Monday, April 5, 2010

Chilled Oreo Cheesecake


Salam semua dan selamat petang :) Lama betul resipi ni terperap.... dan dgn berjaya nyer mama dapat buat Oreo cheese cake ni... tak payah dibakar (mmg tak blh bakar sbb oven dah rosak..hehehe)
Ni jenis yg tak payah dibakar hanya di sejukkan dalam peti sejuk. Resipi mama cedok dari dapur Bro Rozzan. Thanks Bro kerana sudi berkongsi resipi :)


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam sis...
Oven akak rosak, kenape ye? brp lama usianya kak?

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Ena :)
Aah Ena... dah tiba masa utk beli yg baru. Dah lebih kurang 8-9 thn gunakan oven Tefal 2... Dah moggok tak blh on kan lagi..hehehe dia pun dah penat agaknyer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...