Assalamualaikum & Selamat Petang semua!
Petang nie kite layan ngan mee hoon/siam goreng tauchu yg digoreng semalam buat brunch kami semua dirumah...
Resipi dari kenalan baru
Sheila dari Spices Journey Blogspot... bila ke dapur Sheila mmg teruja tgk gmbr2 dier.. akhir sekali mama teruja tgk mee hoon tauchu yg menggunakan isi ayam! suatu kelainnaan tuh yg si Shasha ckp yg lain ngap jer tak sok sek! kebetulan kat fridge udang/sotong & daging tak daa so gunakan apa yg ada..hahaha!!! Sedap mama pedas kan sikit tak de taugih pun... letak manyak2 daun kucai!!!
Dikesempatan ini mama mengucapkan terima kaseh kpd Sheila kerana share resipi & mintak izin di panjangkan disin pulak (*_*)
MEE HOON Goreng TAUCHU
resipi asal : Sheila
sumber: mamahawa
BAHAN BAHAN :
400 gm Mee Hoon (direndam)
250 gm Ayam (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin - gunakan cili kering dlm segengam
1 sudu besat pes Tauchu - ltk 3 sudu makan
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
2-3 keping Tahu (digoreng)
10 biji fishball (klu suka)
1/2 cawan Minyak utk menumis
1 cawan air atau secukupnya
Sedikit Kucai (atau apa sayur yg digemari)
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak Bijan - x ltk
Bahan tumbuk :
5 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
CARA CARANYA :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah tauchu, Sos Tiram dan Sos Tomato. Kemudian masukkan ayam. Kalau nak guna daging atau udang pon boleh. Ikutlah citarasa kita dan apa yang kita ada kan.
Okayy.. bila ayam tu sudah masak, masukkan air serta garam secukup rasa dan biar mesra seketika semua bahan dalam kuali tu. Garam tu kena kurangkan sikitlah dari selalu sebab tauchu tu kan masin. Adjustlah ikut selera memasing yer, saya guna dalam 2 sudu teh camtu. Kemudian bolehlaa masukkan mee hoon yang telah kita rendam dan toskan. Dikacau rata dan dibalik balikkan selalu supaya ia masak sekata. Kalau mee hoon sudah oleh dipotong dengan sudip tu, kira dah masaklah. Tapi kalau nak lembut lagi bolehlah ditambah lagi dengan sedikit air masak. JANGAN bubuh AIR PANAS yer.. nanti benyek mee hoon kita, tak sedap dan semenggah pulak rupa dia.
Akhir sekali barulah kita masukkan daun kucai atau sayur sayuran lain yang hendak dibubuh. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Jangan lama sangat, nanti sayur tu layu sangat tak sedap. Renjiskan sedikit minyak bijan ke dalam Mee hoon tu dan gaul rata. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. Nak kick lagi makan ngan cili jeruk.. perghhh.. takyah citer laa kann.. meleleh ayaq lioq.. ;P