Thursday, April 22, 2010

Mee Bandung


Salam & Bertemu kembali... manage to cook for dinner within 1 hr... hahaha sib baik kedai dekat. Dalam hujan yg lebat tadi petang, mama turun jugak cari udang, sotong,fishball, mee dan juga sayur sawi. Daging dah keluarkam dari freezer dan rendam kan dalam air biar cepat lembut.
Masak macam lipas kudung..hehehe. By the time cik hubby sampai rumah kuah dah masak..cuma tambah kan mee dan sayur.

Resipi dari Hajah Ratna Djohan.

Bahan2
1/2 kg tulang rusuk lembu} direbus hingga keledek hancur - mama tak sempat buat mcm gini
300gm keledek}
3 ltr air}

200gm kobis panjang - di potong2- mama letak kobis biasa yg putih

300gm udang hidup sederhana besar dibuang kulit - mama cuma buang mucung
300gm daging lembu - dihiris
300gm sotong - dihiris
1/2 kg sawi - dipotong2
10 biji telor
4 biji bawang besar
20 ulas bawang putih - mama kurang kan kepada 4 ulas
1 1/2 kg mee kuning
1 tin tomato puree 100gm- mama gunakan tin yg paling kecil skali
1 botol sos tomato - mama agak2
1 cawam lada kisar - mama gunakan cili serbuk
secukup garam, gula,serbuk perasa dan minyak utk menumis dan kicap
Bawang goreng dan lada jeruk


Peraturan membuat semangkuk mee:


Jerang kuali, panaskan setengah senduk minyak. Tumis satu sudu makan bawang putih hingga kuning. Masukkan sedikit bawang besar & 2 sudu makan lada kisar, 1 sudu mkn tomato sos, sedikit tomato puree, daging, sotong dan udang secukup nya. Kacau rata. Masukkan kicap, gula serbuk perasa & garam secukup rasa. Tuangkan sedikit air rebusan tulang.
Masak sehingga mendidih. Pecahkan telur sebutir, biarkan sehingga ia setengah masak, lalu masukkan sedikit mee, sawi dan kobis. Masak sehingga mee masak. Hidangkan panas2 dengan sedikit lada jeruk & bawang goreng.
Mee Bandung enak dimasak, semangkuk demi semangkuk baru lazat rasanya.


Cara mama pulak: Bawang besar & bawang putih dikisar bersama cili. Tumiskan sehingga garing dan wangi, baru masukkan daging biarkan ia empuk. Bila empuk masukkan air rebusan tulang(mama tak sempat so gunakan air sahaja) tomato puree, tomato sos,kicap, garam & gula. Biarkan kuah mendidh lagi. Padamkan api.
Utk penyediaan semangkuk. Jerang kuah dalam kuali..agak2 lah.. masukkan sayur sawi & kobis, udang, sotong atau fishball biarkan semua masak sebentar pecahkan telur dan masukkan mee. Masak sehingga nampak telor sedikit masak. Siap.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Mama.. meriah betul mee bandung mama tue. Nampak lauk pauk nye aje. Mau nye kite pancing yang tu dulu sampai habis.hehe
Ijan

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Ijan :)
Aah bila dah ambik gmbr..alamak mee nye tak nampak pun..hehehe malas nak ambik gmbr lagi..dah ngap pun :P hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...
This comment has been removed by the author.
Sukahatiadam said...

sedapnya..baru tengok , blum rasa lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...