Monday, November 30, 2009

Banana Muffin


Ni mama nampak kat blog Nur tempoh hari. Memandangkan budak2 kat rumah ni memang suka kepada pisang... mama cuba resipi dari rumah Nur plak. Memang moisssstttttt !!!! Sedap Nur lain kali boleh buat lagi...
Cuma mintak maaf & ampun ya Nur mama tukar gula pasir kepada gula perang... Jangan marah ye Nur.... Kalau marah nanti kena ....jual hehehe....

Bahan-Bahan
3 atau 4 biji pisang (lebihkan pisang jika ingin ia lembab sedikit)
1 atau 1/2 cawan gula pasir
1 biji telur dipukul ringan
1/3 cawan mentega dicairkan
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-Cara
1. Pisang dilecekkan terlebih dahulu. Satukan pisang bersama gula, telur dan juga mentega yang telah dicairkan tadi.

2. Ketepikan, dalam sebuah mangkuk yang lain satukan tepung, garam, baking powder dan juga baking soda.

3. Satukan bahan basah dan kering, kacau sebentar saja.

4. Masukkan dalam tin pembakar muffin ataupun casing muffin.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius kira-kira dalam 20 minit.





1 comment:

blogresipi said...

Cedappnye banana muffin mama nie... nak buat pun macam senang je... kite pun tak terbuat lagi.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...