Monday, February 22, 2010

Salam & Good morning semua....

Macam terasa nak makan kuih lapis ni... Memang dah masuk list agak lama jugak.... So semalam sebelum keluar pergi jemputan sempat sedia kan bahan... Balik terus jer kukus... macam Ika juga, mama buat separuh adunan sajerrr. Memang sedap kuih lapis ni terasa kacang hijau :) resipi dari MYR - Citarasawan.. Ni mama C&P dari rumah Ika untuk buat rujukan kite semua :) Thnks Ika & also Citarasawan :)


KUIH LAPIS KACANG


  • Bahan A
  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.





Semalam juga dah selesai... Shasha balik kerja nampak kuih lapis ni terus ngap!!!! Suka dier :) Adalah dlm 4-5 potong untuk my parents. Next time blh cuba lagi :)

2 comments:

NORAIN said...

cantik sgt la lapisannya...kemas je...suka suka :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Norain hehehe pkai sukat kalau tak ada tebal ada tipis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...