa..alala kesian nyer tersedak plak madihaa jap2x mama ambik kan air..hehehe
Oooo keliru tang situ.. anyway sedap coz mee bandung yg berbeza sekali dari style dispore :) Terima kaseh kerana madihaa sudi berkongsi resipi..lain kali mama ambik resipi yg lain plak..hahaha TQ :)
bobhandburry...
Terima kaseh singgah ke blog mama :)
Post a Comment