Bingka Jagung dari rumah Cikwan Taiwan. Buat sikit jer untuk santapan Mama & Cik Hubby.
Bahan:- 1 cawan susu sejat/ 1 1/2 cawan air/ 1 cawan tepong gandom/ 1 cawan tepong kastad/ 3/4 cawan gula/ 2 biji telor/ secubit garam/ 1 tin jagung cream style.
Cara:-Pecahkan telor dan pukul dengan garfu kemudian masukkan semua bahan cair yang lain, gaul rata. Akhir sekali masukkan semua tepong. whisk hingga adunan sebati dan tidak bergentel. Tuang kedalam loyang dan bakar pada suhu 180'c selama 1 jam @ hingga masak. Sejukkan sebelom di keluarkan dari loyang dan dipotong.
Mama ganti kan susu sejat kpd santan kara. Warna asal bingka jagung tak payah menggunakan pewarna kuning!
No comments:
Post a Comment