Friday, November 13, 2009

Nasi Goreng Sempoi


Nasi semalam banyak lagi.. Budak2 ni kalau nasi semalam ada sikit kureng!!!! So sebelum nasi ni b**i cepat2 mama goreng. Nampak resipi kat myr. Very easy & simple. Sempat jugak Nazli makan sebelum pergi solat Jumaat tadi. Kepada ixora TQ sbb sudi kongsi resipi yg sangat mudah & sedap ^0^

Bahan-bahan ( 4-5 )

  • 3-4 biji bawang merah
  • 6-8 tangkai cili padi-ikut suka, kalau nak kurangkan pedas, kurangkan cili yer..
  • 1/2 cawan minyak masak- mama agak2
  • 1 sudu teh belacan
  • 2 biji telor
  • garam secukup rasa
  • 4-5 pinggan nasi putih

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak
  2. Tumis bawang merah, cili padi dan belacan yang telah ditumbuk bersama.
  3. Tumis hingga kelihatan ia agak garing. Kemudian masukkan telor yang telah dikacau sedikit
  4. Masukkan nasi. kacau rata. Masukkan garam secukup.
Mama tambah kan ikan kering, daun salad & tomato.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...