Thursday, November 5, 2009

Bubur kacang hijau & cream corn


Jarang sekali mama buat hidangan minum petang.... Tapi tadi petang selepas pulang dari Geylang dan cuaca yang mendung selepas hujan turun dengan lebat nye, mama suroh Nazli belikan kacang hijau untuk buat bubur.

Lama betul tak buat bubur. Lagi2 kalau letak DURIAN. Isk3x....
Nak beli tadi takut pulak nanti dalam bus penuh dengan bau durian!!!!
So dengan cuaca yang sejuk ni... makan bubur kacang & jagung dlm tin ni panas2... fuyooo!!!!!
Semua orang tahu nak buat bubur kan! Simple!!! Tapi yg x tahu ni mama terangkan secara ringkas ajer.

Rebus dulu kacang hijau sampai kembang. Didalam periok yg lain didihkan gula melaka sampai cair & tapiskan. Masukkan air gula melaka kedalam periuk yg berisi kacang hijau yang dah kembang, santan, sedikit garam dan kalau nak tambah gula ikut citarasa masing2. Mama tambah kan sagu biji yang telah dicuci & juga jagung dalam tin. Masak dan kacau sehingga mendidih dan masak. Siap!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...