Thursday, March 1, 2012

Mee Bandung

 Assalammualaikum salam sejahtera dan selamat pagi Khamis semua...
pagi nie nak buat N3 tertunggak yg sedang beratur utk kluar jer... so gmbr2 nie semua dah lama semua nyer dah jadi baja hahaha ... tapi gmbr tak lah basi kan3x..

berbalik pada gmbr mee bandung nie mama try dari dapur Yatie.. mudah saja penyediaan nyer. Hasil nyer pun sedap. Suka ngan cara menyediakan telur cemplok :)
Thanks yer Yatie.. Izinkan mama kongsikan resipi disini jgk :)

Mee Bandung
Resipi:  Yatie
sumber: mamahawablogspot


Bahan-bahan:
* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan








Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
  4. Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.






Cara hidangan:
  1. Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
  2. Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
  3. Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
  4. Setelah siap, bolehlah di makan.

17 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Adoi...pagi2 lagi mama dah tayang mee favourite saya...suka mee...biasanya kalau balik Muar akak beli rempahnya...malah nak fikir yang details. Yours look so..tempting

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe pagi kak Paty :)
Nie n3 dah basi tapi gmbr tak kan3x :)
Mmg suka ngan resipi Yatie nie kak..

CT Delima said...

As'salam Mama Hawa

ct ni bab2 mee bandung jarang nak tolak tepi, selalunya akan tari depan ctlah terus makan..hahaha

teringat masa selalu gi kat woodlands tu masa belum kawinlah, rajin makan kat situ Mama Hawa. tapi tak pastilah tu mee bandung atau mee udang..hehehe. sebab banyak udang besar2.

nampak mee bandung kecur plak pagi2 ni, tak kisalah dah habis janji dapat nikmat mata..hehehe

Kerull said...

Salam mama...waaa tetiba lapar gile tengok mee bandung mama yang sarat ngan eksesori ni..hu hu merembes2 air liur..hik hik

KakAsma said...

Hawa cayang,
tul kata ct memang tak tolak kalau dapat mee bandung tuh..suka sangat makan..nak nak ada kacang banyak..laju ajer makan....

izahdaut said...

mama kalau buat mee atau masak semangkuk gini memang buat saya terliur habis... wiii rasa skrg 2 jugak nak makan

Mas said...

perhhh..tangkap leleh nengok mee bandung mama tu.....

Cikgu DrDJ said...

mak ooii..menariknya..sexy bebenor tgk udang bergelimpang dlm mangkuk tu..tak pernah terpikir nak rebus asing telur tu..slalu masukkan je dlm kuah pastu pecah dan kuah x berapa cantik..TQ kak!!

Ayu said...

assalam mama,
waduh 5-6 hari kita tak update ..mama nampaknya dah laju aje ni ya.hehehe..
sedapnya ma mee bandunggg..kita suka tau..satu mangkuk besar boleh licin punya.. prosperity burger kat bawah tu pun confirm dah habis kan ma..hehe thanks ma sudi cuba ..

ady said...

as-salam Mama
tgk berselera Mee Bandung tu..terliur gk tgk ni..

tun_telani said...

ma, paling terliur tgk telur dia tuu..
kalau blk segamat, pagi2 mmg ni salah satu menu bekfes yg selalu hasben tun cari.

Unknown said...

assalam mama, salam rindu..lama tak singgah sini.wahhh my fav mee bandung ni .suka sangat kalau dpt semangkuk hirup masa sejuk beku kat sini...hehe

JMR said...

pehh ma..tgk telur tu pon dh menggiurkan..

Love2cook Malaysia said...

Rajinnya akak buat mi bandung sendiri. Sungguh mengiurkan...yummmm ;)

Ida,Japan said...

mama hawa....mekasih yer sudi terjah blog ida ari tu..sedapnyer mee bandung tu..kalau la dpt semangkuk ni

Yatie said...

Assalamualaikum Mamahawa,
alahai napelah yatie sampai lambat ni...dok asyik tenung je mee bandung mama yg memikat selera ni...betul2 menyelerakanlah...btw tq mama sudi cuba resepi ni dan menepati selera mama...rasa nak buatlah plk.terliur sangat ni..he3...

blogresipi.com said...

Salam Mama,
Lama nya saya tak sampai ke sini. Harap2 Mama dan famili sentiasa sihat2 selalu. Mee bandung kalau kat rumah ni, saya dengan Faiz makan sampai berpeluh peluh. Sampai tak bercakap punya concentrate. Lepas makan baru tengok masing2 dan senyum. hihihih :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...