Thursday, February 18, 2010

Burger Ringkas

Salam & selamat petang semua :)
Hari yang cerah sekali di petang Khamis ni :) Lagi buat apa semua????

Ni mama nak kongsi resipi dari buku Festive Fiesta 2004 - kalau tak silap mama dapat free semasa beli corn flakes utk Hari Raya....

Resipi dari Chef Ismail yang menggunakan corn flakes sebagai bahan utama dalam masakkan nye. Mari kite tengok resipi....

Bahan2
A
400gm daging cincang
1/3 cwn corn flakes kisar halus
2 biji telor
2 camca besar cincangan bawang besar
2 camca teh serbuk kari
garam & lada sulah secukup rasa

1/3 cawan minyak masak
6 buku roti burger, potong dua dan sapu butter
daun salad, hirisan timun,tomato dan bawang besar
slice cheese - mama yg tambah

Cara membuatnya

Campur sebati bahan A dan bentukkan kepada enam 8cm burger.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuninggan di kedua bahagian.
Hidang burger dalam roti dengan hirisan timun,tomato dan bawang.


Buat breakfast tadi pagi..

Pssstttt... besor sangat lah nak masuk mulut... hehehe. Cik hubby kata tak muat besor2. Next time nak buat tipis2 & buat kecik sikit,senang nak ngappp....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...